Pages

Friday, November 4, 2011

rehabilitasi

semenjak dua menjak ni aku banyak berpergian ke PPUKM, juga orang panggil HUKM. samalah tu. cuma dah upgrade sikit nama dia. mengikut jejak PPUM barangkali.

setiap kali pergi ke sana, pasti akan melalui jabatan rehabilitasi. rawatan pemulihan. dan yang sewaktu dengannya. bila dah sebut pemulihan, kebanyakan pesakitnya adalah yang melalui proses pemulihan selepas kemalangan, ataupun memang masalah kesihatan dari awal, sejak dari lahir. dan dalam banyak-banyak orang, ada yang menyentuh hati, ada yang menyayat hati, dan ada yang memilukan hati.

setiap kali melihat kekurangan pada orang lain, betapa tinggi kesyukuran aku, dilahirkan sempurna, menjalani kehidupan sempurna, dan tidak ditimpa cacat cela. alhamdulillah. terima kasih ya Allah.

dalam banyak-banyak patient yang lalu lalang, semalam aku melalui pengalaman yang membuatkan aku hampir menangis. ada seorang kanak-kanak, sekitar usia tujuh lapan tahun, duduk di tepi jalan diatas tanah yang basah, meraung-raung, sambil menampar mukanya, kiri dan kanan, berkali-kali. seolah-olah tak ada rasa sakit. tapi yang merasa kesakitan itu ialah mata ini yang melihat. sedih. pilu.

dan aku ingin menangis. aku memilih untuk tidak melihat ke arah kanak-kanak itu. lalu dihadapannya sambil menunduk, dan perasaan seperti dihiris-hiris. dia terus meraung-raung, menampar-nampar mukanya, semakin kuat. merah. di tangannya tersarung span dan tuala kecil. mungkin untuk mengurangkan sedikit impak kesan tamparan tersebut. dan emaknya- berdiri disebelah, bersikap tidak berapa ambil peduli- sambil menghisap rokok.

mungkin emaknya sudah lali dengan perkara tersebut, yang mungkin dilaluinya hari-hari. tetapi yang menyakitkan hati aku ialah- emaknya sedang menghisap rokok!

aku sendiri tidak pernah melihat kejadian seperti itu. jadi aku tidak apa punca dan sebab musababnya. apakah ia penyakit dari kecil ataupun disebabkan oleh sesuatu. nak nyatakan jenis penyakit pun aku tak tahu.

hari ini aku pergi lagi ke PPUKM. dan aku berdoa aku tidak jumpa lagi kanak-kanak itu.

aku sangat sedih melihat keadaannya.