Pages

Saturday, January 30, 2010

bilakah kita mahu belajar berdisiplin semula?

lewat kebelakangan ini hidup sedikit busy (atau pun aku yang buat-buat busy), jadi mood untuk blogging kurang sikit. tapi meninggalkan lama tak diupdate pun tak berapa best juga.


hari ni ulang tahun kelahiran yang ke 25. syukur aku masih bernafas di bumi, masih dapat menikmati nikmat Ilahi (walaupun kadang kala aku terlupa bahawa aku sedang manikmati nikmat itu). aku sudah mempunyai kerja, kalau pun aku tak boleh memanggilnya sebagai kerjaya lagi. aku sudah mempunyai pendapatan sendiri, tak perlu lagi ihsan dari kakak dan abang =)


tahun ini tahun kedua mak yang melahirkan aku pergi meninggalkan aku. semoga berbahagia di sana mak...


aku mempunyai beberapa resolusi untuk diri yang perlu ditunaikan apabila umur aku mencecah 25. dan aku harap semuanya akan tercapai, walaupun mungkin mengambil masa lebih dari setahun. tak apalah, yang penting matlamat itu.


Seperti kata Jim Rohn, "It takes time to build a corporate work of art. It takes time to build a life. and it takes time to develop and grow. so give yourself, your enterprise, and your family the time they deserve and the time they require."


kalau matlamat tak dicapai dalam masa yang ditetapkan, kita perlu usaha dan usaha lagi, sampai berjaya. dan aku akan lakukan itu. NEVER GIVE UP ON YOUR DREAMS, AZMA!


tahun ini disambut tanpa kek. dan terfikir juga aku, kenapa orang sambut dengan kek. kenapa tak apam balik ke, karipap ke, atau pun buah kiwi atau buah anggur? tapi bila tengok kek di hari jadi, automatik kita akan jadi happy, walaupun kek itu hanyalah dalam rak pameran di sebuah kedai.. jadi walaupun tak makan kek, tapi tengok kek saja pun tak apa lah.


tadi aku keluar ke sogo dengan seorang kawan. paksa (baca:ajak) dia menemani aku memberi sedikit barang sebagai hadiah kepada diri sendiri. aku suka menggunakan istilah "hadiah kepada diri sendiri" untuk mengurangkan rasa bersalah kepada bank kerana mengeluarkan duit daripada jagaan mereka. lagipun aku memang perlukan barang-barang tersebut, dan aku tak nak merasa bersalah keterlaluan walaupun gaji masih belum masuk.


sogo boleh dikatakan sepanjang tahun ada sale. sale itu dan sale ini. sampai tak tahu yang mana harga sale dan yang mana harga bukan sale. jadi aku anggap je itu harga barangan tu, bukannya harga sale. mungkin sedikit tersenyum kerana membeli barang-barang tersebut dengan harga yang sedikit rendah, dan tak perlu dinafikan bila harganya rendah biasanya kualitinya pun sedikit terjejas.


masa pergi tadi aku agak rushing. bergegas2 dengan sangat dahsyat dan akhirnya aku sampai di pintu sogo tepat pada jam 11 pagi, seperti yang dijanjikan. aku bersyukur bahawa aku tak jadi orang yang mengkhianati janji hari ni.


walaupun dalam rushing, sepanjang perjalanan mata dan otak aku terus mentafsir kelakuan dan sikap orang. tak kiralah orang malaysia ke, orang indonesia ke, tak sempat aku bezakan. dan pemerhatian aku tak bezakan bangsa dan negara. aku cuma perhatikan sikap manusia, persekitaran yang mempengaruhi mereka dan apa yang telah mereka bawa pengaruh dalam persekitaran.


dan hanya satu yang aku sangat-sangat terfikir, bilakah semua orang mahu belajar berdisiplin? dulu masuk kelas semua beratur, beli makanan dikantin beratur, tak buang sampah merata-rata dan semuanya mengikut peraturan. mungkin sebab masa tu kalau langgar peraturan nanti kena denda dengan cikgu, kena tulis nama dengan pengawas, kena dimerit.


masa nak turun dari rumah, masa nak pakai sandal, aku terperasan sandal aku ada kesan terbakar kat tapak dia. sandal aku jenis tapak getah yang lembut dan bukan heat resistance atau fire proof. jadi aku syak diluar kesedaran aku telah terpijak puntung rokok yang telah dibuang sesuka hati oleh golongan mereka yang tak tahu berdisiplin. dah la merokok ditempat awam, buang pulak puntung rokok merata-rata dengan bara yang masih menyala. akhirnya aku terpijak dan merosakkan tapak sandal aku. atau salah akukah yang tidak berhati-hati?


satu lagi perangai orang kita, aku rasa kalau eskelator, memang dah terang-terang ada tanda 'berdiri disebelah kiri' untuk beli laluan pada orang yang rushing macam aku tadi. tapi yang pagi tadi ni kes naik tangga. ada tiga beranak tu, naik secara progresif (anak lelaki kat atas, anak perempuan kat tengah dan mak dia kat bawah) dan setiap orang ambik port yang paling bagus, sorang kat kanan, sorang kat tengah, dan sorang kat kiri. siap berpegang tangan pulak tu! dan beratur-aturlah orang lain sebab langsung tak boleh nak lintas dioarang. dah la mak dia tu jalan slow gila. aku tak salahkan nak jalan slow ke apa, ikut dia lah, mungkin tak larat ke apa... tapi tolonglah, kat lebuh raya selalu tertulis "KENDERAAN BERAT IKUT KIRI".


dan banyak sungguh perangai orang-orang kita yang 'sangat' berdisiplin. kalau bab sampah tu tak payah cakap lah. kat mana-mana sampah berkeliaran. tu belum kira orang yang suka lewat bila berjanji. jangan kira lagi orang yang suka-suka rempuh orang kat crowd. tak termasuk lagi orang yang suka cakap kuat-kuat dalam bas atau train sampai mengganggu ketenteraman orang lain. ataupun yang naik bas RapidKL tambang RM1.90 tapi bagi duit RM10, buat orang lain terpaksa menunggu driver terkial-kial cari duit baki.


macam-macam perangi orang kita...


bilakah kita mahu belajar berdisiplin, supaya kita tidak menjadi ketam selalu yang mahukan anaknya berjalan betul..


Tuesday, January 26, 2010

being somebody else..

kadang-kadang, perlukah kita menjadi orang lain untuk memuaskan hati orang?

atau adakah kadang-kadang kita perlu menjadi orang lain, untuk disenangi orang lain?

dalam memahami diri sendiri dan orang lain, aku kadang-kadang bingung.


is it weird to be different??


Saturday, January 23, 2010

Seni

dengan suatu kesenian, aku belajar bercinta. mencintai apa itu seni. mencintai diri sendiri.

orang seni hidupnya sederhana. orang seni hidupnya tak pernah meminta. orang seni hidupnya banyak memberi. orang seni hidupnya penuh erti.

dan aku- yang cuba memahami seni. memahami apa itu seni. dan juga sebuah kesenian.

hidup itu seni. cinta itu seni. seni yang melukiskan segalanya. dan lukisan itu sendiri ialah sebuah seni.


seni mengajar aku untuk bercinta. mencintai seni. mencintai kehidupan. mencintai kesederhanaan. mencintai kedamaian. mencintai orang lain. mencintai segala yang patut dicintai.

aku mencari kesenian dalam cinta. aku mencari cinta dalam seni.


aku menemui seni. aku mula bercinta dengan seni. dan aku menemui cinta.



Thursday, January 21, 2010

polos

bagaimana anda respect orang?

kenapa anda respect orang?

dan kenapa anda perlu respect orang?

semua orang dilahirkan sama. tak ada yang terlebih dan terkurang. kalau terkurang pun, tapi di mata Pencipta, kita semua tetap makhluk. siapa pun kita. tak kiralah top scorer yang tak pernah dapat B sepanjang waktu persekolahannya. selalu dapat 4 flat pada zaman universiti. tetapi kita semua tetap makhluk yang dikurniakan roh. bukan kita sendiri yang jadikan kehidupan tu. jadi tak payahlah nak berlagak seolah-olah kita manusia sempurna.

walau kita rasa kita ni hebat, tapi tak payahlah kita rasa kita yang paling hebat, kalau quitting dari medical course sebab tak tahan stressssssssss!

kalau hidup kita sebenarnya masih terumbang ambing, tak payah lah nak cakap kat orang, kau ni tak matured lagi!

kalau pun kita ni dah mampu berlari, tak payahlah nak patahkan semangat orang yang masih bertatih.

dan hebatkah kita kalau guna cara yang salah untuk mencapai kemenangan?



maaflah, aku manusia polos. biar kalah, asal aku tak hilang respect pada diri sendiri.


Sunday, January 17, 2010

suatu kehilangan

tersedar dari tidur petang ahad yang indah, aku hidupkan balik laptop yang hibernate kerana kehabisan bateri masa aku tidur, dan aku realize ada satu box YM terbukak.

daripada kawan di site. beritahunya, mak kawan aku (kami) meninggal. Innalillahiwainnailaihirajiun...

aku dapat berita mak dia sakit hari khamis lepas, juga dari kawan yang sama. balik kerja terus aku call. tiga kali tak berjawab. hati sedikit risau. lama sikit selepas itu, aku hantar mesej, dan berjawab. rupanya dia keluar tanpa bawak handset. lega menguasai hati.

katanya, emaknya sakit darah tinggi. (selepas mak aku meninggal, aku sangat-sangat fobia mendengar perkataan darah tinggi dan sakit buah pinggang.) aku cuba tenangkan hatiku, dan cuba senangkan hatinya. dan setiap kali lepas sembahyang, di samping doakan kesejahteraan keluargaku, aku tak lupa doakan kesihatan emaknya. memang kita tak boleh menolak ajal, tapi kita tetap boleh berdoa dan berusaha.

selepas itu, aku tidak lagi mesej bertanya kesihatan emaknya. bukan aku tidak risau, tapi aku tak mahu dia yang lebih risau kalau aku kerap bertanya.

hujung minggu biasanya dia di KL, menghadiri kelasnya, dan bila ke Mid Valley tengah hari tadi, langsung teringat untuk bertanya tentang kesihatan emaknya. tapi aku biarkan dulu. aku tak mahu hatinya berkecamuk.

dan bila dapat tahu pasal pemergian emaknya, memang aku terasa sayu tiba-tiba. kehilangan seorang emak terlalu perit untuk dihadapi. apatah lagi ayahnya juga diserang strok. semoga dia tabah menghadapi semua ini.

teringat ceritanya ketika raya hari tu, "mak saya mahu awak pergi jalan-jalan rumah saya..." dan aku hanya senyum. rasanya seperti baru semalam dia bercerita kepadaku.

hari ini, kawan baik aku kehilangan emak tersayang.

Saturday, January 16, 2010

RUGI





satu golongan yang merasa kerugian bila wira-wira merah ini menjadi pemastautin di negeri kelantan.

SYARIKAT SYAMPOO DAN GEL RAMBUT!



(cuba membayangkan syed adney dengan gaya 'rambut' indra putra..)



...tapi Piya dan Farhan boleh cover balik kerugian syarikat terbabit....


Sunday, January 10, 2010

enggang sama enggang.. biarlah pipit terbang sendiri..

kata orang, enggang sama enggang, pipit sama pipit.. tapi bila difikirkan, ni bukan zaman kasim selamat lagi.. banyak pipit yang dah jadi mutan dan berkawan dengan enggang.. enggang pun ada yang dah turun takhta berkawan dengan pipit..

dan pipit pun berkawanlah dengan enggang....

pada awalnya semuanya kelihatan sangat elok. pipit boleh memahami enggang sebaiknya, dan enggang pun selalu rendah diri bila bersama pipit. enggang dan pipit selalu bersama di awan biru, melayari mimpi bersama...

siapa kata pipit tak boleh terbang bersama enggang?




time goes around and around..


pipit lupa yang enggang masih enggang. pipit langsung lupa itu.

semakin pipit selesa bersama enggang, semakin pipit tak peduli bahawa enggang sebenarnya semakin menjauh. pipit terus mengukir senyum bahagia, sedang enggang bersedia untuk melambai pergi..

sehinggalah suatu hari bila enggang pergi, barulah pipit tahu, enggang akan tetap bersama enggang, walau pipit juga burung.

(sedang mendengar lagu aizat~pergi~ di persembahan AJL)

be young.. stay young..=))

masa tahun pertama dulu...
orang selalu tanya aku: kerja kat mana?
aku jawab: saya belajar lagi, baru first year.


masa tahu kedua, praktikal kat hospital taiping...

aku masuk ICU bersama toolbag, mengiringi technician untuk membaiki modul patient monitor bila sorang encik tu bertanya kepadaku dengan muka penuh berharap,
bertanya: doktor, anak saya macam mana?
aku jawab: encik, saya masuk ni nak baiki mesin ni...


aku gelak guling-guling. dalam hati. isy aku bukan gelakkan pakcik tu. aku bawak toolbag dia boleh kata aku doktor? ingat aku bedah orang guna screwdriver ke?


masa tahun tiga, perasmian projek di kolej. aku dah standby duduk di belakang. sengaja isolate.
tetiba seorang jemputan bertanya: u lecturer ke tutor? mengajar apa?
aku jawab: encik saya baru tahun 3, ada dua tahun lagi nak habis.


masa kat UTHM, faris dengan muka tidak bersalah cakap kat aku: laa, ko baru 23 rupanya, aku mati-mati ingat ko dah 27. yaduiiii....


masa kat UTHM juga, seorang kawan aku mengaku: serius aku ingat ko lecturer...
aku tanya balik: nape, muka aku ni tua sangat ke?
dia jawab: takdelah, tapi ko nampak confident giler..
(kawan aku pada masa itu sudah berumur 27 tahun dan aku baru 23 tahun)


dan sekarang, bila aku jalan-jalan kat mid valley,
bukan hanya seorang yang bertanya: u student lagi kan? study kat UM ye...


orang yang kelabu mata?
atau aku yang makin muda?
LOL!

Saturday, January 9, 2010

u hidup zaman mana ni...?

aku bukanlah baik sangat. aku bukanlah yang digelar 'budak-budak surau' zaman study dulu. aku bukanlah orang yang sentiasa pakai baju labuh hingga ke lutut. aku bukanlah 'sebaik' tu.


tapi aku malu tengok perempuan yang bertudung berpelukan dengan lelaki (semestinya bukan mahram dia), dan lebih teruk mungkin sampai bercium. apa nilai pada tudung tu? sekadar fesyen, atau sekadar mengaburi mata orang, atau mungkin juga ikut-ikutan. ada jugak orang yang aku jumpa, yang siangnya bertudung (hanya ke office) dan bila malamnya keluar rumah berseluar pendek!


aku tak nafikan, hidup aku dikelilingi lelaki. aku bukan terlalu baik, tapi aku tak rasa aku jahat sangat. masa kat kolej dulu, setiap petang bila main volley, hanya berapa kerat perempuan, yang lain semua lelaki. dan pernah juga, hanya aku seorang perempuan, dan dikelilingi 11 lelaki lain dalam court! tapi bukan bermakna aku sewenang-wenangnya bersentuh-sentuh dengan lelaki, bergurau senda sehingga melebihi batasan. aku pun agak 'sosial' dengan cara aku sendiri, dan dari sudut lain, aku terlalu konservatif.


biarlah aku dikatakan tak moden bila tak nak bersalam dengan lelaki. biarlah aku dikatakan, "u hidup zaman mana ni?" aku tak salahkan mereka. cara kita dibesarkan berbeza. cara kita dididik sangat berbeza. persekitaran kita dan orang yang kita temui hari-hari juga tak sama.


kalau di rumah, kadang-kadang aku tebal muka bila ditegur anak sedara aku, "seluar jeans teh ketat sangat", padahal seluar itu jugalah yang aku pakai dan ditanya, "u hidup zaman mana ni?" ayah aku tak pernah tegur cara aku berpakaian, tapi aku sendiri yang malu kalau berpakaian lebih sikit dari 'batasan' yang aku diajar di rumah, padahal pada pandangan kebanyakan orang sekarang (yang kononnya moden sangat..), 'itu pakaian zaman entah berapa puluh tahun dulu'.


anak sedara aku dididik macam tu oleh mak dia. dan aku walaupun telah dididik macam tu oleh mak aku tapi dah terdedah dengan anasir luar yang merosakkan. berbulu telinga kalau aku pakai baju yang ada shape sikit, mulalah abang aku tegur, "lawa baju.."


dulu kalau keluar dengan kakak sulung aku, dan aku pakai jeans, mesti dia tengok pelik dan tanya, "kak tak pandai pakai baju kurung dah ke..." rasa nak luruh telinga sebab panas... tapi sekarang dia pun dah malas nak tegur kut. dia buat dek jek. kalau kakak aku yang dua orang lagi tak la direct sangat tegur, tapi kepedasannya tetap terasa.


masa study pun, aku bersyukur, persekitaran aku merupakan orang-orang yang menjaga pergaulan. bukanlah orang yang bebas bergaul, apatah lagi orang yang bebas tanpa tudung. coursemate aku yang lelaki lebih separuh dari sekolah agama. walaupun bukan berkopiah dan berketayap, tapi dasar-dasar Islam tetap terjaga.


sebab tu bila tengok orang-orang yang berpakaian memang macam tak cukup kain atau salah ukuran, aku terfikir, mak bapak diorang macam mana ek.. tak payah nak cakap orang lain la.. yang dalam rumah aku sendiri (buat masa sekarang ni) pun tak kurang hebatnya. nak menegur, aku masih tak ada kekuatan, tapi nak menengok, mata aku pulak yang kelabu. entahlah.. mungkin mak bapak diorang merelakan dengan penuh pasrah... anak aku ni moden orangnya... atau mungkin jugak bangga.. anak aku ni memang moden orangnya...


mintak dijauhkan...


Thursday, January 7, 2010

cinta bersegi-segi

aku jarang jumpa chinese hensem. aku jarang cakap chinese hensem. dan aku jarang puji chinese hensem.

semalam ada nego untuk tiga pakej. 10 am to 7 pm. KOMA

ada satu orang itu, AT (bukan nama sebenar), supplier for lab package. masa first aku call dia for tender (eh dia call aku dulu sebenarnya..) aku macam dapat rasa, orang ni mesti hensem. dia cakap melayu pun agak lancar. yaduiii....

masa dia datang beli tender, yes, i admit, dia memang hensem. betul la apa yang aku rasa tu. dia datang dengan kemeja biru muda dan slack hitam.

then masa interview dia tak datang, for some kind of reason yang aku tak ingat.

he suppose to come with his tendering agent, tapi masa tendering agent dia masuk bilik meeting, dia cakap, AT (bukan nama sebenar) belum sampai. he's on the way from PD. (i forgot his face actually....) aku cuma ingat yang AT (bukan nama sebenar) akan datang for nego.

masa tengah cakap-cakap tu, ternampaklah kelibat seseorang. pakai t-shirt berjalur hijau tua, jeans, dan menyandang beg hitam. rambut hampir menutup seluruh dahi. yes, he's AT (bukan nama sebenar)! selama ni aku tengok dalam kemeja dan bergaya formal.

rasa aku tak pernah puji chinese hensem. tapi AT (bukan nama sebenar) terkecuali.

tender nego rupanya sangat menarik. sape kata nego tu membosankan.




dan semalam juga, vendor-vendor yang keluar masuk berjaya memeningkan bos aku. vendor A datang dengan principal S. prinsipal S dulunya datang dengan vendor J. vendor A jugak bawak brand principal C. tapi principal C sebenarnya dah masuk tender tu sendiri, bawak brand supplier N. vendor A jugak bawak brand supplier D. supplier D pun ada coordinate dengan vendor J.

kalo aku jadi bos aku pun aku akan pening. nasib baik aku bukan bos.

cuba bayangkan kalau kita terselirat dalam cinta macam tu.

Anne (yang pasti bukan AT) ada hubungan dengan Sean, tapi jatuh cinta dengan Jase. Anne jugak diminati oleh Charles.tapi Charles dah ada hubungan dengan Nancy. Anne jugak sayang Donald, tapi Donald ada 'partnership' dengan Jase.

nasib baiklah vendor (baca: company) tu takde jantina. kalau tak, memang haru dunia.

kalau cinta tiga segi pun kita dah pening, apatah lagi yang bersegi-segi.



Tuesday, January 5, 2010

dunia di hujung lensa

dahulu aku juga suka snap-snap gambar, walaupun tak terer. just untuk suka-suka, kepuasan diri. ambik gambar pemandangan, orang-orang, dan semua yang menarik pada pandangan mata aku.

tapi itu dulu. sebelum kamera aku terpercik air di sungai gabai yang merosakkan LCD-nya. kamera abang aku sebenarnya. kamera yang aku pinjam for thesis purpose tapi akhirnya musnah di sungai gabai. bila aku pegi sony centre, tanya kalau baiki berapa, dia cakap kalau bukak saja pun dah rm300. tak termasuk spare part lagi. ya ampun, tak apalah.nnti kerja aku beli lain sajalah. dah la masa tu nak exam. risau giler. takut kena bebel dengan abang aku sebenarnya.

dan bila balik cuti, dengan muka tak bersalahnya aku cakap,"kamera tu dah rosak.." abang aku pulak dengan muka penuh ketenangan balas balik, "ooo patutlah lambat bagi balik.." sampai sekarang aku pelik nape dia tak marah aku dah rosakkan kamera kesayangan dia. haha. dan lepas tu kamera tu terus berada dalam simpanan aku.

kamera tu tetap boleh guna. tapi terpaksalah guna cara konvensional. tengok dari lense kecik macam kamera zaman dahulu kala tu...tapi aku sayang kamera tu sebab gambar dia sharp giler. aku tak ingat dah cybershot model apa. dah masuk air pun masih tetap boleh guna jugak. gambarnya tetap lawa macam dulu gak.

pastu masa kat johor ari tu, pergi lagi waterfall (bekok), dan dengan jayanya aku mencelupkan kamera tu sekali lagi dalam air. kali ni memang tercelup betul, bukan setakat terpercik. kali ni kamera tu tunjukkan protes. mula-mula gambar dia blur (tetap boleh guna after aku keringkan), then pastu dah jadi elok semula. tapi kualiti dia aku perasan dah reduced sikit la.

lepas tu aku fed-up nak guna kamera tu. tapi aku tetap simpan. sekali sekala aku guna jugak. melepaskan keinginan.. sayang dowh.... dah la merosakkan kamera orang, takkan la nak buang pulak. haha



masa pergi broga aritu, jealous giler tengok DSLR yang lebih panjang dari tangan orang. pastu dari gaya photographer tu masa nak ambik gambar, aku sure gambarnya sangat cantik... (i guess, not necessarily.. hehe)

semua keindahan dunia diabadikan di hujung lensa. semua kenangan diukur dengan flash dari lensa kamera. senyuman cantik bertambah manis dengan teknik yang betul. muka bahagia lebih terpancar ditangan profesional. saat indah tambah menarik dari angle yang sesuai. memang lensa itu menceritakan seribu cerita, walaupun bisu tanpa suara, tapi membuatkan kita tetap tersenyum bila melihat kembali walau selepas sekian lama. dan lensa juga membuatkan kita tak pernah di telan usia!

cuma, janganlah lensa itu menjadi punca fitnah.

by the way, ada tak pakej beli DSLR percuma photographer sekali?

Monday, January 4, 2010

..be my BFF?

pernah tak ada orang approach anda dengan berkata, "be my BFF?"

aku pernah. hehe. takde lah. cuma dia cakap, "u are my very close friend. i dont have anybody else.." (sepatutnya VCF la kan...)

dan pernahkah anda dan BFF anda bergaduh sakan, kiranya yang macam berpatah arang berkerat rotan.

aku baru jek... puncanya aku tak wish dia happy new year dan tetiba dia call aku pukul 2 pagi pada 010110 dan berkata, "u never have intention to wish me or to call me or to sms me, right? all my friends wish me, but u, my close friend never did it. how could u?"

pukul 2 pagi.

hilang terus rasa mengantuk. yaduiiii....

kadang-kadang, bila kita men'declare'kan (DBP sila saman aku), kita adalah kawan baik, kita meng'expect' (DBP, sila saman lagi) semua urusan dia adalah urusan kita. semua hal peribadi dia adalah peribadi kita. jadi bila kita rasa sedikit diabaikan, mula la hati jahat menjentik, 'aku ni bukan lagi BFF dia...

tapi perlu dan harus diingat, kawan baik itu bukan suami isteri. aku rasa satu-satunya hubungan yang langsung tak perlu ada rahsia hanyalah suami isteri. selagi masih bergelar BFF ke, BF ke VCF ke, batasan tu tetap perlu ada. dia perlu ada privacy dia, kita perlu ada privacy kita.

mungkinlah sebab itu ramai BFF yang memang sudah berpatah arang berkerat rotan, mencincang air sampai putus. dari BFF sudah menjadi BFFAW (best friend for a while). mesti kita tak nak macam tu kan. tapi bila kita sudah melanggar batas-batas berkawan, macam tu lah jadinya.

banyak kes kawan-kawan yang aku dengar, puncanya memang sangat kecik. hanya disebabkan perkara yang kecik itu, kita putus persahabatan yang dibina bertahun-tahun. dan pernahkah kita berfikir, berbaloi ke semua itu?

dan hanya kerana satu sms yang berharga 15sen, aku harap aku tak hilang VCF aku...

Sunday, January 3, 2010

semakin kita hidup..

semakin kita hidup, semakin kita tak tahu apa itu hidup. serius.

sorotan 2009 banyak menginsafkan aku, yang hidup ini memang tak pernah mudah. kita yang kita bayangkan lima tahun dulu, bukanlah kita yang sekarang. apatah lagi sepuluh atau lima belas tahun dulu.

dalam tahun 2009, aku banyak mengenali orang yang banyak mengubah persepsi hidup aku. dan selepas semua tu berlaku, aku buat kesimpulan- cinta buat manusia gila.

tahun ni aku berumur 25 tahun. ikhlas dari hati, bila menginjak ke 25 tahun, sebagai seorang perempuan, aku mula diterpa kerisauan. bukan desperate, tapi cuma merancang untuk kehidupan yang lebih baik. kehidupan seterusnya yang lebih sempurna.

semua orang menginginkan sebuah keluarga bahagia. suami, isteri, anak-anak, kediaman yang selesa dan kehidupan akan dilihat sebagai sempurna. apa yang berlaku dalam rumah tangga tu asam garam dunia. yang penting lengkapkan dulu komponen-komponennya.

aku tak salahkan kakak-kakak aku bila diorang bertanya, dah ada calon ke belum, bila nak bertunang, bila nak kawin. siapa tak risau, bila lihat satu-satunya adik perempuan masih lagi berperangai seperti budak-budak, masih memeluk teddy bear ketika tidur, dan masih juga suka merajuk seperti lima enam tahun dulu ketika masih di bangku sekolah!

aku percaya jodoh pertemuan itu kuasa Allah. aku juga percaya kita perlu berusaha untuk dapatkan yang terbaik. masalah akan terus datang dan menyerang. macam mana kita hadapi, menentukan siapa kita esok hari.

aku tetap berusaha menjadi insan yang lebih baik pada hari esok. cuba untuk memikirkan perkara-perkara positif, supaya setiap hari aku lebih bermakna.

aku percaya, bila kita gembirakan hati orang, hati kita lebih gembira. kalau kita buat orang sedih, kita akan lebih terasa kesedihannya. bila kita up-kan orang, kita akan rasa lebih berharga. bila kita down-kan orang, kita yang lebih 'murah'.

what u give u get back.


brOga and VolleY

sepatutnya new year ni aku kat kelantan. dah siap2 ambik tiket untuk balik dan datang sini semula, tetiba kakak aku call, "kak tak payah balik la. takde orang kat rumah."

kecewa tidak terkira.

aku pergi putra jual tiket. aku tutup cerita itu.

01.01.10

tina ajak main volley kat 2nd. sudah lama aku tunggu peluang ini, dan akhirnya....

seriously, selepas hampir dua tahun tak main, main 15 minit dah mengah. masa nak receive bola, tangan aku sakit yang amat. tapi aku sangat-sangat puas hati berlarian ke seluruh court, masa lawan dengan 'team' 2nd.. kitorang (aku n jimi plus sorg junior) 3 orang jek, lawan dengan 6 orang, akhirnya kitorang yang menang.

kiranya servis aku berbisa lagi la.. haha..

habis main, memang sakit seluruh tubuh aku. tangan bengkak-bengkak, bintik-bintik merah. tumit sakit. tapi tak apa. for volley, aku tak pernah rasa itu suatu penyeksaan.

02.01.10

malam new year tu, sofi tanya, buat apa cuti ni. aku cakap xde pape plan.

"aku nak naik broga hill kat semenyih. jom!"

tanpa berfikir panjang, aku terus setuju. ajak lagi 5,6 orang coursemate, akhirnya 8 orang setuju termasuk aku ngan sofi, plus 2 orang ofismate dia.

janji kul 4 (am) bertolak, tapi bila refer to guys, kita bertolak kul 5 la. wat ever.. aku hanya menumpang.. huhu.. malam tu tim tido rumah aku, senang nak gerak.

5.15 baru ilyasa sampai, bersama-sama kimi dan epul, jumpa masma kat jalan kelang lama dengan sya2. sofi tunggu dengan kawan dia kat cheras.

sampai sana, hari masih gelap, tapi kereta dan berderet-deret tepi jalan. memikirkan masih belum sembahyang subuh, ilyasa patah balik. curi-curi masuk nottingham university (pak guard takde yang jaga), sembahyang subuh di surau kat situ (tapi dia panggil islamic centre).

imamnya pak arab menurut epul, sembahyang subuh tanpa doa qunut. yang lawaknya, ada pulak yang jatuh masa sembahyang, tertidur barangkali, pastu boleh pulak buat-buat baring. haha. aku ngan tim tukang gelak bila budak-budak laki cerita.

pukul 645 kembali ke broga hill. sofi dan masma pergi sembahyang kat ulu beranang. tunggu diorang sampai, lebih kurang pukul 715 baru mula naik. orang dah tak ramai kat bawah. jalan kejap saja sudah mengah, padahal baru redah ladang kelapa sawit. itulah bahana tidak bersenam lebih setahun setengah.

sampai kat atas sket, ya ampun, orang ramai giler. dah la jalan sempit. kalau selisih kena berenti kejap (dan boleh mabik nafas.. hehe)

perjalanan yang sepatutnya 30 minit untuk orang 'fit', kitorang dah jadi sejam setengah. 3 kali 'fit' kata tim. camane nak jadi 30 minit kalau setiap 50 meter berhenti snap gambar. =))

tapi memang sangat happy. jalan-jalan sambil tengok kehijuan alam. sangat relax. tak kejar apa-apa. tak terikat dengan sape-sape. jadi sesuka hati kitorang nak jalan ke nak berenti. hehe.

sampai ke puncak betul-betul puncak lebih kurang pukul 9.00. kesian sofi, sya2 dan masma yang terpaksa menunggu kat puncak tanpa kamera. haha.

last kitorang hiking ledang pada 17 feb 2007. memang patut semua orang macam tak cukup nafas.

lepak-lepak kat sana lebih kurang sejam, barulah turun. bila dah turun semua orang laju. sebab perut mula bernyanyi. semuanya hanya naik beralaskan dua keping roti kismis coklat.

walaupun masih sakit-sakit badan, tak apa, asal hati gembira.




entry ini adalah diari weekend aku. =))