Pages

Friday, March 23, 2012

kerajaan vs swasta

aku lahir di hospital kerajaan. aku praktikal kali pertama di hospital kerajaan. kali kedua pun hospital kerajaan. kerja pertama aku pun buat hospital kerajaan. uruskan tender untuk hospital kerajaan. end-user semuanya kakitangan hospiptal kerajaan. dan kerja sekarang membaiki endoscope yang dirosakkan oleh orang-orang hospital kerajaan. hospital swasta tidak terkecuali.

aku tahu hospital kerajaan equipmentnya bagus. semua first class. semua mahal-mahal. wupss.. mungkin apply untuk direct purchase. kalo tender..... perlu difikirkan semula... terutamanya turnkey.... semua itu dunia...

dan sebab nak hidup lama atas dunia ini kita memilih servis yang bagus-bagus. supaya dengan itu kita akan beroleh kesihatan yang lebih panjang berkekalan. dan sebab nak hidup lama atas dunia ada juga orang yang sanggup membeli peralatan low-end dengan menggadaikan nyawa (kesihatan) orang lain. semua itu juga dunia.

semua itu adalah berkaitan dengan peralatan semata-mata. tapi adakah peralatan itu menjamin segala-galanya. adakah NIBP yang canggih dapat menurunkan blood pressure yang mendadak naik apabila doktor bila menyelak lengan baju untuk memeriksa BP. tidak juga. yang dapat menurunkan BP itu ialah dengan senyuman manis doktor yang memegang tangan itu. kalau doktor itu handsome dan cantik menawan, lagi la bonus. apatah lagi suara seperti buluh perindu di malam yang sendu. kalau begitu mungkin sudah NIBP tak perlu dibeli pun.

namun hakikatnya tidak begitu. lantaran kesibukan tugas, kebanyakan kakitangan hospital kerajaan 'kurang' bila masuk bab-bab servis ni. bukan semua, tapi ramai. bila 'ramai' itu menjuruskan orang untuk menuduh 'semua'. mujur aku tak tuduh begitu.

kalau aku nak kata sombong pun, mungkin boleh jugak. mengikut pengalaman aku sendiri la. orang-orang private, yang kerjanya menjadi hamba orang kerajaan, walaupun kalau masuk government kita memang dah tahap bos kepada mereka. tapi sebab kita tak ada gred U atau J kat depan nombor untuk tangga gaji kita, kita tetap dipandang seperti hamba. apatah lagi kalau yang dah gred U44 atau 48, atau sebenarnya baru U32, sudah memandang kita dengan mata sebelah.

lain pula dengan hospital swasta. tiba di muka pintu, ada orang tolong bukakan pintu. disambut dengan salam. dihadiahkan senyuman. sampai kaunter, orang yang cakap dengan kita pun lemah gemalai. semua orang senyum walaupun tak ada kaitan dengan kita. bahasa pun cukup santun. sampaikan borang untuk ambil darah pun ada orang tolong bawakan ke makmal. kita perlu bawak lengan je.

pagi tadi aku pergi check darah, kat hospital swasta. sejak-sejak pandai claim medical dengan company, aku lebih suka hospital swasta. sebabnya-kita boleh membeli masa dan senyuman yang tidak dapat dibeli di hospital kerajaan. kita dapat membeli kelembutan suara, panggilan manja, dan ucap terima kasih yang tak putus-putus. walaupun terpaksa membayar harga yang mahal hanya untuk sebotol Obimin yang boleh didapati secara percuma di klinik kerajaan, itu adalah termasuk segala pakej yang aku sebutkan di atas.

sebab itulah aku rasa orang yang berduit ni jarang ke hospital kerajaan (tanpa diketahui kemudahan hospital kerajaan lebih bagus berbanding swasta). kalau aku ni kerja kampung, tak ada kemudahan medical claim, aku pun sanggup menunggu empat lima jam di hospital kerajaan. tetapi since aku ada tempat untuk hantar claim tiap-tiap bulan, aku pun mula berlagak seperti orang berduit juga.

tapi bila tiba di kaunter bayaran di hospital swasta- serta merta teringatkan pak guard di klinik kerajaan.