Pages

Saturday, January 7, 2012

produktiviti

tahun 2012- sepatutnya aku dah ada master of biomedical engineering dari universiti malaya.

ah, lupakan. itu hanyalah angan-angan kosong orang yang tidak percaya pada takdir. bermula dari 9.5.11, aku perlu tahu bahawa hidup kita tidak selalunya mengikut perancangan, walau serapi mana pun rancangan itu. nothing to regret.

tapi tetap ada regret. walau kecil, walau besar.

keputusan aku bertukar kerja selepas kahwin ada baik dan buruknya. tapi yang aku selalu nampak sekarang ialah bahagian yang kedua. dan aku mula terfikir-fikir keputusan untuk terjun ke bidang servis bukanlah idea yang tepat.

lumrah seorang wanita, apabila berkahwin mestilah mengandung, beranak, berpantang, menjaga anak kecil, menjaga sehingga anak besar, sehinggalah anak dah besar. dalam tempoh empat bulan pertama mengandung, bagi yang bernasib baik, ok lah, hidup seperti biasa. tapi bagi yang kurang bernasib baik (seperti aku), menghadapi morning sickness, selera tak menentu, badan selalu tidak sihat dan seterusnya membawa kepada penurunan produktiviti secara mendadak.

dua tahun pertama kerja, aku tak pernah ambil MC. dan apabila tahun ketiga , hampir setiap bulan MC, kadang-kadang dua minggu sekali. bagi yang memahami, tak apa, tapi bagi yang kurang memahami, tidak sedap telinga aku mendengar. dan bila bekerja di bidang servis, kerahan tenaga bukan sedikit. bukan sekadar jari bergerak. bukan sekadar mata. walau untuk membuka sekecil skru yang lebih kecil dari biji beras, kadang-kadang memerlukan tenaga seperti mengangkat guni beras yang beratnya 15 kilogram.

setiap kali aku gagal bukak skru- sekali aku terfikir untuk bertukar kerja.

tapi kalau aku bertukar kerja sekarang pun, produktiviti aku tetap tidak bertambah. nanti lebih banyak cuti, maternity leave lagi, medical claim pun kena difikirkan. alangkah senangnya jadi kakitangan kerajaan!

perit sedikit, tapi aku belajar untuk menerima.

harapnya tidak lama keadaan akan berubah.