Pages

Monday, March 29, 2010

PR- bukan rencana politik...

PR atau nama penuhnya public relations dalam bahasa bekas penjajah, atau perhubungan awam dalam bahasa kita sendiri, sangat penting untuk semua orang, tak kira siapa pun beliau.

(aku tak tahu sangatlah nak takrifkan dari sudut ilmiah dan sudut pandangan global, jadi aku hanya bercakap dari sudut biasa yang menjadi gaya percakapan kita hari-hari...)

apatah lagi orang yang bekerja dalam bidang perkhidmatan, atau pun apa-apalah, yang berhubung dengan orang. pendek kata, mungkin tukang bagi makan kat buaya je yang tak perlu PR. tapi tukang bagi makan buaya pun perlu ada perhubungan buaya. dan pendek berkata lagi, selagi hidup dalam komuniti atau masyarakat, sila perbaiki kemahiran PR anda. jangan sampai orang menyumpah dan mengata anda dibelakang, disebabkan mulut anda yang tak tahu nak kawal kata-kata dan merehatkan otot-otot muka dengan tersenyum.













dan kalau-kalau anda tu terlibat dalam bisnes, orang boleh jatuh tergoda, memberikan bisnes kepada anda, hanya disebabkan PR anda. dan orang juga boleh tarik balik bisnes tu kalau anda terlihat sebagai terkurang ajaran. kalau bercakap dengan orang asyik nak cari salah orang, nak cover salah sendiri, cakap tak ada tatatertib, tak tahu sopan santun, maaflah... kalau muka anda lawa pun tak ada orang yang terjatuh suka.. melainkan orang itu juga sama perangainya dengan anda.

orang dah cakap baik-baik dengan anda, walaupun itu dah terang-terang salah anda, tapi anda boleh lagi marah balik orang tu di pagi-pagi hari... janganlah ingat anda bagus sangat. janganlah rasa anda seorang je yang hebat. kalau anda tu pun baru kerja, tak tahu nak buat kerja, tak payahlah salahkan orang buat kerja silap. dah buat salah, dah bazirkan masa orang, siap marah orang pulak tu. kurang ajaran betul ya anda ni.....

dan satu lagi anda yang tak tahu nak hormat orang tua. dan tak tahu nak hormat orang yang bernama orang. apatah lagi anda tu memang kerja berhubung dengan orang je setiap masa. kalau anda mengadap mesin fotostat hari-hari pun, mesin fotostat rasanya bosan tengok anda asyik masam je. apatah lagi kalau kerja anda tu namanya pembantu orang, kerja untuk memudahkan kerja orang, maka anda haruslah membantu memudahkan urusan, bukannya membantu menyusahkan orang. kalau cakap dengan orang pun asyik macam singa tak makan tiga hari, janganlah harap untuk orang hormat anda. mungkin anda patut pergi masuk kelas PR dulu sebelum menjadi seorang pembantu yang baik.

kadang-kadang aku hairan jugaklah dengan perangai orang-orang ni.



tapi anda yang sedang membaca, saya tahu anda sentiasa tersenyum....




Sunday, March 28, 2010

..restructure..


dulu masa mula-mula duduk PJS (Julai 2009), aku hanya ada dua buku yang aku bawak dari rumah sebagai peneman. buku-buku yang lain aku tinggal kat rumah.

day by day, week by week, month by month, buku itu terus berkembang biak tanpa aku sedari, sehinggakan sekarang, Mac 2010, buku tu dah jadi tiga baris bila aku susun secara stack. masa aku baru lepas susun nampaklah teratur sikit. tapi apabila aku dah start baca semula, stack tu dah tak jadi macam stack. yang BM campur ngn BI, ngan majalah campur ngan novel, buku ini campur dengan buku itu. so messy.

jadi aku ambil keputusan, aku perlu ubah, supaya nampak lebih teratur dan nak baca pun best sikit. jadi aku susun secara shelf. tapi nampak sikit la pulak, tak penuh satu rak pun. tapi tak apalah, asalkan aku senang nak ambil dan letak semula.

bila buku-buku ni nak beranak-pinak lagi..

from this view nampak banyak sikit..kalau ada keinginan nak beli buku lagi, i shoud see from this side..

putera katak penjaga buku-buku ku..

tanda ingatan dari jun..

dear azzma~
good luck!
-lee seung jun-







katak dalam tempurung

kata orang, soalan yang bodoh mengandungi banyak jawapan yang cerdik. tapi kadang kala soalan bodoh itu menunjukkan betapa jahilnya kita. aku sendiri suka bertanya, dan aku juga suka orang yang suka bertanya..

tapi kalau dah sampai tahap, "Kak, kenapa anak luar nikah kena daftar eh?".. aku rasa itu dah sampai tahap yang menunjukkan kita bukan sekadar di bawah tempurung, tapi tempurung itu sudah dipenuhi tanah dan sawang-sawang yang hanya cukup-cukup memuatkan kita sahaja.

kalau soalan itu keluar dari mulut anak saudara aku yang darjah lima atau enam, aku dengan senang hati aku cakap kebenarannya. tapi kalau soalan itu keluar dari seseorang yang berumur 24 tahun, aku jadi kasihan, kenapa dia harus bertanya soalan-soalan sebegitu. soalan itu bukannya datang dari dari kaum orang asli yang tak pernah sekolah, yang tak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara. bukannya datang dari orang yang tak berpelajaran, bukannya dari orang yang tak pernah keluar dari rumah. tetapi soalan itu datangnya dari seseorang yang pernah menjejak kaki ke sebuah tempat yang bernama universiti!

sedikit sebanyak aku rasa nak kembali kepada tabiat seseorang itu. kalau baca hanya majalah hiburan, kalau tengok TV sekadar AF dan video klip muzik, baca surat khabar hanyalah metro dan ruangan pancaindera, sampai bilakah kita akan keluar dari tempurung.

kalau ditanya pasal gosip artis, semuanya tak pernah terlepas. setiap perkara di ambil peduli. tapi bila sampai part kenapa anak luar nikah perlu didaftarkan, tak boleh langsung nak fikir sebab dan musababnya.

inilah realitinya.

sebenarnya banyak yang aku nak tulis, tapi tak tertulis.

Saturday, March 27, 2010

perjalanan yang masih jauh...

semasa aku tingkatan empat atau lima, adik kepada kawan kakak aku, bekerja sebagai PTD di wisma putra, ditugaskan ke zimbabwe. dua tahun kemudian, ditugaskan di London, sampai ke hari ini.

diam-diam aku menyemai impian, suatu hari aku pun nak jadi PTD. PTD yang bertugas diluar negara. sebabnya dari kecil lagi aku menyimpan impian untuk melancong atau bekerja diluar negara. masa tu perspektif aku pada PTD amat sempit. mentakrifkannya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, bukannya Pegawai Tadbir dan Diplomatik, seperti yang sepatutnya. jadi aku beranggapan, PTD memang bertugas di konsulat luar negara.

impian aku untuk menjadi PTD bernyala-nyala.

tapi hanya sementara.

sebabnya aku tak pernah sekalipun menulis diatas kertas, secara jelas bahawa aku ingin menjadi PTD. seingat aku memang tak pernah. aku hanya menyemai cita-cita dalam hati, aku nak jadi PTD. dan aku pernah meluahkan kepada seorang lain, walaupun orang terdekat dengan aku.

jadi dalam kesibukan lain, dipengaruhi oleh hobi-hobi dan minat lain, keinginan untuk menjadi PTD sedikit terpinggir. kadang-kadang langsung aku terlupa. cuma apabila mendengar pengalaman orang-orang yang bekerja di wisma putra, keinginan itu kembali datang.

semakin lama, apabila memasuki matrikulasi, semakin aku melupakan PTD, lebih terjurus kepada kerjaya professional lain, engineer, doctor, pharmacist, dan forensic.

semasa di UM, lagi lah aku lupakan pasal PTD. cuma fikir how to be biomedical engineer. nak pilih field apa. dan ketika itu aku lebih teruja kepada bidang biomekanik dan Prosthetic & Orthotics (P&O). sayangnya, bila aku sebut biomekanik, orang masih tanya apakah itu biomekanik. bila aku sebut human motion, barulah orang mula angguk sedikit. maksud tersiratnya, azma, wake up, bidang biomekanik tidak menjanjikan pekerjaan yang banyak melainkan jadi RA Dr Azuan atau Prof Wan.

ya, Azma sedar itu. dan Azma sedar dengan result yang tak seberapa, sila kembali ke dunia nyata.

mimpi itu impian, kawan.

7 bulan selepas konvo, azma yang result hanya cukup-cukup makan, akhirnya berjaya mendapat tempat di UM untuk master biomed engine, maknanya peluang untuk mendekati dan bermesra-mesraan dengan Dr Azuan terbuka luas. tapi sayang, rencana kita kadang-kadang bukan yang terbaik untuk kita.

akhirnya aku bekerja juga dalam bidang biomedical engineering. bidang yang cukup sesuai aku apply segala yang aku belajar dulu, walaupun ada lagi orang JKR yang tanya, Biomedical Engineering belajar apa ya? saya pun engineer jugak... (ya, saya tahu itu encik..) Aku sebutlah beberapa subjek yang akan difahami oleh orang engineering jugak, sebagai menghormati client aku. nak jugak aku sebut P&O, Tissue Engineering, Biomekanik, dan Biosignal, tapi aku sebut dalam hati saja.


lama sebelum menjadi seorang biomedical engineer, aku mohon SPA. first choice, Electrical Engineer (SPA tidak menawarkan Biomedical Engineer), dan pilihan kedua PTD.

8 ogos, genap setahun aku grad, dipanggil untuk exam PTD. Alhamdulillah aku lepas.


next stage: PAC-PTD assessment center. Alhamdulillah aku lepas juga.


*mimpi-mimpi masa kecil kembali memburu*

final stage: interview

kali ni aku agak gemuruh. sangat gemuruh sebenarnya.

dan..

.. aku tidak berjaya.


rasa frust tu memang ada, tapi aku percaya, kalau aku usaha betul-betul, dan kalau betul cita-cita aku nak jadi PTD, akhirnya akan jadi PTD jugak aku. cuma sekarang mungkin bukan masanya. sebenarnya aku boleh katakan aku sendiri tak percaya yang aku akan ke final stage interview PTD. then kalau aku sendiri tak yakin yang aku akan berjaya, macam mana aku akan berjaya, sedangkan kejayaan itu datang dari sebuah kepercayaan. kepercayaan kepada diri sendiri.

perjalanan impian dan cita-cita aku masih jauh. dalam perjalanan itu aku masih boleh jatuh dan bangun berkali-kali lagi.

dan dalam perjalanan yang jauh ini, aku masih tetap menyimpan impian.

Monday, March 22, 2010

bicara-bicara kita..

bila kos melambung:

bicara seorang bos...

"kenapa kita tak boleh cari yang murah lagi.."

bicara seorang engineer..

"tapi yang ni diterima end user.."

bicara seorang QS..

"tapi kita burst budget kalo ambil brand ni.."

bicara seorang arkitek..... bila ditanya tentang design yang mengurangkan margin si QS....

"itulah seni......"




bicara seorang supplier bila ditanya kenapa harganya mahal:

"macam mana nak dapatkan BMW dengan harga WAJA?"



bicara seorang pengurus projek:

"bila nak ambik kat JKR, bila nak submit dekat KKM?"



bicara seorang client:

"kenapa tak ikut kontrak? macam mana pun kena ikut kontrak jugak."


bicara seorang konsultan:

"kalau projek lepas memang kami buat macam ni.."




bicara seorang aku..

"baik encik."


Sunday, March 21, 2010

one day (noon) in book fair..

aku turun dari rumah hari ni sedikit awal dari biasa, dari hari-hari hujung minggu sebelum ini. kalau hari biasa aku akan keluar pukul 10 paling awal. tapi hari ni aku keluar pukul 9.30. entah kenapa, tapi aku teruja untuk keluar awal, bertemu dengan tim awal, dan ke pesta buku seperti yang dijanjikan, pukul 11.

pukul 10.55, jumpa tim depan the mall, terus lintas jalan ke pwtc. orang berduyun-duyun, dan aku sedar itu semenjak turun dari STAR lagi. tambah lagi hari ni masih dikira sebagai cuti sekolah, jadi ramai ibu bapa yang bawa anak-anak ke sana. tak salah perancangan aku bertemu dengan tim pukul 11, walaupun pesta buku dibuka lebih awal. kalau lebih lewat, rasanya lebih sesak.

dewan pertama yang kami masuk, Alaf 21. walaupun aku jarang beli buku alaf sekarang, tapi ada dua tiga yang sedang aku buru (yang aku tak jumpa di MPH Midvalley mahu pun Kinokuniya KLCC), Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad), Tukcai dan Memoir Seorang Guru (Azizi Hj Abdullah). pusing punya pusing, aku hanya jumpa Tukcai. aku terus ambik tanpa letak-letak lagi. aku pusing lagi, jumpa Memoir Seorang Guru, tapi aku tak ambik. buruan utama aku, ranjau sepanjang jalan. memang beranjau betullah nak cari buku ni. akhirnya aku jumpa jugak, diletakkan sebaris dengan Badai Semalam dan buku Zaharah Nawawi (aku lupa tajuknya).

pencarian aku di alaf 21 sudah selesai. dan tim tidak berminat untuk beli apa-apa.

aku bayar. untuk dua buku hanyalah RM19. satu-satunya yang lebihnya alaf dari penerbit lain, bukunya murah. itu sangat aku akui.

nampak pengurus besarnya. terasa macam nak tegur. yang pernah (dan selalu bagi banyak sponsor kat KKAA) tapi tak jadi. dia nampak macam busy.

dan kami keluar menuju ke tempat lain.


melawat booth kecik-kecik di Hall 1. dan berlaku benda yang sangat menyakitkan hati. tak payah cerita lagi...



naik ke Hall 3....

yeeehaaa... inilah yang kucari-cari!!!!

berderet-deret publisher yang best-best. DBP, Jemari Seni (JS- aku tolong best kan untuk biah), Utusan Publisher, dan banyak lagi yang memang memacu adrenalin aku.

tim beli satu di hall ini.

mula-mula aku ke booth JS, cari novel yang biah list kan. ada penulis dua tiga orang, tapi aku tak berminat nak tegur. kalau ada khairi, aku rasa aku pergi tegur gak. tapi yang ada semuanya bukan yang aku baca karya mereka. jadi rasanya tak perlulah. dapat buku biah 3 bijik, selesai tanggungjawab aku, dan terlerai sebuah janji.

dekat dengan JS, gerai DBP. kat sini aku rasa aku boleh kosongkan purse aku kalau aku mahu. daerah beta (azizi lagi) yang aku pegang dulu, tapi harganya mahal. dan akak DBP suggest another novel, Harga Sebuah Maruah, harga quite ok. dan aku tanya dia, "kak, buku seorang tua di kaki gunung (STDKG) tak ada eh?"

dia balas, "adik try tengok kat ITNM, dia dah terjemah kan.."

"ya, saya tahu yang tu, tapi saya nak yang melayu. saya tahu Rhytm ada terbit, tapi Rhytm takde kat sini kan.."

"mungkin dia ada distributor lain, adik try la cari, tengok map kat sana, tapi kat sini memang takde.." kata akak tersebut sambil menunjukkan ke satu arah.

"Manikam Kalbu takde kak?"

"Ada kat sebelah sana.."

rezeki aku, Manikam Kalbu hanya ada sebuah di rak. aku ambil yang tu, aku letak kembali Harga Sebuah Maruah. hanya satu buku di DBP...

serius aku katakan, buku yang diterbit DBP antara yang mahal, jika nak dibandingkan dengan penerbit-penerbit lain. mungkin jugak sebab kualiti buku tersebut (kandungannya), jadi aku rasa adil jugak macam tu. cuma, untuk menggalakkan orang yang tak minat sastera supaya baca karya sastera, susahlah sikit.

kami pergi tengok map, ada adik baju merah (memang semua petugas central pakai baju merah pun..), dan aku tanya, "dik, ITNM kat mana ya.."

dengan penuh yakin, dia jawab, "kat sana kak."

kami ikut arah jari nya, pusing punya pusing, memang tak ada bayang ITNM. tapi adrenalin aku dirembes lagi laju, melihat booth al-ameen.... amin, jumpa jugak al-ameen (tapi tetap bukan ITNM).

kat sini, memang banyak buku impian aku, kebanyakkan buku Isa Kamari dan FT. ada satu dua buku Azizi. aku dah beli buku Isa Kamari beberapa bulan lepas. jadi aku macam tak nak beli hari ni. ada dua buku yang baru keluar, Bahlut (FT) dan Beruk (Azizi). tim gelak jek bila aku sebut nama dua-dua novel tu. memang sinonim betul.

pendek cerita, aku ambik Beruk. Bahlut mungkin lain kali.

cari ITNM, masih tak jumpa. kembali kepada adik baju merah.

"Dik, tak jumpa pun ITNM. kat mana?"

"Akak tanya sape tadi?" nasib baik adik ni penuh budi bahasa.

"Tanya adik la. belah sana al-ameen ada la.."

"Kalau macam tu, saya kena bawak sendiri la.."

dan aku ternampaklah kat peta.. arah lain rupanya..

"tak apalah, dah tahu rasanya, kalau tak tahu saya datang lagi.."

dengan penuh gembira aku berjalan ke ITNM, dengan harapan dapat cari STDKG versi bahasa Melayu.

dan tim beritahu, "tu ITNM, azma.."

dan kat situlah aku nampak seseorang yang macam aku kenal...

"tim, AZIZI..."

"mana? yang tu ke?"

selepas berfikir-fikir, teringat Beruk kat dalam beg, aku rasa macam patut tegur, "Tim, ada pen tak?"

dalam masa Tim mengeluarkan pen, aku beri salam.. akhirnya jumpa jugak penulis yang selalu aku kagum karyanya selama ini..


Tukya Azizi...

dan seorang petugas ITNM itu (the man in blue behind) juga sangat ramah, tumpang sekali bila aku ngan Tim borak ngan Pak Azizi (aku ikut petugas ITNM tu panggil camtu..) siap ambik buku STDKG yang diterjemah ke bahasa inggeris, suggest kat aku, bila aku mengadu tak dapat cari yang versi bahasa melayu.

dan satu lagi dia cadangkan, Dunia Sama Rata (The World is Flat), lalu aku balas, "Dunia Sophie pun saya belum habis..." Sambung Tukya Azizi, "saya pun baru baca separuh.."

tak dapat kat situ, aku consider tak dapat cari STDKG hari ni.. minta diri untuk berlalu, dan kami berjalan-jalanlah pula ke Hall 4, kebanyakan penerbit luar negara dan juga buku-buku akademik. sempat sambar satu lagi buku..

balik hari ni dengan penuh kepuasan, walaupun ada yang tak tercapai..


(kalau ada list baru minggu depan aku pergi lagi... haha.. dan aku tak perlu beli buku untuk next 3 or 4 months - berasaskan konsep sebulan dua buah buku..(^,^) )


and tim, thanks a lot, teman merayau-rayau...






Saturday, March 20, 2010

Quality of life..

aku suka tengok cerita yang bagi orang lain membosankan. aku suka menghayati cerita yang kadang-kadang memerlukan scene terakhir untuk memahaminya.

aku pernah tengok satu cerita kat saluran Citra. tajuknya Quality of Life. Kisahnya tentang dua orang pelukis grafiti. seorang mempunyai keluarga, tinggal bersama ayah dan nenek, Mikey. seorang lagi, Curtis tinggal bersama girlfriendnya, Lisa. dua orang mempunyai minat yang sama, tapi membesar dan hidup dalam persekitaran berbeza. dan kedua-duanya dihukum kena melakukan kesalahan vandalism.

Mikey menjalani hukuman penuh ketaatan. mangambil suatu hukuman sebagai pengajaran. walaupun selalu ada perselisihan dengan ayahnya, Mikey anak yang tetap taat. yang masih tahu menghormati ayah, sebab dia masih mempunyai ayah.

Curtis melihat hukuman sebagai beban. dan tak pernah menjalani hukuman itu. sebaliknya terus 'menghukum' sendiri. mencuri, melakukan vandalism, bergaduh, dan puncaknya ialah apabila terpaksa membunuh. Curtis menempah neraka sendiri dengan perbuatan-perbuatan yang menyakitkan semua orang, sehinggalah Lisa meninggalkannya. Mikey juga telah menjauhi, sebab Curtis tak pernah mahu berdamai dengan orang lain.

dua orang berbeza. dua persekitaran berbeza. satu minat yang sama. grafiti.

Curtis telah membuat kacau dalam majlis kawan Mikey, dan suatu hari Mikey ketempat kawannya untuk meminta maaf atas peristiwa tersebut. kawannya seorang Buddist, sedang membuat sesuatu (corak) dengan menggunakan pasir. sangat teliti dan sangat halus. ambil masa dua minggu untuk disiapkan. dan mengikut ajaran Buddha, selepas disiapkan, pasir-pasir itu disapu semula, dikumpul di satu tempat. kononnya itu sebagi penyucian jiwa. kerja selama beberapa lama 'dimusnahkan' dalam beberapa saat. (konsepnya aku tak berapa paham-tapi aku paham consequence nya.) lebih kurang, segalanya harus dikembalikan ke tempatnya, walaupun betapa sukar mendapatkan atau melakukan perkara tersebut.

Mikey akhirnya diterima berkerja di tempat Lisa, sebagai pelukis iklan, mengekspresi bakatnya sebagai pelukis grafiti.

dan Curtis, selepas membunuh orang, membunuh diri didepan Lisa, didepan Mikey.

selepas Curtis meninggal, Mikey ambil segala spray yang ada, Mikey pergi ke tempat impian Curtis untuk melukis grafiti - yang tak sempat disiapkan (dibuat sebelum dia meninggal) kerana polis sampai sebelum grafiti tersebut disiapkan.

dan Mikey meneruskan grafiti tersebut, mengikut impian Curtis dulu..

dan selepas semua siap, dia mengecat semula dinding tersebut, dengan warna asal.

*konsep yang sama dengan ajaran Buddha tersebut*



cerita tersebut berlaku sangat slow. tapi aku suka.


*** dont ask me to watch rempit, sangat menyempitkan fikiran aku***

Friday, March 19, 2010

format

apa jua yang kita lakukan, semuanya ada garis panduan dan peraturan tertentu. dan dalam hal-yang yang wajib, kita panggil ia sebagai rukun. tapi asasnya sama untuk semua perkara. sebagai panduan. dan bila masuk bab dan bidang yang berkaitan dengan kertas-kertas, kita panggil ia sebagai format. format surat rasmi, format laporan, format itu dan format ini.

bila kita sebut ia sebagai format, seharusnya kita harus mengikut tanpa apa-apa persoalan lagi. tapi yang jadi persoalannya ialah, bila format itu sudah tiada 'format', layakkah ia diikuti lagi?




tadi aku sent satu format untuk vendor. dan dia call back,

"saya kena ikut format mana ni.. awak bagi lain, yang sorang lagi bagi yang lain.. yang hari tu yang saya dapat pun lain.."

aku tak tahu nak gelak ke apa. gelak maknanya gelakkan diri sendiri dan kawan-kawan sekerja dan bos aku. tak gelak, memang benda tu memang patut gelak.

"ikut soft copy yang saya bagi tu," jawab aku dengan penuh yakin dan percaya.

"saya record ni, lepas ni kalo ada apa-apa saya ada proof. kalau kat mahkamah saya menang ni."

aku tak tahu encik tu cuba berlawak dengan aku atau memang satu ugutan untuk menakut-nakutkan aku.

"encik ikut je format yang saya email tu."

aku tak nak makan provokasi. lagipun itu format terbaru, standard yang aku dapat dari orang yang sepatutnya. kalau aku salah maknanya punca kesalahan itu bukan dari aku.

"saya tak nak tukar-tukar lagi lepas ni. ni kira yang terakhir."

suara dia agak keras, dan aku cuba melembutkan keadaan.

"InsyaAllah tak..."

"sia-sia pengalaman saya 10 tahun, hanya sebab perkara-perkara macam ni.."

aku nak je jawab,

"encik, saya hanya mengikut arahan. dan yang sebelum ini, bukan dari saya. saya hanya buat tugas saya.. encik sila ikut..."

tapi aku telah mendidik diri sendiri supaya tahu berbudi bahasa dengan orang lain, walaupun selalu diprovok, main-con ada power untuk segalanya..

tapi aku tak salahkan dia, memang dah lama benda-benda ni sepatutnya setel, tapi bila pihak bertanggungjawab tak menjalankan tanggungjawab dengan betul, jadi la benda-benda yang tak sepatutnya..



dan aku sangat tidak suka format-format yang ridiculous, hanya untuk bermanfaat kepada satu pihak sahaja, sampai menyusahkan manusia sejagat. dan yang lebih aku tidak suka, format itu akan berubah setiap bulan. gosh! bila dah namanya format, ia akan kekal macam tu sehinggalah tiba perubahan yang benar-benar perlu. bukannya diubah setiap kali orang terbabit merasakan cara itu tidak memuaskan hatinya.

mungkin untuk perkara-perkara sebegitu, kita boleh memanggilnya sebagai design saja..



dan lepas ni, mungkin ayat yang boleh digunakan ialah: "minit mesyuarat ni ikut design yang saya buat semalam.."

Thursday, March 18, 2010

BBMedE..

baru-baru ni aku ada dapat name card salah seorang coursemate aku dulu. dan dibawah namanya tertera

XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXX
BBMedE (UM)

lantas diperli kawan aku sorang lagi, eh sejak bila pulak ada BBMedE ni.. biasanya B.Eng jek..

sambut kawan aku tuan empunya kad, kalau tak orang tak tahu engine (engineering) apa..at least nanti orang tanya jugak ni course apa.. haha

aku turut ketawa..

bijak jugak percubaan ini.. mungkin lepas ni singkatan ni boleh letak dalam cert..LOL

KLIBF 2010


dah lama aku tunggu kedatangan pesta buku.. dan tak sabar menunggu this weekend..

aku sedang membuat list beberapa buku yang aku cari selama ini dan tak jumpa-jumpa. harap-harap KLIBF tak mengecewakan aku..


Sunday, March 14, 2010

K.K.A.A.

tak sampai dua minit baca mesej tina pasal invitation ke majlis penutup KKAA (Kem Kecemerlangan Akademik dan Akhlak), tetiba Amy call aku, bagitau perkara yang sama. walaupun last minute, tapi aku teruja nak pergi, cuma memikirkan, ada orang lain tak selain aku. kalau aku seorang mungkin sedikit bosan, sebab batch yang ada sekarang tak ramai yang aku kenal. akhirnya, dengan sebuah kerinduan yang terpendam selama ini, aku call adik, mintak tolong dia hantar ke kolej.

ya, aku selalu ingat KKAA.

lagi pun aku dah lama jugak tak ke kolej. last masa main volley on 1st January 2010. sudah agak lama. sampai di kolej, aku tak tahu nak ke mana. adhoc ramai yang tak kenal aku dan semestinya aku tak kenal diorang. tiba-tiba rasa terasing. bila nampak tina barulah aku menuju ke dewan. bosan menunggu, aku masuk ke bilik menunggu VIP, dan bila Uncle Salleh mula recognize aku, aku merasakan keterasingan mula menjauh. yes, aku pernah menjadi warga KKAA dan 2nd college, so kenapa aku perlu merasakan keterasingan?

encik penyelia kolej memang tak kenal aku, sebab dia masuk masa aku dah 3rd atau 4th year, dan pasa masa itu aku sudah tidak menjadikan ofis sebagai bilik kedua aku, sebaliknya hanya ke ofis untuk check-in dan check-out bilik. jadi bila encik penyelia itu blur-blur bila Uncle kenalkan aku sebagai bekas pengarah, aku tidak terasa apa-apa.

majlis bermula tidak lama selepas itu. bila tiba masa menyanyikan lagu Universiti Malaya, tiba-tiba aku rasa bangga untuk menyanyikan lagu itu, walaupun dulu aku hanya menyanyikan sebagai satu kewajipan.

kem tersebut bertemakan alam sekitar, lebih kurang tema masa tahun aku menjadikan pengarah, yang temanya ialah hutan, dan pentas memang dipenuhi juntaian-juntaian akar kayu, disamping seekor king kong yang bersembunyi di sebalik kayu! sungguh aku rindu sentuhan tangan kak yus and the gang.

pengarah tahun ini perempuan, tahun sebelum ini juga perempuan, sebelum itu perempuan juga, dan lelaki, dan sebelum lelaki itu juga perempuan iaitu aku. sehinggakan Uncle bertanya, tak ada lelaki ke dalam KKAA ni? Pidot si presiden hanya tersenyum.

tapi sesungguhnya aku sangat-sangat hargai jemputan AJK KKAA walaupun last minute. last year tina jemput juga, tapi masa tu aku kat batu pahat, terkejar-kejar dengan final project, so aku tak dapat penuhi jemputan tersebut. dan kali ni aku fikir, biarlah walaupun seorang, tetap aku nak pergi sebab selepas ni aku tak tahu sama ada aku akan ada kat KL lagi atau tidak.

secara keseluruhannya KKAA tidaklah banyak berubah. konsepnya sama dari dulu hingga sekarang, cuma pelaksanaan sedikit berbeza. tak kisahlah, setiap pengarah dan AJK ada cara masing-masing untuk melaksanakan tugas masing-masing. sedikit regret, aku tak sempat ucapa tahniah pada yati, pengarah tahun ni. aku cuma sempat kirim salam melalui tina. apa-apa pun, tahniah untuk semua.

dan selain KKAA, boleh jumpa jugak kawan-kawan lama, Jimmy, Ezariq, Ika. dan terserempak jugak dengan ex-roommate aku, Tia. kalau aku tak jejak ke kolej, tak tahu bila boleh jumpa. macam zaman muda-muda dulu. =D

dan chong wei sudah mula menghayun raket....

Tuesday, March 9, 2010

starting a brand new..

I must start a brand new life. yes, i have to!

Brand New Start

I'm gonna clear out my head
I'm gonna get myself straight
I know it's never too late
To make a brand new start


I'm gonna kick down the door
I'm gonna get myself in
I'm gonna fix up the yard
And not fall back again


I'm gonna clear up my earth
And build a heaven off the ground
Not something distant on a cloud
But something real to me
But something real to me


All that I can I can be
All that I am I can't see
All that is mine is in my hands
So to myself I call


There's somewhere else I should be
There's someone else I can't see
There's something more I can find
There's only love to me


I'm gonna clean up my earth
And build a heaven off the ground
Not something dsitant on a cloud
But something real to me
But something real to me


I'm gonna clean up my head
I'm gonna get myself straight
I feel it's never too late
To make a brand new start
To make a brand new start
To make a brand new start

Saturday, March 6, 2010

dunia yang (tak) selamat..

kakak aku selalu kata, dunia dipenuhi orang yang baik-baik, cuma yang jahat sedikit itu selalu mencacatkan keadaan. mungkinkah sebab itu, aku selalu merasakan dunia aku selamat, walaupun orang sekeliling aku yang selalu bimbangkan keadaan aku..

dari zaman matrik, aku sudah mula berdikari, selalu pergi dan balik ke negeri sembilan seorang diri, kadang-kadang sampai ke kuala pilah sendirian. pada masa tu lecturer selalu bagi amaran, hati-hati naik prebet ke kolej, jangan naik seorang diri. tapi rasanya ada jugak aku pernah naik seorang diri.

zaman u lagi lah. memang hampir setiap kali balik ke kampung, aku akan balik sorang. sebab aku selalu clash jadual dengan orang lain. orang dah lama balik, aku baru dapat 'pelepasan'. no choice, memang aku kena selalu sendirian ke putra dan dari putra. kadang-kadang seawal lima pagi. kalau mood abang aku elok, dia akan datang dari selayang dan pick-up aku kat putra, hantar aku kat UM. dia selalu mintak aku turun kat greenwood, dekat sikit dengan dia, senang sikit dia nak hantar. tapi aku selalu refuse. degil! so bila mood dia dah spoil dengan perangai aku, dia akan biarkan aku balik seorang diri ke UM, dengan teksi. pukul 5 pagi.

kalau keluar jalan-jalan pun, andai ada keinginan dan keperluan mendesak, aku akan keluar seorang. bukan sekali dua abang aku bagi amaran, jangan keluar seorang diri, bahaya! ni KL. tapi diluar pengetahuan dia, aku selalu jugak keluar seorang, bukan dia tahu pun. dah berani sangat, keluarlah!. selalu dia berputus asa dengan aku. ya, aku tahu itu.

masa mula-mula aku duduk PJS, boleh kata tiap-tiap hari kakak aku call, tanya macam mana aku kat sini, macam mana kerja, macam mana rumah. dan itu ini. dan aku hanya jawab, kak pandai jaga diri sendiri. kakak aku selalu cakap, tau lah kak pandai jaga diri, tapi kak baru duduk kawasan tu, tak biasa lagi. pergi kerja, balik kerja tu hati-hati sikit. jangan lalu tempat tak ada orang.... dan macam-macam lagi peringatan dia. kak mah tahu kak pandai jaga diri, cuma nak kak hati-hati. kita tak tahu siapa sekeliling kita.

tapi aku akui, mula-mula aku stay PJS, barulah aku rasa yang dunia ini sebenarnya sedikit bahaya. masa jalan ke ofis pagi-pagi, aku pegang kemas beg. kalau bawak laptop, aku selalu awasi kiri kanan. (itu pun sebab aku rasa kakak aku terlalu selalu sangat ingatkan aku pasal dunia yang bahaya, kalau tak aku tetap merasakan dunia ini selamat). kalau balik lewat-lewat, aku selalu bawak balik payung panjang ofismate aku. itu pun mungkin sebab masa awal-awal dulu kawan aku penah pesan, kau bawaklah payung pegi kerja, at least ada 'senjata' sikit. dan mulalah aku bagi alasan bodoh, aku mana ada payung... dan dia cakap, ko jangan sampai aku beli payung tu bagi kat ko... haha... dan lepas tu macam dah jadi habit, balik lewat, aku akan bawa payung walaupun tak hujan..

dan bila terlalu lewat, aku akan mintak tolong colleague aku hantarkan, dan aku bagi alasan, saya takutkan anjing jek malam-malam ni.. dia selalu gelak bila aku bagi alasan macam tu. oh, takutkan anjing.. anjing tu boleh lari, tapi orang tu yang bahaya... tapi aku pernah jugak jalan balik pukul 8 malam sorang diri, bila aku rasa tak nak susahkan orang lain. tapi entah, aku tak takutkan apa pun sebenarnya, cuma aku tak nak orang sekeliling aku risau. risau dengan kedegilan aku.

setakat aku di PJS, aku rasa yang paling menakutkan aku bila tengok orang mabuk yang tidur kat tepi jalan dengan botol arak disebelah masa aku nak pergi kerja. luckily, dia tidur dan (hopefully) dia masih tidur, jadi aku jalan takut-takut, dengan botol air kemas ditangan, untuk sebarang kemungkinan..

kalau setakat budak-budak kedai makan duk 'swit-swit' dari jauh, budak speedmart duk usik-usik, aku tak rasa itu satu bahaya, cuma penyeri sebuah perjalanan yang membosankan setiap hari. dan bahaya-bahaya lain, setakat ni aku bersyukur aku tak berhadapan dengan semua itu. alhamdulillah...



dan pagi semalam, ketika berjalan seorang diri pukul 8 pagi semasa nak ke ofis, sebuah kereta hitam, tiba-tiba perlahan disebelah aku. seketika, sedetik, terlintas jua di hati aku, bahayakah ini? tapi detik kedua aku terfikir, mungkin orang tersesat nak tanya jalan.

dan tingkap dibuka, tersenyum seorang jejaka berkaca mata, cukup mulus aku rasa. 'nak pergi mana?'

aku balas senyumnya, 'depan tu jek.'

dia tanya, 'depan mana? nak tumpang?'

aku senyum lagi, sedekah di pagi jumaat, 'tak pe, ofis saya depan tu jek.'

'oh yeke...'

bagi menghargai ketulusan hatinya berbakti di pagi jumaat aku menyambung, 'tak apa saya boleh jalan. thanks ya.. '

dia tersenyum mengangguk, dan vios hitam berlalu pergi....




dunia dipenuhi orang yang baik-baik, cuma yang jahat sedikit itu selalu mencacatkan keadaan. dan kita tak tahu yang mana yang baik dan yang mana yang jahat, sambung kakak aku lagi..