Pages

Wednesday, August 14, 2013

Alhamdulillah

kembali ke rumah tercinta selepas seminggu berhari raya di kampung, penang dan kelantan.

sebetulnya rumah ini baru menjadi hak milik saya lebih kurang dua bulan lepas. walaupun tak berapa besar, tapi cukup untuk menyelesakan kami. rumah sendiri, feelnya tak sama dengan rumah sewa. rumah sewa, secantik mana pun, ia tetap rumah orang. rumah kita, walau apa pun ia, tetap rumah kita.

keputusan membeli rumah berlaku bukan seperti yang saya rancangkan. alhamdulillah ia berlalu dengan lebih cepat dengan izin Allah. kalau ikut perancangan saya, umur 30 baru nak beli rumah pertama. umur 30 tu saya ambil kira masa untuk kumpul downpayment segala bagai.

tapi pada suatu hari ketika afrina berumur 3 bulan, ketika itu dia demam, dan saya pun bercuti. abang balik bawa brochure satu development baru. rumah ketika itu belum dibina pun, cuma ada tapaknya saja. tapi yang menariknya tak perlu bayar downpayment, hanya bayar booking fee saja. RM100 untuk permulaan dan RM400 lagi kalau loan dah diluluskan. dipendekkan cerita, kami berjaya membeli rumah tersebut, rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, hanya menggunakan nama abang seorang. rumah tersebut dijangka siap pada akhir 2014.

maksudnya, kami perlu menyewa lagi 2 tahun sebelum rumah tersebut siap. sedang dalam proses menunggu dokumen dan urusan lawyer selepas, saya fikir, kenapa saya tidak mencari rumah untuk dibeli, yang installmentnya sama dengan sewa saya sekarang, agar selepas dua tahun rumah itu kekal menjadi milik saya walaupun selepas dua tahun.

cari punya cari, akhirnya saya ditemukan dengan apartment 3 bilik, besar sedikit dari rumah yang saya sewa. installmentnya pun kurang dari sewa yang saya bayar tiap-tiap bulan. urusan memiliki rumah ini berjalan dengan lancar. malah prosesnya selesai dahulu daripada rumah pertama kami. kali ini menggunakan nama saya pula.

selepas kedatangan afrina dalam hidup kami, urusan kami semuanya Allah permudahkan. kadang-kadang dengan cara yang kami tak terjangka. contohnya untuk membayar downpayment rumah kedua sebenarnya cash kami tidak mencukupi, namun Allah datangkan duit itu dengan cara yang tak dapat kami fikir.

benarlah, Allah itu maha pemurah. hanya kita yang perlu rajin menadah tangan memohon. tak perlu tunggu selepas solat untuk berdoa. setiap masa kita boleh berdoa. saya hanya percaya, minta sahaja pada Allah, tak perlu fikir macam mana cara untuk Allah beri pada kita. semua itu urusan Allah. Dia yang mengaturkan. Logik atau tidak pada akal kita, itu bukan urusan kita.

berdoa, berdoa dan terus berdoa.

terima kasih Allah, atas segala rezeki yang Kau kurniakan kepada kami.

Alhamdulillah.

1 comment: