Pages

Tuesday, June 21, 2011

....dari PJS1 ke PJU1

mula-mula duduk rumah sewa di PJS1, aku selalu diburu rasa tidak selesa. pertama kali duduk di rumah sewa bersama-sama orang asing yang aku tak kenal dan persekitaran rumah a.k.a flat tersebut jugak tidak begitu convenient. apa yang cukup convenient hanyalah jaraknya dari ofis. hanya 10 minit jalan cepat.

tapi kalau dilihat secara luaran rumah itu- merimaskan!

cat sudah tidak terbela, berlumut-lumut. tangga selalu kotor, lebih malang lagi ada makhluk yang suka letak sampah tepi tangga dengan harapan pakcik lori sampah naik sampai atas tangga kot! kaum bukan melayu juga lebih ramai, yang datuk nenek mereka dari asia tengah lebih dari asia timur. malam-malam bila jalan kadang-kadang tak nampak orang, hanya dengar suara.

tapi kalau dikira-kira, padanlah dengan harganya. RM150 untuk bilik kecil. dikira selesa untuk bujang yang tak berapa cerewet macam aku. tuan rumah pun ok. melayu. orang kelantan. hehe.. kalau gaji masuk lewat sikit pun, tak kisah aku bayar lewat, asalkan maklumkan kepada beliau dahulu.

kedai runcit dan speedmart juga lebih kurang dekat. bangun pagi-pagi hari sabtu boleh makan nasi lemak best kat tepi bus stop. malam-malam sekali sekala malas masak, ada kedai tomyam yang dalam seminggu lebih banyak tutup dari buka. bus stop tak jauh dari rumah. hari isnin dan khamis balik kerja boleh jalan kaki pergi pasar malam area Taman Sri Sentosa.

tolak tambah, darab bahagi, boleh dikatakan hidup di PJS1, tidaklah begitu teruk.


selepas berubah status, berubah tempat kerja, dan bertukar housemate, sekali lagi aku cuba memilih rumah yang paling dekat dengan ofis. tapi memandangkan sewanya RM2000 sebulan, aku mempertimbangkan jauh jauh lebih sikit. lima belas minit jalan cepat, not bad.

dari PJS1, aku memilih PJU1. atau tepatnya taman megah mas. rumah comel ditengah-tengah kelana jaya. mana lagi nak cari rumah dengan sewa RM600 di kelana jaya. rumah teres setingkat belakang Giant pun paling murah RM1000. kalau memilih rumah-rumah sebegitu, maknanya separuh dari gaji aku sebulan hanya diperuntukkan untuk bayar sewa rumah. dan kalau kelana putera di sebelah kelana square, hmmmm..... gigit jari sajalah.

rumah comel ini, ditengah-tengah kelana jaya ini, adalah cukup selesa untuk pasangan yang masih berbulan madu. dua bilik comel, dapur comel, bilik air comel, dan segala-galanya comel. kalau ada anak seorang dua ok lagi. dah masuk tiga dah tak comel lagi dah.

dan yang paling menarik ialah berada di tengah-tengah kemudahan kota. giant dekat. nak beli kereta dekat. nak baiki kereta dekat. nak tempah frame gambar dekat. nak beli durian dekat. nak beli kepak ayam dekat. nak pergi ikea dekat. pendek kata semua dekat.

kecuali hanya satu- pasar!

sungguh menyedihkan bila meninjau pasar-pasar di kelana jaya, langsung tidak dapat melihat peniaga ikan atau ayam yang memakai tudung. peniaga ikan juga tiada. yang ada hanya yang membeli ikan, ayam dan daging di pasar TTDI. pasar taman megah, pasar cempaka, langsung tak ada. adakah aku berada di Guangzhou?

jadi yang paling sesuai untuk membeli belah barang-barang tersebut hanyalah Giant. yang ikannya jarang segar. selepas beberapa lama, barulah jumpa pasar tani. barulah dapat berjumpa dengan orang berniaga yang pakai tudung. rasa kembali ke malaysia.

atas sebab-sebab itulah, aku rindu sangat nak balik kelantan.

apatah lagi selepas dengar lagu ni...



Sunday, June 19, 2011

kaktus berduri merah


ada suatu ketika dahulu, ketika dalam satu kursus, kami diminta oleh fasi melukis sepohon pokok di atas sehelai kertas A4 putih. tanpa banyak soal, hanya satu yang bermain di fikiran aku.

kaktus!

dan aku pun melukis sebijik kaktus bulat yang berduri di bahagian atas sebelah kiri kertas A4 tersebut. hanya menggunakan 1/8 daripada ruang kertas itu.

selesai melukis, bermulalah sesi seperti yang biasa-biasa dalam kursus. makna di sebalik lukisan itu. ada macam-macam lukisan, macam-macam pokok, dan macam-macam saiz serta kedudukan.

sampai giliran aku, Dr Arif, fasi tersebut memberi komen: ish, bahaya ni... berduri-duri!

- - - - -

aku memang suka kaktus dari dulu. terutamanya kaktus comel-comel yang berada di dalam pasu kecil. macam-macam jenis, macam-macam warna, macam-macam saiz, macam-macam bentuk, macam-macam duri. sungguh cantik!

tapi sayangnya aku tak berupaya untuk membela kaktus dengan baik. kehidupan asrama tidak begitu mengizinkan.

dan syurga kaktus pastinya Cameron Highlands!

kaktus pertama yang aku miliki sewaktu kali pertama pergi Cameron pada awal 2006. pergi bersama-sama ahli Kelab Perpaduan Melayu untuk bercamping di Sungai Pauh, sangat dekat dari pekan Tanah Rata. pada waktu itu birthday aku yang ke-21. Kak Posh hadiahkan aku kekwa kuning. pertama kali orang hadiahkan aku bunga. suka sangat. (setelah beliau berkomplot dalam cubaan mengenakan aku dengan teruk sekali.)

dan aku pun menghadiahkan diri sendiri 3 biji kaktus kecil.

kaktus pertama yang aku miliki. aku jaga betul-betul. aku letak di atas meja study. aku siram seminggu sekali. lagipun kaktus tidak memerlukan penjagaan yang rapi. siram seminggu atau dua minggu sekali pun dah ok. tak perlu kisah pasal daun dia akan jadi kuning atau pucuk dia layu dipanah terik mentari, sebab dia tidak berpucuk dan berdaun. jadi tak kisahlah kalau tidak jaga pada setiap hari.

namun, apabila tamat semeter itu, aku harus ke Taiping untuk Latihan Industri. oleh kerana tak tahu lagi nak duduk mana, dan segala bagai perkara lagi, aku memutuskan untuk tinggalkan kaktus tersebut di luar tingkap. sekurang-kurangnya ia akan mendapat cahaya matahari dan tempias hujan. semoga ia selamat.

balik dari LI, kebetulan aku duduk dibilik yang sama. perkara pertama yang aku cari- kaktus! tapi ia bukan disitu. ia tiada disitu. aku diserbu hairan. ia bukan kucing, ia bukan hamster, ia juga bukan kambing! ia hanya kaktus yang tidak tahu bergerak. tapi ia tiada. jadi aku syak makcik-makcik cleaner telah mencemburui kaktus aku lalu membuangnya terus. sedih!

hujung tahun itu, aku ke Cameron lagi escort kakak aku, menjaga kanak-kanak yang masih kecil. tapi aku tak beli kaktus.

selepas itu, sehingga tamat belajar, aku tidak bela kaktus lagi.

-----

kali ketiga, aku pergi semasa dah tamat belajar dan menunggu untuk kerja. juga bersama kakak aku. kali ini aku beli tujuh kaktus kecil. sepuluh ringgit. masa itu aku hanya relaks-relaks di rumah. tapi bila aku letak di luar rumah, habis dikais ayam. habis bertaburan kaktus-kaktus yang masih mentah untuk menahan serangan ayam yang rakus. jadi tempat yang paling selamat ialah dalam rumah.

labih kurang dua bulan selepas itu. aku dapat kerja. mustahil untuk bawak kaktus bersama. kat tumah aku pula tiada siapa yang ada untuk menjaga. Ain, anak buah aku serta merta menawarkan diri: Teh, mari ore jaga kaktus Teh. aku berbesar hati. "jaga baik-baik, balik nanti teh nak ambik balik."

"ok, teh!"

balik kampung pada masa cuti, aku ke rumah ain.

"teh, mari tengok kaktus teh..."

aku masuk bilik tempat ain simpan kaktus. aku tengok pasu-pasu kaktus. macam dilanda banjir, tapi musim itu bukan musim banjir.

"syakirah jirus kaktus teh tiap-tiap hari!"

-----

kali keempat, pergi pada bulan 7 tahun lepas, bersama-sama coursemate- tak beli kaktus. pergi tanpa rancangan, dan terlalu tergesa-gesa keran gelap telah tiba dan kedai sudah mahu tutup ketika tiba di pasar.

-----

dan kini, abang ada bagi aku kaktus baru!



minggu depan, nak pergi cameron highland lagi.

abang, nanti kita buat kebun kaktus eh... seperti ini.....