Pages

Sunday, October 16, 2011

perihal mimpi-mimpi kita

setiap kali melihat kawan-kawan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti-universiti hebat, aku seperti dihantar semula ke sepuluh tahun lepas. saat aku mula menghuni MRSM pada tahun 2001. pada saat dan ketika semangat aku berkobar-kobar ingin melanjutkan pelajaran ke negara orang.

pada masa itu, mimpi yang kuat, dan keinginan yang membuak-buak.

tetapi, apabila dikelilingi orang-orang yang kuat belajar, aku jadi sedikit demotivated. aku dalam golongan orang yang kurang belajar tapi berjaya cemerlang dalam UPSR dan PMR. dan apabila memasuki MRSM, pencabar aku bukan sedikit. dan pada permulaan aku di MRSM juga banyak masa petang aku dihabiskan untuk training, dan malam pada waktu prep aku sudah penat. disamping rutin asrama yang aku tidak berapa suka, aku sedikit terkebelakang dalam pelajaran.

waktu di MRSM tidak begitu membanggakan aku.

dan semangat untuk belajar di oversea semakin menurun.

keputusan SPM tidak begitu memberangsangkan.

dan aku memilih untuk tidak mencuba memohon untuk ke luar negara.

tapi mimpi dan impian tak pernah padam. cuma, kalau ia ibarat pelita, apinya berlenggang lenggok ditiup angin. kadang apinya kecil, kadang terlalu besar.

sehingga aku graduated dari UM, impian itu tak pernah padam. untuk master dan PhD aku masih ada peluang.

cuma, aku tidak gagah ketika diuji dengan kematian emak dua hari selepas peperiksaan tahun akhir. aku terbuai-buai dengan godaan yang membuatkan aku lemah. hampir tersungkur. dan ketika tawaran mengikuti master biomed first batch di UM, nasib tidak menyebelahi aku ketika itu. aku terus jatuh, terduduk, dan merangkak-rangkak.

apabila lena dibuai kesibukan duniawi pada permulaan kerja, aku hampir lupa bahawa aku pernah menyimpan impian untuk mempunyai master sebelum berkahwin.

dan aku pun berkahwin.

dan semakin ramai kawan-kawan yang saban waktu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

dan aku cemburu yang amat sangat.

aku ingin menyalakan mimpi itu sekali lagi. selalu. setiap masa.

"tanpa mimpi, orang-orang seperti kita akan mati!" kata arai kepada ikal (dalam novel dan filem sang pemimpi)

Saturday, October 15, 2011

bulan ini bulan buku

aku namakan bulan ini bulan buku.

pertama, beli online buku Tentang oleh Saharil Hasrin Sanin. sekejap habis baca. saharil buat aku berfikir banyak, dan menoleh ke belakang sekali sekala. agar kesilapan lampau tak berulang lagi.

kedua, beli online buku The Missing Piece 1&2 karya Fatimah Busu. masa order elok-elok je ada kedua-dua, alih-alih bila dah bayar tuan punya kedai email cakap buku pertama kehabisan stok. kecewa. pada masa yang sama aku juga meng'usha' kedai buku online lain. kedai tersebut hanya ada yang pertama. nak beli asing-asing, kerja leceh. aku memilih untuk menunggu.

seminggu.

dua minggu.

tiga minggu. barulah buku tersebut sampai. itu pun setelah berkali-kali aku menghantar email yang tak berbalas dan call yang tidak berjawab. setelah beberapa kali barulah dia beritahu buku yang ditempah dari penerbit belum sampai.

sungguh aku kecewa dengan tuan punya kedai online itu.

in a meanwhile, aku sempat singgah di Minerva di Jalan TAR. buat muka kesian kat abang, dapat satu buku. Pemburu Mimpi, karya Saleha Hussin. itu buku keempat.

dan bila serigala mengganas, dan abang menggalakkan, 20 biji buku aku bawa balik dari Big Bad Wolf. tapi rasa sikit berbanding orang yang angkut berbonet-bonet. hish, tak mampu aku. 20 pun dah cukup banyak.

(sebenarnya aku baru menghabiskan Bahlut yang dibeli pada KLIBF 2011 yang lepas.)