Pages

Thursday, July 12, 2012

waiting and waiting


sebenarnya hari ni dah hari ke enam aku bercuti. sebenarnya salah satu dari hari persediaan untuk bersalin. masih belum cuti bersalin. ceritanya bermula apabila aku pergi buat check-up dan tekanan darah aku sedikit tinggi. jadi doktor cadangkan aku bercuti saja memandangkan kaki aku yang bengkak beberapa bulan lalu tak surut-surut pun lagi, ditambah pula due date semakin dekat. jadi doktor pun bagi aku cuti. dan aku pun kata yahooo dalam hati.

masa kandungan aku sekitar lapan bulan, aku selalu balik kampung, atas kecemasan yang tak dapat dielakkan. keletihan dari ulang alik tu rasanya membuatkan aku setiap hari rasa macam nak bersalin cepat. tapi tak keluar jugak. dan aku kembali bekerja, terus bekerja, mc kadang-kadang, dan sehingga hari ni, 12 julai 2012, dah tiga hari overdue, masih jugak tak keluar-keluar.

lalu setiap hari aku menunggu penuh sabar, mengira setiap gerakan, kalau-kalau kelalaian dan keterlupaan aku itu membawa sesuatu kepada yang tidak baik. tetapi semuanya ok. gerakan ok. tekanan darah aku kembali normal. dan tiga hari yang terlebih itu membuatkan abang tidak senang kerja. sedang aku di rumah masih relaks-relaks layan astro.

perasaan antara debar dan gembira, tidak sabar dan sedikit takut, silih berganti. ini adalah pengalaman pertama yang dilalui semua ibu, aku percaya. jadi aku cuba kurangkan sedikit keresahan itu, buat-buat tiada apa yang berlaku, sedang hati berkocak laju.

semasa last check-up doktor bagi tempoh seminggu untuk baby keluar secara normal, tanpa dipaksa-paksa. tapi kalau selepas seminggu masih juga tak keluar, terpaksalah pergi melapor diri di hosp sg buloh, menyerah segala kepada budi bicara doktor di sana. tapi aku masih berharap aku akan bersalin sebelum itu.

sehingga saat ini masih belum ada apa-apa tanda.

ya Allah, permudahkanlah segalanya....