Pages

Thursday, January 27, 2011

belajar untuk berkata tidak

hati aku walau kadang kala keras, tapi aku jarang sanggup menghampakan harapan orang. apatah kalau berupa permintaan, aku jarang menolak walau mungkin menyusahkan aku. yes, itulah kelemahan aku. i dont know how to say to in very good manner. aku tak nak berlaku biadap, aku tak nak kelihatan kurang ajar, tapi pada masa yang sama aku juga nak menuntut keadilan untuk diri sendiri.

aku buat sesuatu jarang semata-mata untuk duit. aku mahu buat sesuatu untuk keadilan. aku dibayar untuk berkerja. dan apakah keadilannya ialah aku berkerja untuk dibayar? kejam? mungkin juga. tapi apabila ketidakadilan berlaku didepan aku, bila yang tidak berkerja juga dibayar, yang tidak berkerja juga dibela, aku merasakan satu kesilapan berlaku disitu. untuk mengubah orang aku tidak mampu, tapi aku mampu mengubah diri sendiri. jalan paling senang- aku berundur.

kadang-kadang rasa juga bahawa aku tidak patut meninggalkan company disaat-saat macam ni, semuanya sedang berlaku serentak. tapi aku yakin sebagaimana aku mampu mengganti tempat orang, orang juga mampu mengganti tempat aku. all they need is time.

lain kali aku perlu belajar lagi, macam mana nak mengatakan tidak, tanpa perlu menggelengkan kepala.


Tuesday, January 18, 2011

apabila ulat bulu menjadi ulat buku

dulu aku cukup suka membaca. terutamanya novel dan bahan bacaan motivasi (MPH Mid Valley sebut self-care). semua ini adalah pengaruh dari kecil aku dikelilingi oleh novel-novel sastera kakak-kakak aku.

aku ingat satu sejarah pahit semasa sekolah rendah. pada masa itu aku tidaklah cerdik sangat lagi. aku ada pinjam sebuab buku cerita dari perpustakaan sekolah. pada masa itu pinjaman sangat terhad, kalau tak silap hanya satu buku. (sungguh kedekut perpustakaan sekolah rendah). pada masa menghampiri akhir-akhir tahun, ditakdirkan buku yang aku pinjam hilang. entah ke mana. merata-rata aku cari tidak berjumpa. lalu aku mengadu pada kakak, "buku yang kak pinjam dengan pustaka hilang!"

kakak aku tanpa kompromi terus memprovokasi.

"kak kena ganti. itu bukan buku kak sorang. itu buku seluruh rakyat malaysia. kak nak minta maaf dengan semua orang sebab hilangkan buku tu?"

dalam hati, tak terucap betapa takutnya aku. macam mana aku nak minta maaf dengan semua orang sebab hilangkan buku tu? tak kan nak umumkan dalam TV aku dah hilangkan buku cerita di pustaka sekolah?

"habis tu nak buat macam mana?" aku tanya pada kakak.

"esok cakap dengan cikgu pustaka kak hilangkan buku tu."

esoknya, takut-takut aku laporkan kehilangan buku tu, satu- supaya aku tak perlu minta maaf dengan seluruh rakyat malaysia, dan dua- aku nak pinjam buku lain. aku memang standby duit banyak untuk ganti buku itu. aku jumpa cikgu yang jaga library, "cikgu, yang saya pinjam hari tu dah hilang."

"macam mana boleh hilang?"

"tak tahu.."

"buku lama ke buku baru?"

"buku lama.."

"tebal ke nipis?"

"nipis.."

"bayar seringgit!"

sejak itu aku sangat menghargai buku.

dan aku tak akan biarkan buku hilang lagi. dan aku jadi bertanggungjawab pada buku.




p.s: aku jumpa buku tu balik masa kemas bilik masa cuti sekolah. buka sekolah tahun berikutnya, aku kembalikan buku tersebut kepada perpustakaan sekolah walaupun aku dah bayar seringgit.

Monday, January 17, 2011

apabila kerja bukan lagi hiburan

dunia sedar kita banyak dihabiskan ditempat kerja. dari pukul 7 pagi hingga tujuh malam biasanya adalah waktu kita 'bekerja', walaupun itu sebenarnya waktu sebenar di pejabat lebih kurang pukul 8.30 hingga 5.30. perjalanan pergi dan balik itu jarang membuatkan kita tenang. apatah lagi kalau terperangkap dalam jem, kerja di pejabat menunggu tak sudah-sudah, kita seperti tiada nikmat hidup untuk difikirkan. separuh dari hari kita diperuntukkan untuk kerja. jadi apabila kita memilih kerja yang langsung tidak menghiburkan atau boleh kita jadikan hiburan, kita telah mensia-siakan separuh dari kebahagiaan kita.

kalau itu kerja yang tidak menghiburkan.

atau lebih tepat lagi- kerja yang kita tidak suka.

banyak faktor yang boleh menyebabkan kita tidak temui hiburan di tempat kerja. ruang kerja seperti batu bertangkup, rakan sekerja seperti batu bukit, bos yang seperti israel, beban kerja sepuluh orang ditanggung tiga orang, dan juga gaji yang langsung tidak padan dengan kerja yang dilakukan. semua itu boleh menyumbang kepada kemurungan dan kecurangan sekali gus. curang itu ada banyak jenis. curang kepada diri sendiri, iaitu makan gaji tidak bermata (atau orang panggil gaji buta), dan curang kepada rakan sekerja iaitu memaksa dalam diam rakan sekerja melakukan tugas kita, dan jalan yang paling akhir curang kepada bos kita iaitu dengan mencari kerja dengan bos orang lain. tapi aku rasa curang yang paling akhir itu jauh lebih mulia dari kecurangan pertama.

dan apabila kecurangan yang terakhir itu berlaku, barulah orang akan cuba memberi kita hiburan, dengan menawarkan ruang kerja seluas padang bola, rakan sekerja tiba-tiba menjadi seperti belangkas, gaji ikut suka kita nak berapa, dan sebagainya yang dirasakan boleh menghiburkan hati kita yang telah lara.

namun kata pepatah, luka yang dalam boleh sembuh, tapi parutnya tetap ada. buat apa kita nak menyimpan rasa sakit lepas operate kalau kita boleh memilih untuk buat rawatan lain yang tidak menyakitkan?


jadi apabila kerja bukan lagi suatu hiburan,

hijrah itu pengorbanan...

hijrah itu perjuangan...

hijrah itu persaudaraan...

hijrah membentuk perpaduan...

oleh itu, mari semua, kita berhijrah semula....

Thursday, January 13, 2011

dunia lebih baik?


mana satu dunia yang lebih baik?

Tuesday, January 11, 2011

banjir

aku yang jarang-jarang tengok berita last week (selalu balik bila Buletin Utama dah habis) langsung tidak tahu perkembangan semasa sehinggalah bila aku call abang beritahu nak balik kampung, dia bertanya, "jalan boleh lalu ke tak? rumah sekarang banjir.."

"Banjir?!"

aku dengar juga sipi-sipi berita dan terengganu dilanda banjir, dan aku tahu sesetengah tempat di kelantan dinaiki air, tapi aku tak sangka salah sebuah tempat itu ialah kampung aku. tambahan lagi hanya abang yang ada di rumah- aku tak perlu risaukan abang- dia dah besar panjang, pandai-pandailah dia jaga diri kalau banjir pun.

yang selalu banjir ialah rumah kakak di pasir mas, masuk kali ini dah kali ketiga (sejak musim tengkujuh yang bermula akhir tahun lepas). jadi itu ialah benda biasa yang dia sudah catat dalam diari tahunannya. banjir satu pesta bagi anak-anaknya, bukan lagi satu bencana (kempen kerajaan susah betul nak memberi kesan kepada kanak-kanak).

selepas aku dengar berita rumah aku banjir, hati berbelah bagi mahu balik ke tidak. tapi surat permohanan berkahwin perlu diisi dan dihantar. ujian saringan HIV perlu dilakukan segera. dan ada beberapa perkara lain lagi yang perlu dibincangkan, jadi aku balik jugak.

masa dah dalam bas, abang call lagi, air dah naik sampai atas rumah (bahagian dapur lebih rendah dari rumah ibu), pergi rumah da. nanti abang rul call dia. aku yang tengah mengantuk hanya bersetuju dan tidur kembali.

sampai kelantan, bas meluncur seperti speed bot. air memercik laju kiri dan kanan. rasa macam tengah naik kapal persiaran di tengah alaska pun ada. jadi aku pasti abang tak tipu aku. bukan helahnya semata-mata supaya aku tak balik ke rumah.

hari kedua di kampung, cuaca cerah jilah. aku keluar ke bandar, menyelesaikan urusan di klinik pengkalan chepa dan menghantar kad jemputan ke Radicare HRPZ2.

balik dari bandar, riak-riak selsema mula terasa. sedangkan orang yang dah duduk di kelantan maintain steady. aku je yang soh seh soh seh. lepas tu semalam ada hati lagi pergi merayau-rayau sekali lagi, dan akhirnya hari ini membawa sisa-sisa banjir di kelantan ke petaling jaya.

cepat lah sembuh selsema.