Pages

Tuesday, February 22, 2011

entry pertama selepas kahwin


kalau aku nak katakan aku sibuk sampai tak sempat nak tulis blog, itu dah menipu namanya. masa terluang ada, cuma keadaannya tidak berapa sesuai. sama la juga kesnya, bila kakak aku komplen, dah lepas kahwin ni dah tak ada masa nak call rumah, dan aku jawab, kak sibuk la.. kena satu das atas muka: kalu setakat nak call tu on the way dari melaka ke KL pun de belana...

cuma, aku belum mempunyai kesempatan untuk duduk dan berfikir dan menulis dengan lancar setiap butir perkataan dan cerita yang berlegar-legar di fikiran semasa membuat soldering dan winding thread, dan akhirnya lesap dalam kepulan asap goreng ikan selar kuning dan timbunan kain yang tidak berlipat.

tak juga sebenarnya. i'm not that busy anyway.

hakikatnya, aku sedang dalam proses pembelajaran semula. belajar untuk menjadi seorang pengurus rumah tangga yang baik. kalau dulu aku uruskan hanya diri aku, sekarang sudah ada dua. kalau dulu aku masak ikut cita rasa aku, sekarang kena ikut cita rasa kedua-dua. kalau dulu aku basuh baju, lipat baju dan iron baju ikut suka, sekarang kena rancang sebaiknya. kalau dulu aku bebas melakukan sesuatu, kini aku akan fikir dahulu.

masa lahir kat rumah mak dulu, lesung batu dah ada, periuk belanga dah lengkap semuanya, almari kerusi meja semua dah sedia. jadi aku tak fikir bilakah perlunya benda-benda itu dan apa gunanya benda-benda itu. tapi sebaik aku melangkah ke rumah ini, yang ada hanya kolah takungan air dan gayung untuk mandi. yang lain- tiada.

memang seronok main-main susun atur rumah dengan abang ikut suka cita rasa sendiri, tapi belanja yang keluar juga bukan sedikit. dulu masa orang pesan suruh simpan banyak-banyak nak kahwin, aku buat telinga kuali. bila dah alami sendiri, barulah rasa betapa berharga kepingan-kepingan kertas yang aku keluarkan dari mesin ATM tiap-tiap bulan dulu.

tapi di sebalik 'keperitan' memulakan kehidupan baru, memulakan kehidupan bersama-sama orang tersayang juga indah tak terkata. (ayat saja bagi jeles orang yang tak nak kahwin lagi).. haha. biarpun belum sempat merancang percutian bulan madu, aku tak berapa kisah. tuntutan hidup tidak mengizinkan lagi buat masa ini.

dan satu lagi perubahan besar dalam hidup aku: bertukar kerja dan tempat kerja. sudah penat bergelumang dengan paper work, aku memilih kerja yang lebih adventure: service engineer. pernah dulu seorang kawan berpesan, perempuan tidak berapa sesuai jadi service engineer, sales lebih baik, tapi aku bukan orang yang 'dengar cakap' sangat. sengaja mahu mencabar diri, bolehkah aku masuk bidang servis, yang rata-ratanya adalah lelaki.

first day, aku rasa seperti aku first time bekerja. orang baru, environment baru, dan bidang kerja baru! memang seriau! first day, rasa macam rusa masuk kilang mercedes pun ada. ilmu kosong di dada dan kepala. ikut apa jua suruhan orang. disuruh duduk aku duduk, disuruh tidur aku tidur, disuruh berdiri aku berdiri, disuruh menyanyi aku menyanyi. haha. tak adalah, itu ada bayangan seram aku semata-mata.

sebenarnya, semua colleague baru aku sangat mengagumkan. semuanya bersedia menjadi guru apabila minta dibantu. tak pernah ada istilah tak tahu. tak pernah dilarang berbuat sesuatu. dan untuk new comer seperti aku, memang rasa sangat comfort.

dan kehidupan kini, juga sangat comfort.


untuk memulakan hari esok, aku tak rasa ralat lagi.