Pages

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya

hampir lapan bulan berlalu semenjak last post saya dalam blog ini.

dan seiring dengan tajuknya yang lepas, ya, saya telah bertindak. semalam hari terakhir saya berniaga di bazar ramadhan, selepas berhenti kerja sebulan lepas. ia bukan perkara mudah. jalan juga tidak terbentang luas dan selesa, tapi yang penting saya telah bertindak. the power of ACTION!

rasa bebas terlepas dari ikatan so called "office hour".

tak perlu lagi terkejar-kejar meredah LDP takut stuck dalam jem. tak perlu lagi angkat afrina yang tengah tidur pada pukul 6.30 pagi. menangis dalam car seat sebab tak cukup tidur, sebab tak puas menyusu. tak perlu lagi mengharungi perasaan bersalah lewat masuk ofis, atau apa saja.

sekarang, saya bebas mengatur masa sendiri. masa rehat, masa untuk hantar afrina ke rumah pengasuh, masa untuk kemas rumah, dan yang penting masa untuk Dhuha, yang saya tak sempat buat pada waktu kerja.

semoga ini permulaan untuk cipta masa depan yang lebih AWESOME!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Terima Kasih kepada semua yang menyokong Nasi Kerabu Mek Fina.

8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih matmin. semoga anda juga terus komited menjalankan tugas untuk rakyat =)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Raya. Nak ikut jejak Azma jugak. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya azah. semoga usaha kita diberkati Allah.

      Delete
  4. Salam Aidilfitri. Moga Allah berkati kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya en imlan. saya suka baca tulisan en imlan dalam BH.

      Delete
  5. alhamdulillah..nak gak mcm azma..boleh stay bersama suami..amin..

    ReplyDelete