Pages

Friday, February 1, 2013

BERANI 2013!

waktu sudah agak lama berlalu sejak aku menulis last entry. sebetulnya hidup sebagai seorang ibu lebih haru-biru berbanding seorang isteri. kalau semasa bujang aku boleh menulis satu entry setiap hari, dan setelah berkahwin satu entry setiap bulan, jangan-jangan ini adalah entry tunggal untuk tahun 2013! oh no! harap-harap tidak.

dan hari ini wilayah persekutuan bercuti. taska afrina turut bercuti kerana kastam bercuti. dan aku juga terpaksa bercuti setengah hari. inilah dugaan sebagai ibu. taska cuti ibu cuti. anak demam ibu cuti. apa-apa pun ibu kena cuti. sebab itulah untuk tahun yang masih berbaki 11 bulan, cuti ibu ini hanya tinggal 7 hari setengah- out of 14.

dan juga baru menginjakkan usia setahun lebih tua 2 hari lepas. disebabkan afrina demam, hanya sempat meminta sepotong turkish indulgence- itu pun on the way balik balik klinik. kalau tak mesti minta lebih lagi. kalau tak sebiji turkish indulgence- mesti aku minta 24 biji corelle.

dan sempena tahun 2013 yang membuatkan usia aku makin bertambah, kesedaran untuk menambah baik hidup pun makin bertambah. untuk kesejahteraan diri dan keluarga, anak-anak dan suami, supaya bila umur aku 50 nanti, aku tidak menyesal tengok duit dalam ASB dan tabung haji yang tidak bertambah biak.

selalu jugak survey-survey di internet, belek-belek buku, tapi aku sebenarnya masih kosong tentang bisnes! adik beradik aku yang lain boleh dikatakan telah lama mula berjinak-jinak dengan bisnes. walau kecil, walau besar, tidak kisah lah asal ada keberanian. tapi aku rasanya masih takut untuk memulakan langkah.

kadang-kadang terdetik juga rasa nak berhenti kerja, jaga anak kat rumah, then mula berniaga dari rumah. tapi bila 'hantu takut' mula menguasai, aku pun memilih zon selesa bersesak-sesak setiap pagi dan petang di LDP untuk memastikan aku jadi pekerja yang baik yang tak terlewat ke ofis. kerja untuk mengkayakan siapa? bos aku yang telah sedia kaya.

dan aku? belum sampai 18 hari bulan, cimb clicks dah kosong.


sesuatu perlu dilakukan.

BERANI 2013!
(ambik tajuk seminar dr azizan)

for them!