Pages

Friday, November 4, 2011

rehabilitasi

semenjak dua menjak ni aku banyak berpergian ke PPUKM, juga orang panggil HUKM. samalah tu. cuma dah upgrade sikit nama dia. mengikut jejak PPUM barangkali.

setiap kali pergi ke sana, pasti akan melalui jabatan rehabilitasi. rawatan pemulihan. dan yang sewaktu dengannya. bila dah sebut pemulihan, kebanyakan pesakitnya adalah yang melalui proses pemulihan selepas kemalangan, ataupun memang masalah kesihatan dari awal, sejak dari lahir. dan dalam banyak-banyak orang, ada yang menyentuh hati, ada yang menyayat hati, dan ada yang memilukan hati.

setiap kali melihat kekurangan pada orang lain, betapa tinggi kesyukuran aku, dilahirkan sempurna, menjalani kehidupan sempurna, dan tidak ditimpa cacat cela. alhamdulillah. terima kasih ya Allah.

dalam banyak-banyak patient yang lalu lalang, semalam aku melalui pengalaman yang membuatkan aku hampir menangis. ada seorang kanak-kanak, sekitar usia tujuh lapan tahun, duduk di tepi jalan diatas tanah yang basah, meraung-raung, sambil menampar mukanya, kiri dan kanan, berkali-kali. seolah-olah tak ada rasa sakit. tapi yang merasa kesakitan itu ialah mata ini yang melihat. sedih. pilu.

dan aku ingin menangis. aku memilih untuk tidak melihat ke arah kanak-kanak itu. lalu dihadapannya sambil menunduk, dan perasaan seperti dihiris-hiris. dia terus meraung-raung, menampar-nampar mukanya, semakin kuat. merah. di tangannya tersarung span dan tuala kecil. mungkin untuk mengurangkan sedikit impak kesan tamparan tersebut. dan emaknya- berdiri disebelah, bersikap tidak berapa ambil peduli- sambil menghisap rokok.

mungkin emaknya sudah lali dengan perkara tersebut, yang mungkin dilaluinya hari-hari. tetapi yang menyakitkan hati aku ialah- emaknya sedang menghisap rokok!

aku sendiri tidak pernah melihat kejadian seperti itu. jadi aku tidak apa punca dan sebab musababnya. apakah ia penyakit dari kecil ataupun disebabkan oleh sesuatu. nak nyatakan jenis penyakit pun aku tak tahu.

hari ini aku pergi lagi ke PPUKM. dan aku berdoa aku tidak jumpa lagi kanak-kanak itu.

aku sangat sedih melihat keadaannya.


Sunday, October 16, 2011

perihal mimpi-mimpi kita

setiap kali melihat kawan-kawan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti-universiti hebat, aku seperti dihantar semula ke sepuluh tahun lepas. saat aku mula menghuni MRSM pada tahun 2001. pada saat dan ketika semangat aku berkobar-kobar ingin melanjutkan pelajaran ke negara orang.

pada masa itu, mimpi yang kuat, dan keinginan yang membuak-buak.

tetapi, apabila dikelilingi orang-orang yang kuat belajar, aku jadi sedikit demotivated. aku dalam golongan orang yang kurang belajar tapi berjaya cemerlang dalam UPSR dan PMR. dan apabila memasuki MRSM, pencabar aku bukan sedikit. dan pada permulaan aku di MRSM juga banyak masa petang aku dihabiskan untuk training, dan malam pada waktu prep aku sudah penat. disamping rutin asrama yang aku tidak berapa suka, aku sedikit terkebelakang dalam pelajaran.

waktu di MRSM tidak begitu membanggakan aku.

dan semangat untuk belajar di oversea semakin menurun.

keputusan SPM tidak begitu memberangsangkan.

dan aku memilih untuk tidak mencuba memohon untuk ke luar negara.

tapi mimpi dan impian tak pernah padam. cuma, kalau ia ibarat pelita, apinya berlenggang lenggok ditiup angin. kadang apinya kecil, kadang terlalu besar.

sehingga aku graduated dari UM, impian itu tak pernah padam. untuk master dan PhD aku masih ada peluang.

cuma, aku tidak gagah ketika diuji dengan kematian emak dua hari selepas peperiksaan tahun akhir. aku terbuai-buai dengan godaan yang membuatkan aku lemah. hampir tersungkur. dan ketika tawaran mengikuti master biomed first batch di UM, nasib tidak menyebelahi aku ketika itu. aku terus jatuh, terduduk, dan merangkak-rangkak.

apabila lena dibuai kesibukan duniawi pada permulaan kerja, aku hampir lupa bahawa aku pernah menyimpan impian untuk mempunyai master sebelum berkahwin.

dan aku pun berkahwin.

dan semakin ramai kawan-kawan yang saban waktu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

dan aku cemburu yang amat sangat.

aku ingin menyalakan mimpi itu sekali lagi. selalu. setiap masa.

"tanpa mimpi, orang-orang seperti kita akan mati!" kata arai kepada ikal (dalam novel dan filem sang pemimpi)

Saturday, October 15, 2011

bulan ini bulan buku

aku namakan bulan ini bulan buku.

pertama, beli online buku Tentang oleh Saharil Hasrin Sanin. sekejap habis baca. saharil buat aku berfikir banyak, dan menoleh ke belakang sekali sekala. agar kesilapan lampau tak berulang lagi.

kedua, beli online buku The Missing Piece 1&2 karya Fatimah Busu. masa order elok-elok je ada kedua-dua, alih-alih bila dah bayar tuan punya kedai email cakap buku pertama kehabisan stok. kecewa. pada masa yang sama aku juga meng'usha' kedai buku online lain. kedai tersebut hanya ada yang pertama. nak beli asing-asing, kerja leceh. aku memilih untuk menunggu.

seminggu.

dua minggu.

tiga minggu. barulah buku tersebut sampai. itu pun setelah berkali-kali aku menghantar email yang tak berbalas dan call yang tidak berjawab. setelah beberapa kali barulah dia beritahu buku yang ditempah dari penerbit belum sampai.

sungguh aku kecewa dengan tuan punya kedai online itu.

in a meanwhile, aku sempat singgah di Minerva di Jalan TAR. buat muka kesian kat abang, dapat satu buku. Pemburu Mimpi, karya Saleha Hussin. itu buku keempat.

dan bila serigala mengganas, dan abang menggalakkan, 20 biji buku aku bawa balik dari Big Bad Wolf. tapi rasa sikit berbanding orang yang angkut berbonet-bonet. hish, tak mampu aku. 20 pun dah cukup banyak.

(sebenarnya aku baru menghabiskan Bahlut yang dibeli pada KLIBF 2011 yang lepas.)


Wednesday, September 14, 2011

update setelah sekian lama


setelah sekian lama hanya menjengah untuk melihat update kengkawan, akhirnya terfikir untuk meng'update' juga.

1. SPA

setelah sekian lama aku masih tidak jemu-jemu memohon SPA walaupun berkali-kali telah diutus surat 'tidak berjaya' oleh SPA. tak apa, bukan ke Edison mencuba dan tidak berjaya beribu-ribu kali untuk mencipta sebiji mentol?

tapi, best sangat ke kerja kerajaan?

dan keputusan exam sepatutnya diumumkan bulan 8, tapi ditangguhkan ke akhir bulan 9, for some kind of reason. (for some people maybe)

teruskan menunggu.


2. Raya

pertama kali beraya di rumah mentua. rindunya rumah sendiri...

ah, walau dah tua bangka, walau jauh dari mata, kampung tempat berkubang juga yang tak pernah luput dari ingatan.

oh ya, semestinya sebagai seorang isteri buat kali pertama. yang pertama itu semestinya selalu indah, kan?


3. Lintang

sebenarnya pada ketika ini aku tengah menonton Laskar Pelangi di astro Oasis. entah kali ke berapa. tapi aku selalu ingin menangis di saat Lintang terpaksa berhenti sekolah selepas kematian ayahnya. dan aksi Ikal mengejar Lintang hingga hilang dari mata, sungguh menusuk.


4. Kampung

lan adik aku cakap durian sudah mula gugur di kampung. oh, durian, memang favouriteku selalu. tapi kelantan itu letaknya lapan jam dari kuala lumpur walaupun ikut LPT sekali pun.

oh bilakah LPT akan sampai ke hujung dunia di tumpat sana?


5. Kek coklat

Kek coklat kegemaranku selalu. kek coklat lembap. wah enaknya...

dan ini kek pertama kepada suami tersayang.



indah rupanya menjadi isteri, terutamanya apabila suami memuji masakan kita (walau seburuk mana masakan itu).

abang, saya masih belajar :)


6. Buku Online

hari ini, aku teruja dengan komen Fadz tentang buku Tentang oleh Saharil.

ya, aku memang pengikut blog saharil. dulu. tapi aku rasa sekarang dia dah kurang update.

tak sabar menunggu ketibaan pos ekspres di depan pintu rumah.


Sunday, July 3, 2011

set kito jange pecoh!

kelantan sejak dari dulu lagi tak lepas dari menjadi sasaran politik, tak kira dari sudut apa pun. dari banjir aturan alam hinggalah rumah buruk yang masuk dalam bersamamu. apa jua perkara nak dipolitikkan. yang tak perlu jadi isu pun menjadi perkara besar. semuanya atas nama politik.

dan bila kebangkitan Red Warriors sejak dua tiga tahun lalu, aku rasa hanya itulah satu-satunya medium yang menyatukan semua orang kelantan. bola sepak. semua bersatu tanpa mengira ideologi politik. semua orang bersorak bila score gol. semua orang sedih bila Duadsu tertanduk bola ke gol sendiri. dan semua orang boleh berkata: itu takdir, tak ada rezeki kita. semua bersetuju kita akan bangkit kembali. piala FA berlalu, semua kembali tenang.

sehingga semalam.

tapi apabila pengumuman dibuat (baca sini), aku melihat komen-komen yang pelbagai dalam facebook, especially page THE RED WARRIORS MALAYSIA. ada yang menyokong, tapi tak kurang ramai yang membantah. aku secara peribadi kurang bersetuju bila politik mula masuk padang. yang menjadi pengadilnya hanya satu pihak. penjaga garisan juga pihak yang sama. pemainnya juga terpaksa memihak kepada satu arah. dan akhirnya yang menjadi bola ialah rakyat kelantan.

apa salahnya bila kerajaan negeri dah umumkan nak buat stadium di pasir puteh, tak payah lah lagi janji bila dah menang PRU, nak buat stadium di tunjong pula. kalau nak buat tak payah lah tunggu PRU. kalau dah jadi penyokong nombor 1, takkanlah satu stadium nak berkira.

aku tak nak ulas panjang-panjang. biarlah politik hanya duduk di tempat penyokong. tak payahlah masuk padang merosakkan perlawanan.

dan aku tercari-cari, ke mana hilangnya slogan keramat: set kito jange pecoh!

Saturday, July 2, 2011

sometimes, it's too late..


tak tahu kenapa aku 'kurang bernasib baik' bab-bab kereta ni.

bermula dengan lesen:
1. first time aku cub untuk ambik lesen ialah pada cuti sem dua first year. masa tu kat rumah kakak aku kat seremban. but for some kind of reason yang tak dapat dielakkan, aku postpone. melayang jugak duit mak aku beberapa ratus. (when i think again, i shouldn't be that offensive, tapi aku jenis yang pantang hidup diaturkan, but gosh, aku tak fikir pun sebab dan akibatnya kepada orang lain!)

2. second time, ialah semasa dah habis study, 3 years later. this time mak aku dah tak ada. kakak aku take over segala-galanya, including my licence thing. dari A sampai habis huruf. but then masa baru je habis kursus pemanduan jalan raya segala bagai, aku dipanggil ke Batu Pahat. tertangguh sekejap. nak ambik kat sana, masa terlalu pack.

3. habis kursus aku balik kampung. baru start buat lesen L dan mula belajar. habis belajar (masa tu jadual test sangat pack) dan aku terpaksa queue untuk itu. dan nampaknya kerja sampai dahulu. aku pergi ke KL. nak sambung kat KL just untuk test JPJ aku rasa tak berbaloi. just test. i wait and wait and wait and wait. sehingga aku lupa hampir setahun sudah berlalu. dalam masa itu aku tak punya banyak kesempatan dan cuti untuk mengizinkan aku balik ke KB dan test.

4. finally beberapa hari sebelum tempoh tamat, dapat test jugak. tapi dah setahun tak pegang stering, aku fail.

5. nak test sekali lagi, tempoh lesen L aku dah tamat.

6. aku bermula sekali lagi, dengan duit sendiri, dengan penuh keyakinan- tanpa ragu-ragu, akhirnya lesen P ada dalam tangan aku. setelah beberapa tahun.

7. kalau masa boleh diundur sedikit, sebenarnya aku boleh ubah beberapa perkara, dan juga keputusan untuk gembirakan hati orang lain.

dan yang lagi best....
ini.... yang bukan milik aku....


sebabnya...

aku dah ada yang ini..


hanya sebulan sebelum itu...

tapi 'lama' tu antik apa... kan?

......senyum.......

Tuesday, June 21, 2011

....dari PJS1 ke PJU1

mula-mula duduk rumah sewa di PJS1, aku selalu diburu rasa tidak selesa. pertama kali duduk di rumah sewa bersama-sama orang asing yang aku tak kenal dan persekitaran rumah a.k.a flat tersebut jugak tidak begitu convenient. apa yang cukup convenient hanyalah jaraknya dari ofis. hanya 10 minit jalan cepat.

tapi kalau dilihat secara luaran rumah itu- merimaskan!

cat sudah tidak terbela, berlumut-lumut. tangga selalu kotor, lebih malang lagi ada makhluk yang suka letak sampah tepi tangga dengan harapan pakcik lori sampah naik sampai atas tangga kot! kaum bukan melayu juga lebih ramai, yang datuk nenek mereka dari asia tengah lebih dari asia timur. malam-malam bila jalan kadang-kadang tak nampak orang, hanya dengar suara.

tapi kalau dikira-kira, padanlah dengan harganya. RM150 untuk bilik kecil. dikira selesa untuk bujang yang tak berapa cerewet macam aku. tuan rumah pun ok. melayu. orang kelantan. hehe.. kalau gaji masuk lewat sikit pun, tak kisah aku bayar lewat, asalkan maklumkan kepada beliau dahulu.

kedai runcit dan speedmart juga lebih kurang dekat. bangun pagi-pagi hari sabtu boleh makan nasi lemak best kat tepi bus stop. malam-malam sekali sekala malas masak, ada kedai tomyam yang dalam seminggu lebih banyak tutup dari buka. bus stop tak jauh dari rumah. hari isnin dan khamis balik kerja boleh jalan kaki pergi pasar malam area Taman Sri Sentosa.

tolak tambah, darab bahagi, boleh dikatakan hidup di PJS1, tidaklah begitu teruk.


selepas berubah status, berubah tempat kerja, dan bertukar housemate, sekali lagi aku cuba memilih rumah yang paling dekat dengan ofis. tapi memandangkan sewanya RM2000 sebulan, aku mempertimbangkan jauh jauh lebih sikit. lima belas minit jalan cepat, not bad.

dari PJS1, aku memilih PJU1. atau tepatnya taman megah mas. rumah comel ditengah-tengah kelana jaya. mana lagi nak cari rumah dengan sewa RM600 di kelana jaya. rumah teres setingkat belakang Giant pun paling murah RM1000. kalau memilih rumah-rumah sebegitu, maknanya separuh dari gaji aku sebulan hanya diperuntukkan untuk bayar sewa rumah. dan kalau kelana putera di sebelah kelana square, hmmmm..... gigit jari sajalah.

rumah comel ini, ditengah-tengah kelana jaya ini, adalah cukup selesa untuk pasangan yang masih berbulan madu. dua bilik comel, dapur comel, bilik air comel, dan segala-galanya comel. kalau ada anak seorang dua ok lagi. dah masuk tiga dah tak comel lagi dah.

dan yang paling menarik ialah berada di tengah-tengah kemudahan kota. giant dekat. nak beli kereta dekat. nak baiki kereta dekat. nak tempah frame gambar dekat. nak beli durian dekat. nak beli kepak ayam dekat. nak pergi ikea dekat. pendek kata semua dekat.

kecuali hanya satu- pasar!

sungguh menyedihkan bila meninjau pasar-pasar di kelana jaya, langsung tidak dapat melihat peniaga ikan atau ayam yang memakai tudung. peniaga ikan juga tiada. yang ada hanya yang membeli ikan, ayam dan daging di pasar TTDI. pasar taman megah, pasar cempaka, langsung tak ada. adakah aku berada di Guangzhou?

jadi yang paling sesuai untuk membeli belah barang-barang tersebut hanyalah Giant. yang ikannya jarang segar. selepas beberapa lama, barulah jumpa pasar tani. barulah dapat berjumpa dengan orang berniaga yang pakai tudung. rasa kembali ke malaysia.

atas sebab-sebab itulah, aku rindu sangat nak balik kelantan.

apatah lagi selepas dengar lagu ni...



Sunday, June 19, 2011

kaktus berduri merah


ada suatu ketika dahulu, ketika dalam satu kursus, kami diminta oleh fasi melukis sepohon pokok di atas sehelai kertas A4 putih. tanpa banyak soal, hanya satu yang bermain di fikiran aku.

kaktus!

dan aku pun melukis sebijik kaktus bulat yang berduri di bahagian atas sebelah kiri kertas A4 tersebut. hanya menggunakan 1/8 daripada ruang kertas itu.

selesai melukis, bermulalah sesi seperti yang biasa-biasa dalam kursus. makna di sebalik lukisan itu. ada macam-macam lukisan, macam-macam pokok, dan macam-macam saiz serta kedudukan.

sampai giliran aku, Dr Arif, fasi tersebut memberi komen: ish, bahaya ni... berduri-duri!

- - - - -

aku memang suka kaktus dari dulu. terutamanya kaktus comel-comel yang berada di dalam pasu kecil. macam-macam jenis, macam-macam warna, macam-macam saiz, macam-macam bentuk, macam-macam duri. sungguh cantik!

tapi sayangnya aku tak berupaya untuk membela kaktus dengan baik. kehidupan asrama tidak begitu mengizinkan.

dan syurga kaktus pastinya Cameron Highlands!

kaktus pertama yang aku miliki sewaktu kali pertama pergi Cameron pada awal 2006. pergi bersama-sama ahli Kelab Perpaduan Melayu untuk bercamping di Sungai Pauh, sangat dekat dari pekan Tanah Rata. pada waktu itu birthday aku yang ke-21. Kak Posh hadiahkan aku kekwa kuning. pertama kali orang hadiahkan aku bunga. suka sangat. (setelah beliau berkomplot dalam cubaan mengenakan aku dengan teruk sekali.)

dan aku pun menghadiahkan diri sendiri 3 biji kaktus kecil.

kaktus pertama yang aku miliki. aku jaga betul-betul. aku letak di atas meja study. aku siram seminggu sekali. lagipun kaktus tidak memerlukan penjagaan yang rapi. siram seminggu atau dua minggu sekali pun dah ok. tak perlu kisah pasal daun dia akan jadi kuning atau pucuk dia layu dipanah terik mentari, sebab dia tidak berpucuk dan berdaun. jadi tak kisahlah kalau tidak jaga pada setiap hari.

namun, apabila tamat semeter itu, aku harus ke Taiping untuk Latihan Industri. oleh kerana tak tahu lagi nak duduk mana, dan segala bagai perkara lagi, aku memutuskan untuk tinggalkan kaktus tersebut di luar tingkap. sekurang-kurangnya ia akan mendapat cahaya matahari dan tempias hujan. semoga ia selamat.

balik dari LI, kebetulan aku duduk dibilik yang sama. perkara pertama yang aku cari- kaktus! tapi ia bukan disitu. ia tiada disitu. aku diserbu hairan. ia bukan kucing, ia bukan hamster, ia juga bukan kambing! ia hanya kaktus yang tidak tahu bergerak. tapi ia tiada. jadi aku syak makcik-makcik cleaner telah mencemburui kaktus aku lalu membuangnya terus. sedih!

hujung tahun itu, aku ke Cameron lagi escort kakak aku, menjaga kanak-kanak yang masih kecil. tapi aku tak beli kaktus.

selepas itu, sehingga tamat belajar, aku tidak bela kaktus lagi.

-----

kali ketiga, aku pergi semasa dah tamat belajar dan menunggu untuk kerja. juga bersama kakak aku. kali ini aku beli tujuh kaktus kecil. sepuluh ringgit. masa itu aku hanya relaks-relaks di rumah. tapi bila aku letak di luar rumah, habis dikais ayam. habis bertaburan kaktus-kaktus yang masih mentah untuk menahan serangan ayam yang rakus. jadi tempat yang paling selamat ialah dalam rumah.

labih kurang dua bulan selepas itu. aku dapat kerja. mustahil untuk bawak kaktus bersama. kat tumah aku pula tiada siapa yang ada untuk menjaga. Ain, anak buah aku serta merta menawarkan diri: Teh, mari ore jaga kaktus Teh. aku berbesar hati. "jaga baik-baik, balik nanti teh nak ambik balik."

"ok, teh!"

balik kampung pada masa cuti, aku ke rumah ain.

"teh, mari tengok kaktus teh..."

aku masuk bilik tempat ain simpan kaktus. aku tengok pasu-pasu kaktus. macam dilanda banjir, tapi musim itu bukan musim banjir.

"syakirah jirus kaktus teh tiap-tiap hari!"

-----

kali keempat, pergi pada bulan 7 tahun lepas, bersama-sama coursemate- tak beli kaktus. pergi tanpa rancangan, dan terlalu tergesa-gesa keran gelap telah tiba dan kedai sudah mahu tutup ketika tiba di pasar.

-----

dan kini, abang ada bagi aku kaktus baru!



minggu depan, nak pergi cameron highland lagi.

abang, nanti kita buat kebun kaktus eh... seperti ini.....


Saturday, May 21, 2011

pesan emak

sewaktu masih bujang dulu, sekali sekala balik kampung, kebiasaannya pada musim cuti sekolah, kami adik beradik biasa bersembang di meja makan, bersambung sehingga pinggan licin di depan. hingga tangan kering tak berbasuh.

masih tidak tahu berhenti.

dan ketika emak masih ada, pasti emak mahu tumpang sekali. bukan bersembang, tapi menegur: tak basuh tangan tu, nanti mentua tak sambut.

hanya disambut kakak yang lain: tak apa dah ada mak mentua!

dan aku menyambung: mentua tak sambut kak naik sendiri.

dan kami ketawa.


kini kalau aku balik kampung, masih lagi bersembang seperti dulu, cuma emak dah tak ada untuk menegur. sekali sekala menggamit memori dengan ayat-ayat emak yang tak pernah kami lupa. yang kami semua adik beradik tak akan pernah lupa. tidak pernah.


dan sekarang, selalu sambut abang balik kerja, hidangkan nasi depan tv, dan selesai makan pun rancangan tv masih belum habis. tangan kering tidak berbasuh.

teringat emak.

teguran-teguran sebegitu lah itulah budaya yang menjadi budaya emak, dan juga emak-emak melayu lain menegur anak-anak. itulah orang melayu. kaya dengan kiasan. kalau nak dikutkan apa kaitan lambat basuh tangan dengan mentua tak sambut. kalau mentua tu macam mak aku, menantu macam hantu pun tetap disambut. tapi ada juga sesetangah mentua yang anak menantu baik budi tapi tidak dipandang. itu hanyalah teguran supaya anak-anak berperangai baik-baik.

tapi untuk anak-anak nakal seperti kami adik beradik, biasanya teguran emak dijadikan bahan gurau senda, mengajak emak ketawa sekali. kami tahu emak tidak ambil hati, kerana itu kami berani membalas.

bila emak sudah tiada, tak ada lagi yang menegur.

aku jadi rindu emak. selalu rindu.

banyak lagi kiasan orang melayu untuk anak-anak yang aku fikir sudah dilupakan oleh ibu bapa zaman sekarang.

antaranya:
- jangan meniarap sambil main kaki, nanti mati emak. sebenarnya nak suruh anak duduk sopan-sopan.

- jangan main luar rumah waktu maghrib, nanti kena sorok dek hantu. sebenarnya nak suruh anak masuk rumah, mandi dan sembahyang maghrib.

- jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul. sebenarnya tak bagi anak duduk di tempat alas tidur.

dan macam-macam lagi pantang larang yang semakin dilupakan.

harap-harap aku tidak lupa. segala pesan emak.



p/s: aku suka membaca novel The Missing Piece I & II karya Dr Fatimah Busu, seperti membaca buku budaya Melayu.

Saturday, May 14, 2011

apabila cina bercakap jawa

sekeliling sehari-hari dipenuhi warna warni bahasa baru yang tiada dalam senarai rasmi bahasa pertuturan di malaysia.

they do not know one.

itu bahasa inggeris broken. sudah biasa dituturkan. cuma kadang-kadang aku rasa pelik sedikit.

i dont know lah.

itu bahasa inggeris malaysia. juga dikenali sebagai manglish. sudah sangat glamour seantero malaya.

he know maaa...

itu bahasa inggeris cina. boleh dipanggil cinglish mungkin.


dan tak lupa juga, dialek negeri dan daerah yang sudah menjadi hibrid.

nok ambik gembe*?

dialek kelate versi cina.

itu tak termasuk dialek kelate hibrid kedah, kedah hibrid jawa, jawa hibrid negeri sembilan, dan segala jenis hibrid lagi.

dan yang paling aku tak tahan, bila cina bercakap jawa:

sik tennang lagik!

aku tanya jawa pun sure tak paham. macam dialek sarawak pun ada.


*gambar

Tuesday, February 22, 2011

entry pertama selepas kahwin


kalau aku nak katakan aku sibuk sampai tak sempat nak tulis blog, itu dah menipu namanya. masa terluang ada, cuma keadaannya tidak berapa sesuai. sama la juga kesnya, bila kakak aku komplen, dah lepas kahwin ni dah tak ada masa nak call rumah, dan aku jawab, kak sibuk la.. kena satu das atas muka: kalu setakat nak call tu on the way dari melaka ke KL pun de belana...

cuma, aku belum mempunyai kesempatan untuk duduk dan berfikir dan menulis dengan lancar setiap butir perkataan dan cerita yang berlegar-legar di fikiran semasa membuat soldering dan winding thread, dan akhirnya lesap dalam kepulan asap goreng ikan selar kuning dan timbunan kain yang tidak berlipat.

tak juga sebenarnya. i'm not that busy anyway.

hakikatnya, aku sedang dalam proses pembelajaran semula. belajar untuk menjadi seorang pengurus rumah tangga yang baik. kalau dulu aku uruskan hanya diri aku, sekarang sudah ada dua. kalau dulu aku masak ikut cita rasa aku, sekarang kena ikut cita rasa kedua-dua. kalau dulu aku basuh baju, lipat baju dan iron baju ikut suka, sekarang kena rancang sebaiknya. kalau dulu aku bebas melakukan sesuatu, kini aku akan fikir dahulu.

masa lahir kat rumah mak dulu, lesung batu dah ada, periuk belanga dah lengkap semuanya, almari kerusi meja semua dah sedia. jadi aku tak fikir bilakah perlunya benda-benda itu dan apa gunanya benda-benda itu. tapi sebaik aku melangkah ke rumah ini, yang ada hanya kolah takungan air dan gayung untuk mandi. yang lain- tiada.

memang seronok main-main susun atur rumah dengan abang ikut suka cita rasa sendiri, tapi belanja yang keluar juga bukan sedikit. dulu masa orang pesan suruh simpan banyak-banyak nak kahwin, aku buat telinga kuali. bila dah alami sendiri, barulah rasa betapa berharga kepingan-kepingan kertas yang aku keluarkan dari mesin ATM tiap-tiap bulan dulu.

tapi di sebalik 'keperitan' memulakan kehidupan baru, memulakan kehidupan bersama-sama orang tersayang juga indah tak terkata. (ayat saja bagi jeles orang yang tak nak kahwin lagi).. haha. biarpun belum sempat merancang percutian bulan madu, aku tak berapa kisah. tuntutan hidup tidak mengizinkan lagi buat masa ini.

dan satu lagi perubahan besar dalam hidup aku: bertukar kerja dan tempat kerja. sudah penat bergelumang dengan paper work, aku memilih kerja yang lebih adventure: service engineer. pernah dulu seorang kawan berpesan, perempuan tidak berapa sesuai jadi service engineer, sales lebih baik, tapi aku bukan orang yang 'dengar cakap' sangat. sengaja mahu mencabar diri, bolehkah aku masuk bidang servis, yang rata-ratanya adalah lelaki.

first day, aku rasa seperti aku first time bekerja. orang baru, environment baru, dan bidang kerja baru! memang seriau! first day, rasa macam rusa masuk kilang mercedes pun ada. ilmu kosong di dada dan kepala. ikut apa jua suruhan orang. disuruh duduk aku duduk, disuruh tidur aku tidur, disuruh berdiri aku berdiri, disuruh menyanyi aku menyanyi. haha. tak adalah, itu ada bayangan seram aku semata-mata.

sebenarnya, semua colleague baru aku sangat mengagumkan. semuanya bersedia menjadi guru apabila minta dibantu. tak pernah ada istilah tak tahu. tak pernah dilarang berbuat sesuatu. dan untuk new comer seperti aku, memang rasa sangat comfort.

dan kehidupan kini, juga sangat comfort.


untuk memulakan hari esok, aku tak rasa ralat lagi.



Thursday, January 27, 2011

belajar untuk berkata tidak

hati aku walau kadang kala keras, tapi aku jarang sanggup menghampakan harapan orang. apatah kalau berupa permintaan, aku jarang menolak walau mungkin menyusahkan aku. yes, itulah kelemahan aku. i dont know how to say to in very good manner. aku tak nak berlaku biadap, aku tak nak kelihatan kurang ajar, tapi pada masa yang sama aku juga nak menuntut keadilan untuk diri sendiri.

aku buat sesuatu jarang semata-mata untuk duit. aku mahu buat sesuatu untuk keadilan. aku dibayar untuk berkerja. dan apakah keadilannya ialah aku berkerja untuk dibayar? kejam? mungkin juga. tapi apabila ketidakadilan berlaku didepan aku, bila yang tidak berkerja juga dibayar, yang tidak berkerja juga dibela, aku merasakan satu kesilapan berlaku disitu. untuk mengubah orang aku tidak mampu, tapi aku mampu mengubah diri sendiri. jalan paling senang- aku berundur.

kadang-kadang rasa juga bahawa aku tidak patut meninggalkan company disaat-saat macam ni, semuanya sedang berlaku serentak. tapi aku yakin sebagaimana aku mampu mengganti tempat orang, orang juga mampu mengganti tempat aku. all they need is time.

lain kali aku perlu belajar lagi, macam mana nak mengatakan tidak, tanpa perlu menggelengkan kepala.


Tuesday, January 18, 2011

apabila ulat bulu menjadi ulat buku

dulu aku cukup suka membaca. terutamanya novel dan bahan bacaan motivasi (MPH Mid Valley sebut self-care). semua ini adalah pengaruh dari kecil aku dikelilingi oleh novel-novel sastera kakak-kakak aku.

aku ingat satu sejarah pahit semasa sekolah rendah. pada masa itu aku tidaklah cerdik sangat lagi. aku ada pinjam sebuab buku cerita dari perpustakaan sekolah. pada masa itu pinjaman sangat terhad, kalau tak silap hanya satu buku. (sungguh kedekut perpustakaan sekolah rendah). pada masa menghampiri akhir-akhir tahun, ditakdirkan buku yang aku pinjam hilang. entah ke mana. merata-rata aku cari tidak berjumpa. lalu aku mengadu pada kakak, "buku yang kak pinjam dengan pustaka hilang!"

kakak aku tanpa kompromi terus memprovokasi.

"kak kena ganti. itu bukan buku kak sorang. itu buku seluruh rakyat malaysia. kak nak minta maaf dengan semua orang sebab hilangkan buku tu?"

dalam hati, tak terucap betapa takutnya aku. macam mana aku nak minta maaf dengan semua orang sebab hilangkan buku tu? tak kan nak umumkan dalam TV aku dah hilangkan buku cerita di pustaka sekolah?

"habis tu nak buat macam mana?" aku tanya pada kakak.

"esok cakap dengan cikgu pustaka kak hilangkan buku tu."

esoknya, takut-takut aku laporkan kehilangan buku tu, satu- supaya aku tak perlu minta maaf dengan seluruh rakyat malaysia, dan dua- aku nak pinjam buku lain. aku memang standby duit banyak untuk ganti buku itu. aku jumpa cikgu yang jaga library, "cikgu, yang saya pinjam hari tu dah hilang."

"macam mana boleh hilang?"

"tak tahu.."

"buku lama ke buku baru?"

"buku lama.."

"tebal ke nipis?"

"nipis.."

"bayar seringgit!"

sejak itu aku sangat menghargai buku.

dan aku tak akan biarkan buku hilang lagi. dan aku jadi bertanggungjawab pada buku.




p.s: aku jumpa buku tu balik masa kemas bilik masa cuti sekolah. buka sekolah tahun berikutnya, aku kembalikan buku tersebut kepada perpustakaan sekolah walaupun aku dah bayar seringgit.

Monday, January 17, 2011

apabila kerja bukan lagi hiburan

dunia sedar kita banyak dihabiskan ditempat kerja. dari pukul 7 pagi hingga tujuh malam biasanya adalah waktu kita 'bekerja', walaupun itu sebenarnya waktu sebenar di pejabat lebih kurang pukul 8.30 hingga 5.30. perjalanan pergi dan balik itu jarang membuatkan kita tenang. apatah lagi kalau terperangkap dalam jem, kerja di pejabat menunggu tak sudah-sudah, kita seperti tiada nikmat hidup untuk difikirkan. separuh dari hari kita diperuntukkan untuk kerja. jadi apabila kita memilih kerja yang langsung tidak menghiburkan atau boleh kita jadikan hiburan, kita telah mensia-siakan separuh dari kebahagiaan kita.

kalau itu kerja yang tidak menghiburkan.

atau lebih tepat lagi- kerja yang kita tidak suka.

banyak faktor yang boleh menyebabkan kita tidak temui hiburan di tempat kerja. ruang kerja seperti batu bertangkup, rakan sekerja seperti batu bukit, bos yang seperti israel, beban kerja sepuluh orang ditanggung tiga orang, dan juga gaji yang langsung tidak padan dengan kerja yang dilakukan. semua itu boleh menyumbang kepada kemurungan dan kecurangan sekali gus. curang itu ada banyak jenis. curang kepada diri sendiri, iaitu makan gaji tidak bermata (atau orang panggil gaji buta), dan curang kepada rakan sekerja iaitu memaksa dalam diam rakan sekerja melakukan tugas kita, dan jalan yang paling akhir curang kepada bos kita iaitu dengan mencari kerja dengan bos orang lain. tapi aku rasa curang yang paling akhir itu jauh lebih mulia dari kecurangan pertama.

dan apabila kecurangan yang terakhir itu berlaku, barulah orang akan cuba memberi kita hiburan, dengan menawarkan ruang kerja seluas padang bola, rakan sekerja tiba-tiba menjadi seperti belangkas, gaji ikut suka kita nak berapa, dan sebagainya yang dirasakan boleh menghiburkan hati kita yang telah lara.

namun kata pepatah, luka yang dalam boleh sembuh, tapi parutnya tetap ada. buat apa kita nak menyimpan rasa sakit lepas operate kalau kita boleh memilih untuk buat rawatan lain yang tidak menyakitkan?


jadi apabila kerja bukan lagi suatu hiburan,

hijrah itu pengorbanan...

hijrah itu perjuangan...

hijrah itu persaudaraan...

hijrah membentuk perpaduan...

oleh itu, mari semua, kita berhijrah semula....

Thursday, January 13, 2011

dunia lebih baik?


mana satu dunia yang lebih baik?

Tuesday, January 11, 2011

banjir

aku yang jarang-jarang tengok berita last week (selalu balik bila Buletin Utama dah habis) langsung tidak tahu perkembangan semasa sehinggalah bila aku call abang beritahu nak balik kampung, dia bertanya, "jalan boleh lalu ke tak? rumah sekarang banjir.."

"Banjir?!"

aku dengar juga sipi-sipi berita dan terengganu dilanda banjir, dan aku tahu sesetengah tempat di kelantan dinaiki air, tapi aku tak sangka salah sebuah tempat itu ialah kampung aku. tambahan lagi hanya abang yang ada di rumah- aku tak perlu risaukan abang- dia dah besar panjang, pandai-pandailah dia jaga diri kalau banjir pun.

yang selalu banjir ialah rumah kakak di pasir mas, masuk kali ini dah kali ketiga (sejak musim tengkujuh yang bermula akhir tahun lepas). jadi itu ialah benda biasa yang dia sudah catat dalam diari tahunannya. banjir satu pesta bagi anak-anaknya, bukan lagi satu bencana (kempen kerajaan susah betul nak memberi kesan kepada kanak-kanak).

selepas aku dengar berita rumah aku banjir, hati berbelah bagi mahu balik ke tidak. tapi surat permohanan berkahwin perlu diisi dan dihantar. ujian saringan HIV perlu dilakukan segera. dan ada beberapa perkara lain lagi yang perlu dibincangkan, jadi aku balik jugak.

masa dah dalam bas, abang call lagi, air dah naik sampai atas rumah (bahagian dapur lebih rendah dari rumah ibu), pergi rumah da. nanti abang rul call dia. aku yang tengah mengantuk hanya bersetuju dan tidur kembali.

sampai kelantan, bas meluncur seperti speed bot. air memercik laju kiri dan kanan. rasa macam tengah naik kapal persiaran di tengah alaska pun ada. jadi aku pasti abang tak tipu aku. bukan helahnya semata-mata supaya aku tak balik ke rumah.

hari kedua di kampung, cuaca cerah jilah. aku keluar ke bandar, menyelesaikan urusan di klinik pengkalan chepa dan menghantar kad jemputan ke Radicare HRPZ2.

balik dari bandar, riak-riak selsema mula terasa. sedangkan orang yang dah duduk di kelantan maintain steady. aku je yang soh seh soh seh. lepas tu semalam ada hati lagi pergi merayau-rayau sekali lagi, dan akhirnya hari ini membawa sisa-sisa banjir di kelantan ke petaling jaya.

cepat lah sembuh selsema.