Pages

Wednesday, December 29, 2010

cinta tanpa syarat

dalam usia cinta yang masih mentah, aku masih cuba belajar dan menilai, apa pengertian cinta yang sebenarnya. dalam satu buku yang masih belum aku khatam, hanya cinta abu dan ayah yang bebas dari sebarang syarat. cinta setulus hati tanpa mengharapkan apa-apa timbal balas. cinta selainnya, semuanya meminta balasan.

dan orang yang mencintaiku tanpa syarat itu- sudah tiada lagi.

aku mengenal cinta bersyarat sewaktu tahun tiga di UM. selepas beberapa lama terlepas dari godaan cinta nyet-nyet. belum sampai setahun terjalinnya 'cinta', akhirnya putus seperti layang-layang diterbangkan ribut. dan aku seperti kanak-kanak kehilangan layang-layang.

dan selepas itu cinta tanpa syaratku juga pergi.

aku seperti kanak-kanak kehilangan layang-layang ditinggalkan keseorangan di tepi pantai pada malam yang gelap.

tamat UM, kakak sibuk-sibuk mencari seseorang untuk menggantikan 'layang-layang'ku yang diterbangkan ribut. aku menolak. bukan seorang. bukan dua. kak masih muda. itu alasan aku yang paling jitu.

tamat UM, masuk UTHM aku masih juga sendiri.

tamat UTHM, aku menganggur.

"jangan risau, nanti semua tu datang dalam 1 paket kepada kau," kata seorang kawan.

"1 paket?" tanyaku.

"kerja dengan jodoh kau sekali."

aku harap kata-katanya benar.

bulan 7 2009, aku mula bekerja, atas recommendation seorang kawan. pengalaman pertama bekerja (selain industrial training). bekerja di ofis yang hanya ada empat orang. QS, biomedical engineer, aku dan seorang kerani. sebelum itu aku terbayangkan kerja itu ialah tempat yang dipenuhi ramai orang, ada banyak meja, ada banyak bilik, ada lif, dan pelbagai kemudahan lain. dan ofisku adalag shop lot yang berada di level ke empat!

tapi aku tetap menerima itu sebagai kerja pertamaku- dengan penuh rasa syukur. hasil dari titik peluhku sendiri (peluh dingin dalam air-cond).

dan selepas itu barulah aku mengenal beberapa figura yang selalu berkunjung dan bertandang ke ofis, sama ada dari HQ penang atau pun staff dari site ofis. dan barulah aku kenal dunia yang sedikit luas.

dan dalam dunia yang baru mengembang itu, berterbangan beberapa kumbang. dalam beberapa kumbang itu akhirnya ada satu mengucapkan,"sebenarnya saya suka awak. awak suka saya tak?"

cinta nyet-nyet sudah berlalu. cinta kerana sebuah tanggungjawab mengambil alih.

ungkapan "nanti semua tu datang dalam 1 paket kepada kau" menari-nari di telinga.

cinta bersyarat datang kepadaku.

cinta itu memang cinta bersyarat. aku mencintai untuk dicintai. aku memberi kadang-kadang mengharap dihargai. aku menghargai minta difahami. aku memahami untuk disayangi. aku menyayangi kerana terpatri sebuah janji.

dan kerana itu, aku tidak mahu dan tidak lelah untuk belajar bercinta. belajar untuk memberi tanpa meminta. belajar untuk mencintai bukan dengan niat untuk dicintai.

belajar untuk bercinta tanpa apa-apa syarat pun.


Wednesday, December 15, 2010

failure

kata John Charles Salak, there are two kinds of failures: those who thought and never did, and those who did and never thought.

antara dua kategori manusia itu, aku kadang-kadang tergolong dalam kedua-duanya.

tapi ada juga kes yang bila kita dah berfikir dan bertindak, dan kita tetap juga menemui kegagalan. memang kita lebih banyak menemui kegagalan dalam hidup, dan kejayaan itu mungkin hanya boleh dibilang dengan jari.

balik kampung minggu lepas, terjumpa balik buku Billy P.S. Lim, Berani Gagal. buku ni sudah agak lama aku tak baca, sebab berada dalam simpanan kakak aku (dan beberapa buku lain sehingga aku lupa kewujudan buku tersebut). disebabkan dah lama tak baca, aku belek-belek beberapa kisah yang aku suka, antaranya Helen Keller, Soichiro Honda, Thomas Edison, dan beberapa lagi yang membuatkan aku terfikir: kenapa aku malas sangat nak bangun kembali bila dah gagal sekali.

seriously bila gagal temuduga PTD tempoh hari, aku memang dah fed-up nk mohon SPA. apatah lagi aku tak dipanggil pun untuk exam PTD bulan 11 hari tu. tapi bila difikir-fikir balik, siapa yang rugi atas 'ketewasan' aku tu? aku atau SPA? dan siapa yang terus gagal? aku atau SPA?


kegagalan adalah guru terbaik.

Sunday, December 12, 2010

aku perlu lebih mengerti

finally, i decided to be myself. tiada guna jika aku mahu orang lain ketawa suka, tapi aku berduka. aku mahu adil untuk semua.

minggu lepas, aku ambil kesempatan cuti awal muharram pada hari selasa untuk bercuti panjang. sabtu hingga selasa. (kalaulah empat hari itu boleh dikatakan panjang). balik untuk menguruskan serba sedikit yang boleh diuruskan. urusan borang nikah, tempah pelamin dan baju, dan beberapa perkara yang perlu.

sebenarnya masa suntuk juga (dari tarikh pertunangan hingga ke hari nikah/ kenduri hanyalah dua bulan setengah), tapi aku yakin semuanya akan berjalan dengan lancar. lama atau sekejap tempoh persiapan tu sama saja. yang dirancang hanya akan berlaku dalam masa sehari sahaja. dan kakak aku dah pesan awal-awal masa tunang hari tu, nikah nanti kak jangan buat kerja last minute, kak mah penat ulang alik macam ni. aku tersipu. sedar salah sendiri.

itulah kak mah, kakak aku yang sulung. pengurus acara untuk semuanya. sedikit-sedikit (kadang-kadang banyak) merangkap sebagai banker. terfikir aku, betapa besar peranan kak mah dalam hidup aku. selepas emak pergi, boleh dikatakan semuanya kak mah ambil kisah, dari sekecil-sekecil perkara. aku sebagai adik yang bongsu, memang sebetulnya adik yang tidak tahu berdikari.

aku juga sedang berkira-kira (berusaha) untuk mencari kerja baru. kerja yang lebih stabil dan menjamin. dulu aku tak kisah kerja merata-rata, travel ke situ sini, duduk kat ceruk mana pun, tapi kini aku perlu lebih mengerti bahawa perancangan kita tak selalunya menjadi. sebab itulah aku memilih untuk menetap di suatu tempat yang boleh dibuat kediaman, dan melupakan impian untuk kerja 'travel' kerana aku bakal memegang suatu lagi tanggungjawab. bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga orang lain.

aku juga masih ingat, suatu ketika dulu bahawa aku pernah menanam azam, aku akan mendaki gunung kinabalu (dan mengembara/bercuti) sebelum aku berkahwin. tapi rasanya impian itu perlu diubah suai sedikit.

dan sebelum melangkah ke sebuah alam baru, aku perlu lebih mengerti, bahawa dunia ini bukan selalu seperti yang kita rancang dan impikan.

(akhirnya kembali dari rehat yang agak panjang...:) )

Friday, October 29, 2010

ia sebuah perasaan

aku tak nak menangis hari ini.

(tapi aku tetap boleh bersedih, kan?)

Tuesday, October 26, 2010

melukis perasaan

melukis katak tak cantik lebih senang dari melukis perasaan.

Wednesday, October 20, 2010

lelaki itu dari marikh

sedari kecil memang aku selalu sedar bahawa lelaki itu memang pelik kelakuannya dari perempuan. perangai abang-abang memang jauh berbeza dari kakak-kakak. perangai ayah tidak sama dengan emak. adik juga seorang lelaki.

aku dengan abang beza jauh. lima tahun. aku dan kakak lagi jauh. 11 tahun. aku dengan adik, 2 tahun. sebab itu adik yang selalu jadi 'rakan sparring' aku. masa kecik siap main pukul-pukul kalau tak puas hati. sebabnya- adik selalu buat aku sakit hati. adik suka cari gaduh dengan aku. aku tak suka tengok aku senang-senang. adik memang datang dari planet lain!

masuk sekolah, ada seorang budak laki yang memang suka jahati aku. sorok barang aku. buat itu ini yang buat aku sakit hati. dari darjah satu sampai darjah enam, aku benci budak laki itu. suka pergi rumah aku, lepas tu ejek-ejek aku. lelaki itu memang pelik!

masa tingkatan empat, ada seorang budak laki yang tak cakap dengan aku, sebabnya dia fikir aku yang laporkan pada cikgu homeroom pasal perbuatan dia, sedangkan aku langsung tidak buka mulut. akhirnya bahana itu terkena kepada aku. habis semua budak laki dalam kelas itu pulaukan aku atas perkara yang aku langsung tak terlibat. lelaki-lelaki ini kadang kala agak gila!

tetapi, lelaki-lelaki juga yang buat aku jatuh suka, yang buat aku tak tidur lena.

lelaki juga yang menjaga.

lelaki juga yang ambil kisah semuanya.

lelaki juga ketua keluarga.

lelaki juga yang menjadi raja.

lelaki juga imam Masjid Negara.


dan lelaki yang selalu berada di sampingku itu, lelaki yang luar biasa hebatnya.

Wednesday, October 13, 2010

ikan di laut kucing di darat

masih belum selesai membaca Manikam Kalbu walaupun telah lebih lima bulan berada di tangan aku. entah kenapa, malas menguasai kebelakangan ini. sebab itu bila ke melaka, aku hanya membawa tiga buah buku~ buku yang dah berkurun ada dalam simpanan aku- manikam kalbu, Dunia Sophie dan satu lagi buku John Gray.

dan bila dah mula membaca semula, barulah terjatuh suka. dan yang paling menarik bila ada teka teki, tapi aku tak mampu untuk menjawab. ada lima soalannya:
1. kenapa air laut masin
2. kenapa ikan makan dalam air
3. kenapa ikan tak boleh tidur
4. ikan apa yang paling banyak
5. kenapa ikan tak berkurang dalam laut.

serius, aku tak pernah terfikir pun jawapannya.

anda, bagaimana?


Sunday, October 10, 2010

magika

1.

hidup bukan sebuah dongeng. hidup bukan suatu cerita karut. hidup itu sebuah perjalanan yang kita lakarkan melalui mimpi dan cita-cita, dan akhirnya berkembang menjadi sebuah realiti.

2.

semalam aku menonton magika. asalnya rancang minggu lepas lagi, tapi pergi dah terlalu lewat, terlepas tayangan terakhir. kata abang, takpe, nanti balik melaka kita tengok, paksu ada tiket free.

aku suka tagline magika. tiada apa yang mustahil dengan kuasa imaginasi.

aku memang suka muzikal, dan nampaknya filem ini menepati citarasa aku. walaupun aku jarang suka filem melayu, kecuali filem yang agak 'educated', tapi aku rasa magika terkecuali.

first time aku ajak abang, dia terkejut. haha. memang sebelum ni wayang tak ada dalam agenda aku, tapi aku rasa terpanggil untuk menonton magika. mungkin sebab ia muzikal, mungkin juga sebab banyak review positif yang aku baca tentang filem ini.

dalam gelak tawa, sampai satu part, gugur jua air mata aku. (nasib baik nenek kebayan tak ada sebelah aku). =)

(aku bukan menulis review filem. aku menulis perasaanku.)

3.

dan dalam meniti lakaran mimpi dan cita-cita, aku sangat menghargai sebuah mimpi yang selalu hampir denganku. mimpi yang selalu memeluk tidurku, menghangatkan dingin malamku, dan mimpi yang selalu menjadi tangan dan kakiku, menjadi telinga dan mataku.

akan kutunggu mimpi itu menjadi suatu realiti.

Friday, October 8, 2010

ketam berlarian di bagan lalang

aku mula-mula pergi bagan lalang masa tahun tiga. masa tu tengah sibuk dengan klinikal, pada masa bulan puasa. Jimmy ajak buka puasa kat bagan lalang. serius aku tak tahu kat mana. tapi aku tahu kat sepang. pergi ramai jugak masa tu. pergi naik kereta nuzul separuh jalan, then pindah kereta abang arip.

masa naik kereta abang arip, hari dah petang, dah lebih pukul enam. sepanjang jalan dia buka tingkap. kiri kanan pokok yang hijau. nyaman tidak terkira. sejak itu aku mula jatuh cinta dengan senja di sepang.

buka puasa di satu kedai yang aku lupa namanya, tapi aku ingat letaknya kat hujung jalan di sebelah kanan. makanan kat situ aku tak ingat sangat rasanya, tapi boleh dikategorikan sedap.

dalam perjalanan balik, singgah di pantai. masa tu dah lebih kurang pukul 10 malam. air dah surut menjadikan pasir pantai semakin panjang dari siang. malam tidak dilitupi awan. bintang-bintang bertaburan 180 darjah. hujung kiri ke hujung kanan. seluruh langit berkelip-kelip. di kaki ketam-ketam kecil berlarian. sungguh indah perasaan itu. sangat indah.


jimmy janji nak pergi lagi habis exam semester itu. pergi tengok sunrise.

dan paper aku paper last antara semua.

semua menunggu kertas terakhir aku.

dan malam selepas paper terakhir, aku bersiap-siap untuk ke bagan lalang. adik aku call, "anak kak mah meninggal."

..............


selepas daripada peristiwa itu, tak ada lagi orang ajak aku pergi bagan lalang. dan kalau aku ajak pun tak ada sesiapa yang terima cadangan aku. sedihnya.....

sehinggalah suatu hari dalam bulan empat hari tu, tim suggest untuk buat gathering bersama-sama coursemate. pantas aku beri cadangan. "kalau bagan lalang ok tak?"

dan tim hanya terima bulat-bulat.

dan aku forwardkan cadangan kepada kawan-kawan yang berada di KL.

response yang suam-suam kuku pada mulanya, akhirnya dengan kesungguhan tim berjaya menjadi realiti.

dan ketam berlarian lagi di kaki. di bagan lalang.

cuma malam itu baru lepas hujan. gelita sangat pekat. tiada bintang dilangit. tiada kerdipan yang menyejukkan hati. hanya ayam dan sosej panas yang baru dilarikan dari api.

tapi kemeriahan bersama kawan-kawan tetap menyejukkan.

.........

bila hati kesunyian, aku selalu rindukan ketam di bagan lalang.




Thursday, October 7, 2010

apakah itu kerjaya

1.

lewat malam tadi, hampir pukul 12, seorang kawan mesej tanya pasal tender. tapi berdasarkan soalannya, aku mengagak dia salah faham berkenaan kerja aku. aku kerja dengan main con, bukannya vendor barang-barang.

mesej itu hampir pukul 12. pasal tender. aku biarkan ia dalam inbox.

pagi tadi, selepas siap semuanya, semasa menunggu encik yang memandu kereta datang ambik, aku balas mesejnya. beritahu apa yang sepatutnya. dan aku tanya tempat kerjanya. rupanya dia bekerja dengan salah satu vendor yang pernah masuk tender dengan syarikat aku, tapi tak berjaya.

dia bekerja di bahagian sales. dalam benak dan pemikiran aku, company tersebut ialah company yang biasa-biasa, bukanlah gah sangat. tak adalah besar sangat.

tanya pasal itu ini, last sekali tiba bab payment.

dia hanyalah seorang fresh graduate, dan incomenya jauh lebih tinggi dari aku. jauh dalam diri, aku tercabar. dia bekerja di syarikat yang pernah tidak berjaya masuk tender company aku. aku dah bekerja labih setahun, dan disambung kontrak pun masih ditakuk yang sama. tak berganjak.

dan hati jahat mula terfikir, buat apa lagi aku stay disini, sedangkan aku mungkin boleh dapatkan peluang yang lebih baik lagi di tempat lain. mungkin.

dan bila aku fikirkan sekali lagi, untuk jadi orang yang berjaya, tak pernah ada jalan pintas. bertatihlah dulu, walaupun dengan gaji yang kadang-kadang buat aku bernafas paras-paras hidung.


2.

aku ingat apa yang selalu ditekankan setiap kali menghadiri PAC PTD.

"kalau anda nak hidup kaya, anda berada ditempat yang salah. kerja kerajaan tak akan menjadikan anda kaya raya."

3.

kata seorang kawan aku: aku bangun setiap pagi dengan niat untuk bekerja dan berjaya.

sambungnya lagi: dan end of the day, aku rasa aku berjaya sebagai orang berkerjaya.

4.

bagi aku: tidak penting berapa income yang kita dapat, asalkan kita suka dengan kerja kita, itu sudah cukup. bila kita suka kerja kita, barulah kita boleh membina kerjaya.

kejayaan bukan didapati melalui jalan pintas.


QAQC

1.

regarding on previous post, seorang kawan tiba-tiba bertanya, 'siapa orang bawak masuk ko kerja tu? jangan la sebab aku wei..'

aku menafikan.

sebetulnya aku tidak pernah salahkan sesiapa, especially u...

sesungguhnya aku berterima kasih yang amat kepada kau. all the best for u my friend..

u know who are u rite?=)


2.

kerja juga semakin bertambah bila berada di tempat baru. kerja kat PJ aku kena buat jugak, kerja site pun termasuk sekali.

hari isnin (ketika aku masuk site ofis setelah hampir pukul 4-car breakdown di PJ), PM tanya aku, azma boleh buat QAQC tak?

serius, aku tak tahu apa bendalah QAQC tu. aku mana pernah ambik projek management. mana pernah belajar benda itu semua. mana pernah ambik kisah apa yang dilakukan oleh seorang QAQC engineer.

lalu aku buka report QAQC ending 31 march 2010.

aku tahu tiba masanya aku belajar itu.


dan masa interview hari tu juga aku ditanya tentang tender kerajaan. berapa lama tender dibuka, bila lawatan tapak, bila masa beli tender, berapa lama kena submit tender, apa itu tender terbuka, tender terhad. dah beberapa lama aku bekerja construction, dah berapa lama berdamping dengan QS, aku tak pernah ambik tahu pun benda tu. (encik QS pun tak pernah cerita kat aku)

akhirnya aku jawab: saya tak tahu encik, saya hanya bukak tender kepada sub-con. (setelah meneka-neka rambang soalan-soalan yang ditanya.

panel balas: kita tanya sebab u belajar project management.

aku balas balik: maaf puan, saya tak pernah project management, hanya belajar secara tak langsung masa kerja sekarang.

.... dan aku senyum semanisnya. agak-agak encik dan puan panel tergoda tak?

Saturday, October 2, 2010

cinta dan kebebasan.

satu perkara yang paling penting untuk berjaya ialah istiqamah atau usaha berterusan. dan untuk menjadi istiqamah itu perlukan keazaman.

dan dalam penulisan blog ini aku tak pernah ada istiqamah. ah, biarkan! =D

1. CINTA

semalam, 1 okt 2010, bermula tugas baru aku. di tempat baru. suasana baru. orang baru (sebenarnya semua lama). dan yang bukan baru. majikan aku.

dah beberapa lama terdetik niat untuk aku berhenti kerja, tapi tak pernah kesampaian. masa mula-mula kerja dulu, ramai vendor yang tawarkan aku kerja. tapi demi menghargai bahawa aku masuk atas recommendation orang, jadi aku cuba untuk tidak jatuhkan air muka orang yang berjasa membawa aku ke alam pekerjaan.

pernah seorang vendor bertanya, "kenapa position u assistant biomedical engineer, padahal u graduate?"

sejujurnya aku tak kisah apa jua gelaran, yang penting aku dapat hak aku. hak untuk dihormati bahawa aku juga ada ability untuk bekerja seperti orang lain. aku tak kisah untuk buat kerja lain, tapi aku juga mahukan hak aku sebagai assistant kepada seorang 'engineer'. selama aku bekerja di bawah 'engineer' tersebut, kerja aku hanyalah paper work, langsung tidak ada teknikal, dan yang lebih tidak adil, aku langsung tidak ada peluang untuk belajar teknikal.

first impression memang menentukan segalanya. dari first day aku masuk aku dapat merasakan bahawa memang orang yang bergelar engineer itu tidak suka aku. berapa lama aku cuba mencari jawapan atas ketidak sukaan tersebut, tapi aku tetap tidak menemui sebabnya. seminggu aku tahan, sebulan aku sabar, lima bulan aku boleh terima. dan dah lebih setahun, sabar aku ada batasnya.

kata pepatah:

bila anda tidak cintakan kerja anda, cintai rakan sekerja anda.
bila anda tidak cintakan rakan sekerja anda, cintai suasana dan pejabat anda.
bila anda tidak cintakan suasana dan pejabat anda, cintai pengalaman pergi dan pulang dari kerja.
bila anda tidak cintakan pengalaman tersebut, cintai apa jua yang boleh anda cintai dari kerja anda- hiasan meja, cicak di dinding, awan di luar jendela.
dan bila anda masih tidak menemui cinta dan kesenangan dari kerja anda, buat apa untuk bertahan?
carilah apa yang anda cintai. hidup hanya sekali. tiada apa yang lebih indah dari melakukan sesuatu dengan rasa cinta yang tulus.


since bulan 6 hingga bulan 8 hari tu aku lebih banyak berada di site. dan working environment di site jauh lebih menyenangkan, to be spesific, orang-orang di site lebih suka berkongsi dengan orang yang kosong pengalaman seperti aku. aku ditugaskan untuk buat inspection dengan hanya bekalan 4-wall drawing yang tak pernah belajar masa di universiti. dan dari kosong itu aku mula mengisi dengan pengalaman. first time, aku rasa seperti seorang engineer. bukannya kerani data entri.

balik dari site, keadaan getting worse, setelah lebih sebulan aku di site, kerja-kerja aku diambil alih oleh seorang yang bergelar 'engineer'. jadi aku semakin tak ada kerja di ofis. makin merasakan diri seperti 'orang bodoh yang tak tahu buat kerja'.

aku suarakan kepada abang, mahu berenti kerja, walaupun masih tak dapat kerja baru. aku rasa dia mahu menghalang, tapi mungkin dia faham kedegilan aku, katanya, "berenti la lepas raya...."

aku menurut tanpa paksaan. itu yang paling sesuai.


lepas raya, lepas selesai semuanya, lepas ofis dibuka selama empat hari, akhirnya aku jejakkan kaki ke ofis dengan surat perletakan jawatan. sebenarnya awal-awal lagi sebelum ofis dibuka, aku bagitau ketua unit nak berenti kerja, tapi dia tak benarkan, cadangkan supaya aku mohon pertukaran ke site. tapi aku tak rasa aku ada keperluan di site, jadi aku teruskan niat untuk berhenti.

dan tak disangka-sangka, sebelum aku bersiap-siap untuk balik selepas menghantar laptop dan menyudahkan sedikit kerja, bos aku sampai. memang aku tak nak berdepan dengan dia, biarlah segalanya melalui surat. tapi nampaknya rezeki aku masih di company ini.

selepas berbincang, akhirnya aku setuju untuk bertukar ke site, dengan syarat aku nak bercuti dulu. aku akan mula di site pada bulan 10. gila demand. hahaha. dan dia bersetuju. tapi aku membuat keputusan tersebut mengambil kira bahawa sebenarnya aku si sombong yang cepat berhenti sebelum dapat kerja baru. haha


dan yang paling penting. aku dah mula bekerja di site. dengan hati yang senang. dan penuh CINTA. lol


2. PTD


21 sept lepas, sekali lagi aku menghadiri temuduga PTD. untuk kali kedua. dan aku rasa kali ini lebih bersedia berbanding kali pertama dulu. dan aku baru realize sesuatu yang memalukan semasa temuduga kali pertama dulu- rupa-rupanya aku tak tahu 8 BIDANG TUGAS PTD.

memang sangat adil aku tidak berjaya dalam temuduga dulu.

aku dah berusaha untuk kali ini, dan seandainya rezeki aku untuk menjadi PTD, aku bersyukur. kalau masih tidak berjaya, maknanya aku masih belum cukup bagus dan perlu berusaha lebih gigih.

apa- apa pun, aku tetap mendoakan yang terbaik.



Sunday, August 29, 2010

bercinta untuk disakiti?

berkali-kali aku memikirkan kewajaran untuk menulis entri ini, bimbang ada hati yang tersentuh dan terasa. tetapi ada kalanya hati yang perlu 'disentuh', biarkanlah ia tersentuh. andai ia memang perlu dibiarkan terasa, biarlah ia terasa sekejap, supaya nanti ia tidak merana lebih lama.

banyak orang dewasa yang bercinta, matlamatnya kemuncaknya ialah sebuah perkahwinan. sebuah perkahwinan yang diharapkan memenuhi keperluan dan tuntutan hidup sebagai manusia dan hamba Tuhan. perempuan dan lelaki dicipta untuk saling melengkapi, saling menyayangi dan saling menerima, bukannya untuk saling menyakiti!

kalau aku lihat seorang anak disakiti (dihukum) oleh seorang ayah, aku sudah tidak sanggup, apatah lagi untuk melihat seorang isteri disakiti oleh seorang suami. itu yang sudah sah menjadi suami isteri. dan untuk melihat (atau mendengar) seorang awek (yang rela) disakiti oleh seorang pakwe (yang belum tentu menjadi suaminya), aku rasa suatu kebodohan pun ada.

aku tahu tiada siapa pun yang rela untuk disakiti oleh sesiapa, termasuklah awek tersebut. tetapi untuk terus berada dan bersama dengan orang yang menyakitinya, adalah logik di fikiran bahawa perkara tersebut tidak wajar sama sekali. lupakan bahawa kita terikat dengannya oleh satu ikatan 'pakwe-makwe', sebab ikatan itu langsung tak sah untuk membolehkan dia menyakiti, sehingga kita langsung tidak boleh berbuat apa-apa. bukannya dihukum pun kalau kita lari dari pakwe kita tu, bukannya kita tidak boleh cari calon suami yang lain pun. ikatan itu hanyalah ikatan yang kita cipta sendiri. bukannya seorang isteri yang tak boleh dikahwini lelaki lain sehingga diceraikan oleh suaminya!

oleh itu para awek sekalian, janganlah terus menghambakan diri pada lelaki yang suka menyakiti. sebelum kahwin sudah berani naik tangan, sudah berani sepak terajang, lepas kahwin apa pula? banyak lelaki yang baik diluar sana. banyak lelaki yang boleh menjaga diluar sana. dan banyak lelaki yang lebih hensem tatkala kita membuka pintu untuk orang lain.

dalam hubungan, setia itu memang perlu. tapi untuk setia kepada 'hantu' rasanya kita hanya menempah neraka dunia.

ya, manusia boleh berubah. tapi kalau sesudah sepuluh tahun masih tetap dengan perangai yang sama, sanggupkah kita menunggu dua puluh tahun lagi untuk dia berubah? (kalaulah dia nak berubah).

hidup adalah pilihan, bukan kebetulan.

Thursday, August 26, 2010

kemas-kemas

hari ni ofis sunyi. para-para bos pergi meeting di site. cadangnya aku nak ikut sekali, ingatkan dua orang saja yang pergi. rupa-rupanya tiga. nasib baik aku tak pergi.

tapi aku rindu site.

pagi-pagi tadi datang ofis, aku kemas kertas zaman tender dulu yang tersusun (bersepah) bawah meja. kemas report inspection (bersama drawing yang bersepahan). report dan minit mesyuarat zaman dahulu kala sewaktu aku menjadi pencatat tidak rasmi. semua pakej aku sapu, dari medical, M&E, sehinggalah ke ID. nasib baik building dah start awal. kalau tak dengan building sekali kut.

selesai kemas segala fail yang ada, rasa dah malas nak start kerja berkomputer pulak. yang aku rajin buat ialah susun-susun fail dalam komputer plak.

aku berbelah bagi juga sebenarnya. tapi yang pasti aku perlu buat keputusan. untuk lebih adil, sebelum raya. untuk sedikit kejam, lepas raya pun tak apa. kadang-kadang mungkin juga adil untuk jadi sedikit kejam. nanti aku fikirkan.

semalam borak-borak dengan kakak aku, dan dia pun bagi cadangan yang lebih kurang kepala aku aku jugak. jadi aku fikir tidaklah melampau sangat kalau aku bertindak macam tu.

esok cuti nuzul al-Quran. straight tiga hari cuti. bukak puasa biomed pulak postpone. balik ni aku kena buat list buku yang hendak dibaca dan movie yang mahu ditonton.

tapi jusco pun tengah sale raya.


Thursday, August 19, 2010

pukul 1 pagi

semalam, ketika jam hampir satu pagi dan mata tidak mahu lelap, aku bangun mengadap jendela. hujan mencurah. dalam suram lampu jalan, aku sayu tiba-tiba. beberapa titis air mata gugur entah kenapa.

tidak mahu terus melayan perasaan, aku buka laptop dengan niat mahu tengok movie. YM terbuka automatik, beberapa kawan masih online.

tidak jadi tengok movie, aku memilih untuk mencari teman berbual. kawan semasa di um dulu, kawan volley, dan kawan yang mula2 aku kenal semasa masuk um (satu sel semasa minggu haluansiswa).

dan dalam gelita malam dan kedinginan hujan:


NucleoluS: emm
NucleoluS: aku tpk
NucleoluS: member2 aku
NucleoluS: sume
NucleoluS: dah
NucleoluS: g bali la
NucleoluS: korea la
NucleoluS: hongkong la
NucleoluS: pahtu ajak gak aku
NucleoluS: tp
NucleoluS: aku pk2
NucleoluS: kita g tmpt2 camtu
NucleoluS: mekah tak jejak kaki lagipon
NucleoluS: ditakdirkan mati
NucleoluS: kene soal
NucleoluS: bali sampai
NucleoluS: mekah tak smpai
NucleoluS: zzzz
NucleoluS: apo nak jawab eh
NucleoluS: baik aku g sana dulu
NucleoluS: baru la g tompat laen
NucleoluS: den tanak tak terjawab nanti


pukul 1 pagi, aku teringat emak. bila masanya aku akan mengikut jejak langkah emak, dan..... cukup bersediakah aku?

Tuesday, August 17, 2010

amarah....

kadang-kadang kita hanya cakap lepas bila hati marah. kita mahu keluarkan segala dari hati kita supaya kita dapat senangkan hati sendiri. dan bila sudah sampai ke tahap itu, kita sudah tidak fikir sama ada perkataan itu akan memberi kesan kepada orang lain atau tidak.

aku bukannya terluka sebab kena marah. aku bukan terluka sebab orang marah aku bila aku buat salah. tapi aku terluka dengan perkataan yang dikeluarkan apabila marah. perkataan yang bukan ambil masa sebulan dua untuk aku lupa. perkataan yang mungkin akan diingati bertahun-tahun.

ekspresi semasa marah sudah cukup untuk memberitahu bahawa orng bahawa kita sedang marah, jadi tidak perlulah menyertakan dengan perkataan yang kita tidak akan cakap ketika kita tidak marah.

dan tolonglah, ketika marah jangan tukarkan perkataan-perkataan yang biasa kita guna dengan panggilan yang kita jarang sebut. janganlah sayang jadi awak, awak jadi kau, abang jadi saya, saya sudah jadi aku.

dan bila hati marah, suara semakin tinggi. bila suara makin tinggi, hati makin jauh. bila hati menjauh, suara lebih tinggi diperlukan, sehingga akhirnya tiada suara yang yang jadi penghubung. masing-masing sudah tidak mampu untuk menatap mata. sudah tidak mampu mengungkap kata. dan akhirnya....



dan perhatikanlah apabila hati kita berdekatan, suara perlahan mampu didengar walaupun berjauhan. semakin perlahan, serasa semakin dekat.

Wednesday, August 11, 2010

kebenaran yang pahit

antara kebenaran dan kepahitan, aku memilih untuk jujur.

Tuesday, August 3, 2010

simbiosis

aku tak tahu sekarang masalahnya ialah aku semakin pelupa atau aku semakin tidak prihatin dengan sekitar. banyak benda yang berlaku begitu sahaja. dan bila tarikh dan peristiwa berlaku dan berlalu, baru aku sedar yang aku sepatutnya ambil tahu tentang peristiwa tersebut.

sungguh menyedihkan.

minggu ni aku masih di site. mungkin sehingga hujung minggu ini. perkara yang aku rancang akan selesai minggu ni nampaknya tidak mencapai sasaran.

lagi menyedihkan aku.

dan aku rasa aku boleh detect beberapa faktor yang menyebabkan kelambatan aku membuat kerja. yang paling ketara ialah kerana aku perempuan, dan site dipenuhi pekerja-pekerja asing yang semuanya lelaki. minggu lepas aku ke site berteman. tapi minggu ini semua orang nampak busy, dan aku tak nak jadikan ke'busy'an orang sebagai sebab utama kerja aku tak siap.

jadi di pagi isnin yang indah, aku ambil 4-wall drawing, ambil room to room distribution list, ambil safety helmet, capai safety boot dan stoking, mahu naik site seorang diri.

siap aku pakai safety helmet, encik RA menegur aku, "awak nak pergi mana? naik site?"

aku mengangguk.

"seorang?"

"semua orang busy..." balas aku.

"isy bahaya tu.. kat atas tu semua bangla yang dah lama tak tengok perempuan tu..."

(perlu diingatkan di sini bahawa bukan difokuskan bahawa bangla itu semuanya berbahaya, cuma tindakan aku tu macam kurang cerdik pun ada..)

"tak payah naik sorang lah, nanti saya pun nak naik jugak. tapi tunggu sekejap..." kata encik RA tu lagi.

dan aku memilih untuk tidak degil.


kadang-kadang inilah isunya bila kerja macam ni. nak tak nak memang aku terpaksa bergantung dengan orang walaupun sedaya upaya aku cuba berdiri atas kaki sendiri. kadang-kadang terpaksa juga pinjam kaki orang untuk aku bergantung harap. walau sekuat mana pun aku cuba berdiri sendiri, aku tetap perlukan sokongan orang lain, walau dari sekecil sudut mana pun.




kita manusia memang saling memerlukan.


Tuesday, July 27, 2010

lupa daaaa.....

hujung minggu hari tu aku pergi kursus pra perkahwinan. perancangan yang tak seberapa, akhirnya jadi kenyataan. alah, kursus kahwin je, bukannya kahwin.. memang tak perlukan perancangan pun. huhu...

tapi aku gembira bila dia ajak pergi kursus. maknanya dia dah bersedia untuk menerima sebuah tanggungjawab. (bak kata ustaz yang aku lupa namanya, tak ada orang yang pergi kursus kahwin untuk tambah koleksi sijil).

dulu aku ada rancang nak pergi dengan kawan-kawan je, sebab aku nak pergi cepat-cepat sementara aku masih banyak masa terluang. kalau dah sibuk nanti susah. (tapi entah bila aku akan sibuk pun tak tahu.. huhu). tapi kawan nasihatkan supaya pergi dengan pasangan. dia kata lagi 'berkesan'. jadi aku batalkan niat nak pergi dengan kawan.

dan aku menunggu... (sebenarnya hampir terlupa)...

syukur akhirnya dia suarakan hasrat untuk pergi kursus. walaupun bukan untuk berkahwin dalam masa terdekat, tapi itu satu petanda yang dia sudah bersedia.

aku cuba cari iklan kalau-kalau ada terpampang di tepi-tepi jalan, tapi tak ada. aku tanya kawan, tak tahu. dan hari tu bila ada paper metro kat ofis, aku belek-belek, adalah empat lima iklan kursus kahwin. (aku tak pernah beli paper metro for personal purpose, kalau beli pun sebab orang minta tolong beli). lalu aku cari yang paling dekat dengan rumah aku. tak ada. paling dekat pun di bangsar. yang lain TTDI, masjid negara, dan beberapa lagi sekitar KL. memikirkan tentang kejahilan aku tentang jalan-jalan di KL, aku memilih masjid negara.

lalu aku sms kepada ustaz yang menganjurkan, memilih tarikh 24-25. langsung aku terlupa tentang hal lain yang sepatutnya berlaku hari tu.

aku ingat Uncle Salleh mengadakan jamuan dirumahnya. aku ingat hujung bulan julai. cuma aku lupa tarikhnya 24 julai.

bila buka facebook malam tadi, barulah aku ingat sesuatu yang aku langsung terlupa pada minggu lepas.

(aku di melaka minggu lepas, langsung tak ingat hal yang berlaku di KL- good escape!)

minta maaf, Uncle..

[ tim cakap aku dah tua...=( ]

dan arip, happy belated birthday...

[satu lagi keterlupaan aku - tim, u're rite =D ]

Monday, July 26, 2010

seandainya...

untuk menyesali keputusan yang aku buat setahun dulu bukanlah perkara yang bijak. untuk menyalahkan orang lain untuk keputusan yang aku buat juga bukan perkara yang cerdik.

cuma apa yang boleh aku buat ialah mencari jalan yang lain seandainya jalan aku pilih itu tidak mampu membuatkan hati aku selalu tenang dan ceria. aku tak mungkin boleh memadam detik yang telah aku lalui, cuma aku boleh mencipta detik lain yang lebih bahagia.

dan selalu terngiang-ngiang ditelinga....


....abang lebih suka kalau yang jadi pendidik.




takdir bukan pilihan kita.

Friday, July 16, 2010

rambutan merah yang rendang...

baru balik dari melaka. sekarang musim buah. boleh dikatakan setiap rumah kampung ada pokok rambutan di depan rumah. setiap hari aku lalu rumah-rumah kampung yang ada pokok rambutan. rambutan kuning, rambutan merah. pokok rambutan rendah, pokok rambutan tinggi, pokok rambutan rendang semua ada.

dan aku ini gila buah rambutan!

tapi selama dua hari aku di melaka, aku tak merasa sebiji pun buah rambutan.



tiba-tiba aku rindu kampung. sangat rindu.

(terngiang-ngiang suara ain: teh, bila teh nak balik....)


kerana menghukum diri, kadang-kadang aku terlupa perasaan orang lain.

Thursday, July 15, 2010

hijau dan hitam

hari ni kat site. nak belajar benda baru. membaca drawing dan check bilik. tapi dengan tak malunya aku masuk site tak ada green card. haha. dalam menghitung hari-hari yang sibuk dan tak sibuk, aku langsung terlupa bahawa suatu hari aku perlukan green card. awal-awal aku kerja hari tu kawan aku dah pesan awal-awal, buat green card, tapi sampai ke hari ni aku tak berapa ambil serius.

(my OSH friend, i tak masuk site ok! LOL)

lepas ni aku rasa nak cari peluang untuk buat green card. aku perlu bertangung jawab pada keselamatan dan kesejahteraan diri sendiri.

dengan cuaca panas kat sini, rasanya kalau sebulan aku stay, balik umah mesti kena perli budak hitam. haha. panas masa jalan nak ke opis lain. panas kat site pulak lain ceritanya.

alah, bukan jadi hal kalau hitam pun!


Tuesday, July 13, 2010

kaka..eh bukan, kak..

semasa menuruni tangga pagi tadi, seorang ayah berkata kepada anaknya, "adam, mari masuk rumah ni.."

jawab si anak, "bukan adam la ayah.. abang! ni abang, bukan adam.."

"abang pun abang lah," sang ayah mengalah. "mari masuk.."

si kecil, si cilik, terutama yang sulung, jarang mahu dipanggil dengan namanya. baginya suatu kemegahan apabila dipanggil dengan panggilan abang atau kakak, daripada dipanggil dengan nama betul mereka.

anak buah aku, pantang kalau dipanggil dengan namanya. "kakak la mama, bukan najihah.. mama ni kasar betul panggil macam tu.."

zaim yang cukup ganas pun, tetap mahu dipanggil abe im. kadang-kadang lawak jugak walau dimarah, "zaim, cepat sikit mandi tu!", tetap dibalas, "abe im baru je nak mandi, tadi baru gosok gigi.."

hati yang marah terus sejuk...

usahkan mengata kanak-kanak kecil, aku yang dah besar panjang pun, tetap membahasakan diri sebagai 'kak' walaupun kepada orang yang lebih tua atau dah sangat tua, atau lebih muda. pendek kata satu kampung panggil aku kak. kalau membahasakan 'kita', aku merasakan seolah-olah ada jarak dalam komunikasi tu. kata kakak aku, "dalam kampung ni kak yang paling tua, sebab orang tua pun panggil kak dengan 'kak' jugak.."

LOL!

walau ada juga yang memanggil aku nurul. aku tetap membalas dengan 'kak'. bagi aku kak tu panggilan yang paling mesra untuk aku. sebab mak aku tak pernah panggil aku dengan nama lain selain kak.

(seriously aku tak tahu dari mana wujud panggilan kak, sebab aku ada tiga orang kakak, dua orang abang dan seorang adik..whatever, yang penting aku selesa..)


Saturday, July 10, 2010

pelangi


ketika cahaya ditelan awan hitam
aku menangis dalam kegelapan
hujan mencurah tak henti
guruh berdentum memecah sunyi
petir memancar membelah langit
dan setelah semuanya terhenti
mentari muncul kembali
dan pelangi telah turun ke bumi

aku bersyukur dengan anugerah Ilahi
betapa bermakna kau disisi
aku menanti saat terpatri
sebuah janji

selamat hari lahir sayang...


Friday, July 9, 2010

happy ever after..

akhirnya siap sudah interaction yang sungguh memenatkan. berlari ke sana ke mari dengan sandal setinggi 3.6 inci, aku memang sengaja menempah sakit. lenguh habis seluruh badan.

apa pun, sebahagian dari kerja sudah selesai, tinggal untuk update sahaja. untuk suku daripada keseluruhan pakej.

koma.

weekend ni ada beberapa yang akan berlaku. antaranya kenduri kahwin roomate masa kat matrik, tapi kat johor. hari tu ada orang janji dengan aku nak pergi, tapi sampai ke saat ini masih membisu, atau pun dah lupa apa yang pernah dijanjikan, aku tak dapat nak pastikan.

satu lagi kenduri coursemate kat perak. yang ni dalam perancangan. tapi besar kemungkinan jadi lah kalau tiada aral, bersama-sama angkatan jalan klang lama. huhu

seronok dengar kawan-kawan bakal mengakhiri zaman bujang. melangkah ke alam baru yang pastinya tak sama dengan zaman kanak-kanak ribena. dianugerahkan pasangan hidup yang akan bersama dalam senang atau susah, berkongsi duka dan gelak ketawa, dan moga-moga itulah pasangan hingga ke akhir hayat.

tahniah buat ana dan pasangan, serta mohsein dan pasangan... semoga berbahagia hingga ke akhirnya...

and Dear, happy becoming birthday..

Monday, June 28, 2010

saat ini..

1.
masa dapat tau kena assessment kat kemaman 2 julai, aku rasa macam ada sedikit kesusahan, sebabnya hari itu ialah hari jumaat. jadi aku kena ambil cuti lagi. dengan cuti yang tak berapa nak berbaki, aku decide untuk ambil cuti sehari saja. jadi aku kena rush ke kemaman dengan bus pada khamis malam. trip yang paling sesuai rasanya pukul 11 malam, sampai ke kemaman 4 pagi.

4 pagi? sorang-sorang ke kemaman? pergi ke intan by public transport? by hook or by crook,i have to....kalau la aku berani gamble...

another choice, make a call to someone (kalaulah dia ada kat kemaman sekarang ni), ask to pick me up, and pukul 8 send me to INTAN.

another choice, yang akan menyusahkan ramai orang... (tak payahlah..)

2.
last friday, pagi, receive call, ada interview 2 julai kat kota damansara. hari yang sama dengan assessment.

aku minta hari khamis, miss tu cakap penuh. aku bagitau aku tak de kat KL jumaat, then dia setuju untuk arrange khamis pukul 5.30 petang...

malam have to rush to putra...

whatever...


3.
last friday, petang, ketua unit aku mintak aku pergi site, bila-bila diperlukan.


4.
hari ni, ketua unit mintak aku pergi site this week. kerja tu tak akan ambil masa sehari.


5.
saat ini, aku sedang menyusun jadual. (masih sempat menulis blog- dan tiada satu pun keputusan dibuat).


Tuesday, June 22, 2010

work program

aku sanggup buat apa kerja walaupun benda yang bukan dalam skop kerja aku. aku sanggup belajar dan mengadap benda yang sama seberapa lama, sehinggalah aku dapat hasil yang aku nak.

tapi bila tiba part work program, aku akan termenung panjang depan laptop. masa ni aku dah tak tahu nak belek fail nombor berapa, dah tak tahu nak klik folder mana.

sebagai seorang engineering graduate yang tak belajar project management tapi masuk construction, aku memang buta microsoft project. lepas tengok sikit-sikit, aku boleh la buat sikit-sikit. tapi semakin aku buat, semakin aku rasa aku buta microsoft project. jadi aku kembali buat guna excel. walaupun sangat-sangat leceh, sekurang-kurangnya aku tahu apa yang nak buat.

tapi kalau tiba part kena re-program, aku akan jadi buta microsoft project dan excel sekali gus.


esok meeting lagi.

Lalang

(dikir barat "Lalang" oleh Halim Yazid)



Lalang-lalang depan tangga
Tumbuh semace tok kiro maso
Pohon kerian penaung dio
Banyok dehe buah sokmo-sokmo

Peranga lalang baso dio
Turut ohge ikut oghe kato
Pohon kerian gagah kuasa
Kalu tebe panah laa kito

Satu hari huje pun turun ribut besar maghi
Nga kilat pelaka sekali
Musim-musim lalang kena tiup diangin ribut
Punoh habih licin tok tingga lagi

Ribut berenti
Serek huje tengok laaa sendiri
Nasib pohon lale
Kot tu kot ni dok belake oghe
Serebo tok jadi
Kito tok leh tupe

Perati pulok pohon kerian
Akar banyok dio payoh tumbe
Lenggok tengok napok rendang
Dio tok semok buah buleh make..


********

Aku kadang-kadang lebih banyak menjadi lalang, walaupun sebenarnya aku mahu menjadi pohon kerian..

Monday, June 7, 2010

kerdil

kadang-kadang bila rancangan sekian lama tidak menjadi kenyataan, hati mula menjerit marah.

tapi bila difikir-fikir, siapa yang mahu merosakkan rancangan yang telah disusun rapi.

ya, kita hanya mampu merancang. ketentuan tetap di tangan Yang Maha Esa.

kekerdilan sebagai insan, kita perlu akui.

Wednesday, May 26, 2010

Hello, ini Malaysia, bukan tanah besar China.

aku membesar di Kota Bharu.


aku belajar di Kuala Terengganu.

aku belajar di Kuala Pilah.

aku belajar di Pantai Dalam.

aku belajar di Parit Raja.

aku bekerja di Petaling Jaya.


walaupun saya telah pergi ke lima tempat, saya masih ingat yang lima itu.

ok, tiada kaitan. lupakan.

tapi walau ke ceruk mana pun aku pergi, yang betul-betul aku masih ingat, aku masih berada di malaysia, masih dikelilingi orang melayu yang bertutur bahasa Melayu, masih berada di negara yang bahasa kebangsaannya ialah bahasa Melayu. diulangi: bahasa Melayu.

oleh kerana bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka menjadi kewajipan setiap warga untuk boleh bertutur dalam bahasa Melayu. dulu masa buat thesis, kebanyakan subjek kami (aku masma dan syasya) ialah auntie cina. kadang-kadang aku tercakap bahasa Inggeris dan auntie cina itu terkebil-kebil. oh, aku ingat kan aku berada di New Castle. bila aku bercakap bahasa Melayu, barulah auntie tu mengangguk-angguk.


aku suka bila dengar cina cakap dengan India, bertutur dalam bahasa Melayu, walaupun tunggang terbalik. sebab mereka ialah Cina dan India, bukannya Melayu.sebab datuk nenek mereka berasal dari India dan Tanah Besar Cina, bukannya tanah Melayu.

tapi yang aku tak dapat terima ialah bila yang ada bin dan binti antara nama mereka dan ayah mereka, yang datuk nenek mereka berasal dari tanah Melayu, juga bercakap tunggang terbalik, macam mereka dibesarkan di India dan China juga. sungguh aku tak dapat terima.

ayat yang elok-elok sepatutnya berbunyi: macam tu ke?
tapi dah jadi: itu macam ka?

ayat yang elok-elok sepatutnya berbunyi: dia suka buat macam tu..
tapi dah jadi: itu orang aaa.. suka buat itu macam... ayoyo..


dan macam-macam lagi ayat yang aku malas nak ingat.

ayat-ayat itu dituturkan oleh orang yang ada binti kepada orang yang ada bin.


aku ingat satu ayat daripada Jimmy: kita semua orang Malaysia, tolonglah cakap bahasa Melayu.

Monday, May 24, 2010

akukah yang bersalah?

seorang kawan yang dah lama tak ketemu menegur di YM, mengajak keluar, sebab sekarang dia ada kat KL. memandangkan dah lama tak bersua (kali terakhir semasa aku tahun pertama) jadi aku bersetuju, cuma kekangan masa. kalau weekend biasanya aku ok, cuma kalau weekdays susah sikit.

sembang punya sembang, akhirnya keluar kata sepakat, pergi Cameron Highland. aku beritahu dia, ajaklah kawan seorang (kitorang) lagi dan aku fikir untuk akan ajak kawan aku. dia cakap buat apa nak ajak orang lain, pergi berdua cukup lah.

aku memang tak akan pergi berdua dengan dia sejauh itu. kalau setakat KLCC di hari sabtu, rasanya tak menjadi masalah lagi. tapi untuk pergi sejauh Cameron Highland berdua, aku tak akan khianati kepercayaan orang pada aku.

aku cakap, takkan la nak pergi berdua je..

jawabnya, habis tu buat apa nak ajak orang lain..

balasku, bukan orang lain, ajak kawan kita la (i mention our friend's name)..

dia tanya lagi, mu nk go ko dop ni..

aku tanya jugak, mu serius ke dop ni..

dia jawab, masa aku serius ni, mu main-main..

aku balas: ok, aku serius, kalu nak gi, takleh gi dua-dua..


aku berterus terang yang sepatutnya. yang aku fikir dia dah tahu selama ini. yang dah aku terangkan beberapa lama dulu. dan dia juga pernah cakap yang dia dah ada gf, dan akan kahwin tidak lama lagi.


selepas beberapa lama, dia akhirnya bersuara kembali: aku ingat mu tak dok bf... tak po lah gitu gak..



dan selepas itu dia terus diam. berapa banyak yang aku taip pun, tetap tidak berbalas.

Sunday, May 23, 2010

sungai congkak airnya keruh..

semalam pergi sg congkak bersama-sama dengan coursemate. minggu lepas bersama-sama dengan kawan-kawan praktikum matrik. dua minggu lepas di penang, dan minggu sebelumnya di lumut. sehinggakan abang sempat perli, minggu depan nak pergi mana, mesti dah ada dalam plan ni, cuma tak nak bagitahu...

aku hanya ketawa. tengoklah nanti...

sebenarnya aku tak mahu hujung minggu aku dihabiskan dirumah. bila aku asyik dirumah, macam-macam perkara yang terlintas di fikiran yang boleh membawa kepada kemurungan, jadi aku perlu cari seseorang atau beberapa orang yang boleh mengisi masa terluang aku, supaya aku merasakan hidup bukanlah lembah kesunyian.

trip ke sg congkak pun dirancang last minute. tapi aku cukup gembira. dan harap-harap orang lain pun turut merasai kegembiraan itu.

bertolak selepas hujan, lebih kurang pukul 11.30, sampai di sungai congkak ketika azan zohor berkumandang. air sangat keruh dan deras sebab baru lepas hujan. lepas makan, sembahyang zohor, barulah mula merasai kedinginan air. ya, memang dingin. memang sejuk. sya sampai fikir empat lima kali sebelum turun.

air yang sejuk di tambah lagi dengan aliran air yang deras, walaupun sedikit keruh, aku memang sangat teruja. penat melawan aliran arus tak terasa. apatah lagi banyak cerita tersimpan yang menunggu untuk diluahkan kepada tim, aku tak tahu berapa lama aku dalam air.

sehinggalah bila dah dalam perjalanan balik, barulah terasa penat dan letih. balik rumah, pukul 8 aku dah rasa mengantuk. belakang dan bahu lenguh tidak terkira. aku mencari Salonpas, kot-kot masih ada dalam simpanan. tak ada. aku belek-belek kotak, kalau-kalau analgelsic pain relief masih ada. juga tak ada.

bila ada yang mula membuka mulut, 'tu la masa main air tak ingat, bila malam baru lah rasa sakit..' aku buat tak peduli. haha.. yang penting macam mana nak tidur dengan aman.

akhirnya aku dapat idea yang tak berapa praktikal, tapi cukup untuk masa kritikal. aku panaskan air, tambah sikit air sejuk, aku tuang dalam botol mineral. dan botol mineral suam itu aku tuam kat tempat yang lenguh-lenguh. sedikit lega...

dan barulah boleh tidur lena..


sehinggakan aku tak sedar berapa lama phone bercakap sendiri, seorang diri...






(apai, nani- aku curik gambo korang eehh..)


Thursday, May 20, 2010

isyyy...

dua tiga hari lepas ketika naik tangga menuju ke ofis arkitek di tingkat 3, dan seteruskan ofis aku di tingkat atas sekali, jai yang sedang membuka pintu ofis arkitek menegur.

"az, sejak-sejak awak kerja kat sini, ada tak turun 20 kilo?"

cetttttt.....

jai memang sengaja mahu mengusik emosi aku pagi-pagi hari ni.. tapi jai, kata-katanya tak pernah aku ambil hati.

"isy jangan mengarut lah, saya maintain je dari dulu sampai sekarang."

"tak delah, awak makin kurus sekarang."

aku tengok jai betul-betul. jai ni lupa pakai spek ke apa?


dalam perjalanan menuju ke ofis aku (macam jauh je, padahal beza satu tingkat je) aku cuba mentafsir kata-kata jai..

dulu: masa mula-mula masuk kerja, aku suka pakai baju kurung.

sekarang: bila dah makin lama kerja, aku suka pakai kemeja. baju kurung jarang sekali. kalau ada pun boleh dibilang dengan jari..

kesimpulannya: baju aku yang makin kecik. bukan aku yang makin kecik.

(bawak-bawak insaf la azma....)

hari tanpa kafien

dua hari lepas aku berusaha untuk melalui hari tanpa meminum kopi atau nescafe atau teh atau white coffee atau apa jua yang menyumbang kafien dalam menu harian aku. dan aku berjaya untuk sekalian kali.

semalam aku cuba lagi.

pagi aku makan roti wholemeal dan milo. biasa pagi aku minum nescafe.

tapi lepas lunch, aku rasa serba tak kena. rasa gelisah, tak senang duduk. tekak aku masih mengharapkan secawan nescafe 3 in 1 regular. dan tanpa merasa bersalah kepada diri sendiri, akhirnya aku khianati janji.

dulu kadang-kadang aku minum kafien dua kali sehari. pagi nescafe dan menghampiri malam kopi hitam.

dan aku suka minum white coffee yang pekat. tapi last sekali aku realize, badan aku tak dapat terima kandungan kopi yang terlalu pekat. terasa sakit dada. jadi aku hentikan minum white coffee. cuma sekali sekala bila teringin nak minum, aku minum juga. tapi tidaklah sekerap dulu.

dan sekarang aku cuba gantikan coffee dengan green tea.

satu lagi tabiat aku suka makan seafood. memang favourite dari dulu sampai sekarang. sedangkan makanan-makanan itulah yang menyumbang kandungan toksik dalam badan. sekarang aku cuba imbangkan dengan pengambilan antioksidan. tapi itu pun susah nak disiplinkan diri. kadang-kadang buat-buat terlupa.

sekarang tambah lagi dengan masalah kemudahan untuk bersenam (yang menyumbang kepada kemalasan), lagi lah badan aku tak seimbang.

dulu aku macam tak kisah sangat dengan food intake. sebab aku selalu seimbangkan dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. jadi heart rate aku kekal 65-75bpm (walaupun berat badan tak turun-turun). tapi sejak-sejak lari dari hospital ke construction, aku dah sangat lama tak check HR aku. dah lebih setahun. rasanya dah sampai lebih 80, even worse, mungkin lebih 90. gosh!

dan hari ini, aku mulakan lagi misi hari tanpa kafien.

semoga lebih berdisiplin, azma.

Wednesday, May 19, 2010

baby step

menyerah bukan bererti kita sudah kalah. menyerah bererti kita berundur setapak, untuk mencari jalan lain yang lebih sesuai, kalau-kalau kita sudah 'ter' pilih jalan yang kurang sesuai sebelum ini.

menyerah bukan bererti kita sudah tewas. menyerah bererti kita menerima realiti bahawa sekuat mana pun kita berusaha, sehingga ke titik akhir sekali pun, jika perkara itu bukan milik kita, maka kita harus melepaskan ia pergi.

menyerah bererti, sekuat mana pun kita, segigih mana pun kita, sekental mana pun kita, sebijak mana pun kita, kita masih lagi terikat dengan Qadar dan Qada'.


menyerah itu bukan bererti kita tidak boleh mula melangkah sekali lagi.

mulalah melangkah, walaupun sekecil langkah bayi.


Tuesday, May 18, 2010

kakak aku yang seorang itu.

semalam, 17 mei, birthday anak buah aku ain.

sepanjang hari aku duk tengok tarikh 17.05.10, tapi aku lupa apa dia yang berkaitan dengan tarikh tu. sehinggalah pukul 10 lebih, barulah aku ingat, rupanya birthday dia. biasanya kalau ada apa-apa dia akan remind, tp semalam dia tak remind pulak. jadi walaupun dah pukul 10, aku call jugak. call handset dia, tak berjawab. call handset mak dia alias kakak aku, kakak aku yang jawab. biasanya ain yang akan jawab dulu.

kakak aku cakap ain dah tidur.

aku sebenarnya tak nak call handset kakak aku. sebab aku dah tahu apa yang akan berlaku. alang-alang dah tercakap, borak-borak sekejap. cerita itu ini dan begitu begini.


cakap dengan kakak aku, samalah seperti cakap dengan mak aku. kalau dengan mak aku cakap ya, dengan kakak pun aku akan cakap ya. kalau kakak cakap kena buat itu, maksudnya arahan tu macam arahan dari mak. kakak aku itu pengganti emak yang tiada tara. untuk cakap tidak pada kakak, aku rasa seperti mengkhianati emak. kakak aku yang tak pernah tahu penat lelah. kakak aku yang jarang untuk berkata tidak untuk apa jua permintaan aku. kakak yang selalu buat aku menangis mendengar kata-katanya. dan kakak yang tak akan aku khianati.

kakak aku yang seorang itu.


dan permintaannya kali ini, benar-benar buat aku di persimpangan.

Monday, May 17, 2010

never say no!

(before u're really confirmed that it is NO!)



last week project manager (PM) call, suruh colleague aku bawak fail TSA OT light untuk mock-up next monday (which means today). aku pantas tanya, fail tu ada kat mana?

fail tu ada kat sana (office aku), jawab PM.

aku fikir-fikir. setahu aku fail tu tak de kat office aku.

rasanya tak ada kat sini, jawab aku.

tak apalah, kalau takde, suruh dia call saya, balas PM.

biasanya setiap fail keluar masuk aku akan register dalam log aku, atau pun register secara maya dalam kotak fikiran aku. dan setakat ni register tu tak pernah failed. jadi aku sangat confirm fail tu takde kat office aku. must be somewhere else, but not in my office. dan dengan sangat confident, aku langsung tak check rak fail.

aku bagitahu colleague aku, call PM tu balik tanya kat mana fail tu.

dia call, dan PM still cakap fail tu ada kat office aku.

datang office hari ni, aku tanya lagi, dah tanya ke PM, fail tu kat mana.. memang tak ada kat sini la..

hari ni, colleague aku terus pergi mock-up tanpa bawak fail tu. (kan fail tu tak de kat office aku!)

nearly 5.15, collegue aku call. azma, PM cakap memang fail tu ada kat office kita..

ada kat mana? siapa bawak datang sini? bila masa? soal aku bertubi-tubi sambil bangun menuju rak fail. (aku baru terbukak hati nak cari betul-betul, bukannya melalui memori aku semata-mata)

entah, tapi PM cakap memang ada kat sini (office aku), balas colleague aku.

fail macam mana?

folder biasa jek..


dan mata aku tertancap pada fail yang dah lama aku tak berapa ambil peduli. fail yang tersusun kemas dibawah fail yang selalu aku bukak.

aku belek-belek fail yang tersusun kemas itu, yang selama ini aku tidak ambil peduli.. dan tertera:

"OT LIGHT"



memori aku perlukan reformatting..

Friday, May 14, 2010

learning

kita belajar dari kesilapan. kita banyak belajar apabila kita buat silap. kita selalu belajar apabila kita sedar bahawa kita sudah melakukan kesilapan.

ya, itulah kebiasaannya.

tapi adakah kesilapan itu cukup untuk menutup sebuah kekecewaan?





kadang-kadang tidak.

Saturday, April 24, 2010

cermin

1.


kita adalah apa yang kita baca. nak tak nak kita terpaksa setuju bahawa bahan bacaan itu ialah cermin kepada peribadi kita. kalau kita jenis orang yang baca URTV dan HAI, maka URTV dan HAI-lah perangai kita. jika kita orang jenis yang baca REMAJA, maka remajalah perangai kita. dan kalau kita tengok orang yang hidupnya berdamping dengan al-Quran, maka peribadinya pun turut mengikut panduan dalam al-Quran.

dan baru-baru ini aku betul-betul teruja melihat kawan aku yang selama ini setiap bulan mencari majalah URTV di kedai runcit, tiba-tiba sudah mula memegang majalah SOLUSI. dan aku tak mahu komen banyak-banyak terus didepannya. mungkin dia sudah mula menyedari, hidup bukan sekadar URTV dan HAI. hidup bukan sekadar sebuah gosip dan fitnah. hidup bukan sekadar MELODI dan TERJAH. hidup lebih dari itu.


aku sendiri sudah lama tidak mengabdikan diri pada buku. buku dari pesta buku masih ada yang tak disentuh.

hujung minggu ini, rasanya nak belek buku Project Management.


2.

semalam, Zila, coursemate aku datang dari kedah. jadi berkumpullah kami 11 orang yang tak terikat dengan apa-apa komitmen pada masa itu. makan di SS2, kedai makan yang agak glamour untuk makan sekali sekala bersama kawan-kawan setelah lama tak jumpa. yang lain semua kawan-kawan yang memang ada kat KL. seronok bila bertemu sekali sekala. keseronokan yang tak boleh didapati dalam facebook, friendster atau pun YM.

seronok bila dapat bergelak ketawa berkongsi cerita.

dan aku rasa tradisi tu tak akan dapat diteruskan lagi dua tiga tahun akan datang. sekarang dah ada dua tiga orang yang bertunang. masih boleh lagi keluar malam bersama kawan-kawan. dan dalam masa dua atau tiga tahun lagi aku rasakan semua orang akan berubah status. dan pada masa itu, dah tak ada masa untuk semua itu. kalau ada pun susah untuk kumpulkan semua orang.

dan di bawah ialah beberapa gambar semasa ke bagan lalang minggu lepas.



foto-foto diambil dari koleksi zahrin tanpa kebenaran =)


........dan aku sangat menikmati nikmat sebuah persahabatan di samping mereka. terima kasih kawan.


3.

dan aku juga tak nafikan kawan-kawan itu ialah cermin kepada diri kita. nak kenal seseorang itu, kenallah kawan-kawannya. InsyaAllah kita tak akan tersilap tafsir.

Wednesday, April 14, 2010

seorang pesalah.

tiba-tiba rasa bersalah..

sangat bersalah.




.....

Thursday, April 8, 2010

ayuh!

pernah aku katakan, anything could happened..

dan dia membalas dingin, then kalau macam tu tak apalah...

aku dapat membaca kedinginin itu dan aku menerangkan, anything is things that out of our control. not the things from u and me. maut menjemput tak kira masa, ajal datang bukan kita minta...

balasnya, habis tu tak menyesal kalau tak sayang betul-betul?


...dan ayatnya yang terakhir itu betul-betul buat aku berfikir. sangat panjang.



aku telah mengetahui, sayang yang terlalu dalam itu boleh membawa kepada duka yang sangat panjang.


aku sedar dan mengerti, cinta manusia cinta sementara. cinta manusia boleh berubah sekelip mata. cinta manusia cinta dunia. dan cinta manusia banyak dipengaruhi material.

tapi cinta kepada manusia juga boleh membawa kepada cinta yang hakiki. memimpin ke arah cinta Ilahi.


zaman cinta kanak-kanak, kita cinta kerana mata kita suka melihat.

cinta remaja, kita mula merasai dengan hati.

dan cinta bila dewasa, kita cinta kerana kita merasakan ia sebuah tanggungjawab. dan kita mula bercinta dengan menggunakan akal, bukannya pengaruh hati semata-mata.


mungkin sekarang aku agak pesimis. mungkin juga pengalaman kegagalan cinta sesama manusia yang membuatkan aku takut untuk bercinta lagi.


cinta berlandaskan akal bukan cinta yang datang dan pergi sekelip mata. dan aku tidak mahu lagi cinta yang datang sepantas helang, pergi sederas kuda belang. biarlah cinta itu menghembus seperti angin petang. perlahan. cukup perlahan, tapi menyamankan. biarlah cinta itu seperti deruan air di jeram. tenang dan menyejukkan. tetap berterusan. deruannya mendamaikan. dikelilingi hijau yang indah. kadang kala tetap ada ganasnya, apabila hujan dan ribut menjelma. tapi selebihnya ia tetap mendamaikan.



dan aku juga memahami, tanpa cinta kita akan mati.



pada aku, cinta yang kita puja dan damba itu, biarlah cinta yang halal.


ayuh kita bercinta!

Sunday, April 4, 2010

jangan terus menangisi susu yang tumpah...

Kita terlalu cepat melatah bila didatangkan dengan ujian dan dugaan. Kita pantas meletakkan sebagai hukuman, sedangkan itu sebenarnya adalah anugerah. Kita pantas mempersoalkan kenapa kita seorang diuji, sedangkan orang lain masih boleh berbahagia. Kenapa kita seorang yang harus berduka sedangkan orang lain masih boleh bersuka ria.

Ketika itulah hati jahat mula menjentik, mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah.

Cepat-cepatlah beristighfar hati…

Kadang kala kita tidak sedar, bahawa kedukaan yang kita hadapi itulah pintu kepada sebuah kebahagiaan hakiki.

Kita terlalu lama menangisi susu yang tumpah, sedangkan kalau dibiarkan terlalu lama tidak berusik, susu itu akan basi juga. Tapi kita tetap merintih. Kenapa susu itu perlu tumpah. Kita tidak sedar bahawa Tuhan telah menakdirkan bahawa susu itu perlu tumpah pada masa itu, dan sememangnya Tuhan tidak menakdirkan susu itu untuk kita. Mungkin ada bakteria dalam susu itu, mungkin dengan minum susu itu kita boleh jadi sakit perut, mungkin dalam susu itu ada racun, atau pun mungkin juga susu itu telah dimasuki cicak tanpa kita sedari. Tapi kita terus menangis. Susu itu telah tumpah.

Kita tidak tahu mungkin selepas susu itu tumpah ada jejaka tampan yang datang menawarkan susu lain untuk kita. Mungkin juga kita akan dapat susu yang lebih sedap dari susu yang tumpah itu. Mungkin juga kita akan dapat susu berperisa strawberi atau pun coklat, berbanding susu yang tumpah tadi ialah susu yang kosong sahaja. Walaupun kita merasakan susu yang tumpah itu adalah susu yang paling sedap, kita tak tahu bahawa ada susu lain yang lebih sedap.

Tidak kiralah berapa lama kita menunggu untuk meminum susu tersebut, untuk menunggu susu tersebut berada dalam gelas di depan kita, tidak kiralah berapa lama kita telah mengidam susu tersebut, atau pun susu tersebut telah menjadi minuman kegemaran kita setelah sekian lama.


Hakikatnya sekarang, susu tersebut telah tumpah.



Dan adikku, susu bukan hanya segelas. Dan bukan hanya ada susu, milo pun ada, hot choc pun ada.. White coffee lagi la sedap….

Friday, April 2, 2010

kadang-kadang jawapan itu tidak perlu...

pagi-pagi, bila aku turun tangga, selalu ada sorang uncle cina, bersinglet putih, seluar pendek putih, sedang mendukung seorang bayi yang selalu memaki baju dan seluar putih juga. rambut uncle itu juga berwarna putih.

kalau bertemu pandangan mata dengannya, selalu dia tersenyum. aku turut tersenyum dan dia mengangguk. kalau dia berada didepan tangga atau ditepi jalan, kadang-kadang dia ucap selamat pagi. kalau dia didepan rumahnya ditingkat satu, dia hanya tersenyum.

aku suka tengok uncle ni. senyumnya polos. dan aku rasakan hidupnya bahagia, dengan seluar pendek putihnya, dengan singlet putih, cucu berbaju putih, dan rambutnya yang putih. aku tahu hatinya juga seputih itu.



masa berjalan balik kerja di lorong belakang, aku selalu terserempak dengan seorang aunty cina berambut putih, yang tua. sangat tua sebenarnya. dia selalu menaiki basikal. dan belakang basikalnya penuh dengan kotak-kotak buruk, kadang-kadang baru. kadang-kadang berikat kemas, kadang-kadang diselit macam tu saja.

kalau ditengok semasa dia naik basikal, tak ada beza sangat dia dengan orang lain. tak ketara sangat ketuaannya berbanding dengan uncle bersinglet putih. tapi kalau dia sedang berjalan sambil mengutip kotak di tepi longkang, sangat jelas bahawa aunty itu jalan kepalanya lebih rendah dari belakang. mungkin bongkok dua atau tiga, aku pun tak tahu. tapi memang sudah sangat ketara ketuaan dan kepikunannya. dan dengan belakang yang bongkok dan sebongkok itu, dia masih mengayuh basikal buruk mencari kotak di tepi longkang dan tong sampah.

serius aku sangat tersentuh, dan aku tak sanggup tengok aunty tu. rasa sangat sayu. kalau aku tengok aunty tu sedang kayuh basikal, aku akan cari jalan lain, supaya aku tak nampak dia lagi. dan perkara yang terlintas di fikiran aku setiap kali aku nampak aunty tu: dimanakah anak-anaknya, keluarganya? dan dia tidak ada cucukah untuk didukung, atau tak adakah cucu yang akan mendukungnya di sebalik kepikunannya itu?


uncle dan bersinglet putih dan cucu berbaju putih, menghabiskan sisa hidupnya dengan penuh senyuman.


dan aunty berambut putih, dalam usia sebegitu, dia masih mengayuh basikal buruk mencari kotak di tepi longkang. bilakah dia akan mula hidup bahagia sebelum ajal menjemput? atau pun mungkinkah itu erti kebahagiaan baginya?


hidup di dunia kadang-kadang tidak memerlukan jawapan.