Pages

Saturday, February 25, 2012

nazreen a.m.

dulu, sejak dari tingkatan empat, aku mula menulis cerpen-cerpen untuk koleksi sendiri, dalam buku latihan yang tidak digunakan. habis buku latihan aku kena conteng. lebih parah lagi, kadang-kadang belakang buku fizik, kimia, dan yang mana-mana aku rasa nak menconteng-conteng. ada yang lengkap menjadi sebuah cerpen. ada juga yang sekerat jalan hilang idea. dan ada juga yang baru satu perenggan sudah lost. macam-macam ada.

dan hobi itu berterusan sehingga ke universiti. kalau ada pertanding menulis di kolej, aku tak lupa untuk turut serta. kadang-kadang guna nama lain, konon untuk tidak dikenali. tapi bila part nak ambil hadiah, terpaksa juga mengaku kepada AJK bahawa karya itu aku punya. muka tak malu.

sekali pernah menang esei, sekali pernah menang esei. dua-dua tempat pertama. tapi bila final year satu pun tak menang. padahal aku hantar kedua-dua kategori. agak menghairankan.

tapi aku tetap terus menulis, memenuhi laptop dengan folder-folder 'kreatif'. itu bermaksud karya-karya aku. aku tak jemu-jemu menulis, walau untuk bacaan sendiri. aku pernah menyimpan impian untuk menjadi novelis. sekurang-kurangnya bergelar penulis walau hanya dengan satu karya.

sayangnya aku kurang pendedahan.

selepas kerja aku jarang sudah memerah otak untuk sesuatu karya kreatif. bila kat ofis banyak pulak idea. tapi bila balik rumah semua tu hilang entah ke mana.

tapi sekarang minat itu macam datang balik. teringin juga nak menulis online. bukan untuk sesiapa, cukup untuk kepuasan sendiri, melepaskan sesuatu yang tak terluah dalam bentuk kreatif.

mungkin aku boleh cuba dulu.

Thursday, February 23, 2012

20 minggu sudah berlalu

minggu ini sudah masuk 20 minggu. bermakna tinggal 20 minggu saja lagi untuk bergelar seorang IBU. Alhamdulillah. syukur tidak terhingga atas kurniaan rezeki Allah. perasaan tidak menentu, dalam kegembiraan terselit rasa takut, dalam keceriaan terbit jugak rasa bimbang, dan dalam kegelisahan itu, sebenarnya gambaran keriangan yang tidak terhingga.

rutin hidup juga sudah berubah semenjak tiga bulan lalu. semenjak itu juga aku hanya ditugaskan untuk kerja-kerja in-house. kerja luar, biar lelaki-lelaki yang gagah perkasa uruskan. seronok campur tak seronok. seronok bila aku rasa malas nak keluar membelah hujan panas di celah-celah kesesakan Federal Highway dan LDP. dan tak seronoknya bila aku kebosanan keseorangan di ofis dan tak dapat makan nasi ayam kampung A. Hassan kat Velodrom Cheras. namun terima kasih kepada manager dan asst. manager atas budi bicara.

dan semenjak itu juga aku terpaksa menjadi sedikit 'manja' di ofis, dan rumah semestinya (hehe). pengalaman kakak-kakak yang semuanya ada pengalaman keguguran menyebabkan aku terpaksa berfikir dua kali sebelum mengangkat benda berat-berat. nasib baik semua kat ofis aku ialah gentlemen... hehe

last week first time buat ultrasound scan. selama ni aku hanya pandai repair (baca: pandai tengok orang repair)saja, tapi sekarang aku yang berbaring di atas couch itu dan doktor itu membuat check-up ke atas aku. alangkah bestnya perasaan itu, melihat rahim kita yang dulu kecut dan kosong (sebenarnya tak pernah tengok pun masa kecut dan kosong), kini membesar di dalamnya makhluk ciptaan Allah yang bernama fetus, dan itu sebenarnya adalah darah daging kita (dan suami kita) sendiri. terima kasih ya Allah...

dan bila sebut pasal check-up ni, aku pergi first time check-up masa tiga bulan hari tu, iaitu pada awal januari 2012. first check-up, jadi aku ambil cuti sehari, dan abang pun cuti sehari juga. maka kami berdua pun pergilah ke klinik kesihatan kelana jaya. disebabkan aku tak kerja hari itu, sengaja berlengah-lengah sebab pengalaman aku menemani kakak aku (di kelantan), bukan ramai pun orang, tak perlu tunggu lama. tapi rupanya jangkaan aku nyata meleset. rupanya ramai orang yang mengandung di kelana jaya ini. selepas lebih sejam menunggu, barulah nama dipanggil untuk timbang berat dan check tekanan darah BP). lepas tu pergi check urine, check hemoglobin, pastu ambik darah untuk test HIV (first time only). dan tunggu lagi.

selepas sekian lama barulah nombor aku dipanggil wanita suara seksi dan nombor bernyala-nyala di dinding. masuk bilik pemeriksaan, yang membuat pemeriksaan ialah jururawat masyarakat (aku teka u19) bukannya jururawat u29, apatah lagi u41 iaitu seorang doktor. dia check itu ini dan dia cakap aku tak ada masalah dan tak perlu jumpa doktor. balik dari klinik dan melencong ke tempat lain.

second time check-up aku hanya ambil half-day leave. jimat sikit cuti. appointment pukul dua, tapi pukul 4 baru boleh keluar dari kawasan klinik. kali ini tekanan darah aku lebih dari 140. tak pernah-pernah lagi terjadi peristiwa ini dalam hidupku. sebagai rentetannya, aku kena check BP setiap dua hari selama dua minggu. satu kerja tambahan. aduh.

dan check-up kali ni aku jumpa doktor. tapi sayangnya doktor ini kurang gula dalam senyumnya. dan tanya kepada aku, "dah scan kat luar?" aku jawab belum. "kenapa belum scan?" aku tanya balik, "bila sepatutnya kena scan?" sambil mata memerhatikan ultrasound berdekatan dengan couch hanya setengah meter dari kerusiku.

"sepatutnya lapan minggu dah scan." jawab doktor itu tanpa gula dibibirnya.

aku tak tahu siapa patut disalahkan. salah robert kuok sebab gula dah mahal? atau salah orang mengandung ramai sangat? atau salah klinik ada dua doktor saja? atau salah kerajaan tak ambil ramai doktor? atau salah aku dulu tak ngaji pandai-pandai ikut pesan mak ayah aku supaya jadi doktor.

aku tinggalkan klinik dengan tekanan darah sedikit tinggi dari tadi kerana terpaksa ambil bacaan BP setiap dua hari.