Pages

Thursday, December 31, 2009

2009

2009 datang ketika 2008 melambai pergi.

datang yang tidak aku sambut. datang yang tidak aku undang. dan aku mula menerima 2009 sebagai sahabat. berkongsi duka dan tawa. bertukar menjadi sayang. 2009 kulalui dengan senyuman.

dan belum pun 2010 mengetuk pintu, 2009 mahu pergi. pergi meninggalkanku.

"i do this for u. entirely for u."

kenapa 2009 harus pergi. sekurang-kurangnya tunggulah 2010 datang.

aku kehilangan 2009. sangat kehilangan.

Wednesday, December 30, 2009

tahun 2009 yang menawan..

januari- februari...

aku masih di parit raja.. bercinta dengan kesederhanaan... dan belajar erti kepuasan hidup... banyak kata-kata pedas yang menyentuh hati.. dan aku sedar, aku bukan insan sempurna.. terlalu jauh dari kesempurnaan..

"azma can u please do not make any negative perseption? it's not good my friend..."

sampai bila aku tak akan lupa kata-kata ini.. terima kasih ramu..

dan juga kawan-kawan INSEP yang tak pernah aku lupa..

feb-mei...

praktikal di HRPZII.. bertemu lagi dengan insan-insan berkot putih melilit stetoskop dileher.. aku kembali diburu dejavu..

praktikal kali kedua di hospital, aku dah jadi taiko! dah pandai bukak mesin sendiri, dah pandai pegi response dan dah berani bukak defib! terima kasih untuk kawan-kawan Unimap dan radi KB..

mei-julai..

menjadi penganggur profesional di rumah...
cuba mengindahkan kesunyian menjadi satu kedamaian..

"kak, ada ore nak masuk tengok.." KOMA

julai 15.
kali pertama dalam hidup, aku menjadi orang berkerjaya!

aku belajar apa itu tanggung jawab. sangat berat!

ogos 11.
konvo INSEP. diploma selepas ijazah? what ever...






hari seterusnya berlalu tanpa peristiwa yang boleh menjadi sejarah..

dan aku menjalani kehidupan bahagia di PJS1, dengan sudut pandangan yang sedikit berbeza.

dan kehilangan ibu tercinta tetap terasa. masih terasa. semoga emak bahagia di sana...

2010 yang bakal tiba.. aku sambut dengan senyuman paling manis...

manis ke??? haha.. sekurang-kurangnya aku sudah pandai untuk tersengih =))

WelCOME 2010!!!

big BOY dont cry

bila aku raise kan isu, "ok what, lelaki menangis..."

kawan-kawan lelaki aku terus membantah,"hey azma nak ke lelaki yang face problem terus menangis.. lelaki apa macam tu..suppose dia jaga u tapi u yang kena jaga dia.. haha..."

"bukanlah yang setiap masa macam tu, at least kalau sekali sekala menangis tu, normal la.."

tapi bagi diorang sesetengah lelaki yang kononnya 'macho', lelaki mesti tak boleh nangis (eh macam lirik superman la pulak...)

no la, bagi aku, it's ok for man to cry. bila rasa beban tak tertanggung, alirkanlah air matamu, dan masalah terasa akan mengalir bersama-sama dengan air mata itu. lelaki yang menangis membuktikan dia masih ada perasaan, masih ada sensitiviti untuk diri sendiri dan orang lain.

hati manusia bukan kayu, bukan batu, bukan tanah kong, bukan dumb bell, bukan tayar kereta, bukan lah beam bangunan.. yang mesti selalu kukuh, yang mesti selalu menyokong orang lain... kadang kala, hati lelaki juga boleh terluka..

dan bagi aku yang pernah menangis itulah lelaki yang masih mempunyai perasaan..

tapi kalau lelaki menangis because of u, siapa yang tak punya perasaan sebenarnya?

Monday, December 28, 2009

what ever it is...

dulu aku penah tanya kawan aku macam mana dia dapat keje yang dia duduki sekarang...

dia cakap, masa interview, interviewer tu tanya apa yang dia boleh buat for that company..

dia jawab, what ever it is.. if machine rosak, i will take off my jacket and will go to the production line.. if my secretary or clerk on leave, i will do photostating.. if bla.. bla.. bla.. dan bla.. bla..

aku gelak memanjang..

sekarang, dia tak akan balik kerja kalau jam bukan pukul 11 malam. kalau dia balik pukul 8 aku rasa cam sesuatu yang pelik...

never say no to your bos, pesannya ketika first day aku start kerja.

sekarang aku rasa title aku langsung tak kena dengan kerja aku. tapi sebagai first starter aku sangat bangga bila bos panggil, azma, masuk meeting M&E.. azma, catat minutes ID.. azma itu dan azma ini.. walaupun aku menjadi orang yang paling blur dalam meeting sebab tak tahu pape, hantam saja lah...

sebagai orang yang baru menjejak ke dalam sepak terajang construction, aku memang perlu belajar dan memberi perhatian lebih daripada expertise2 yang ada kat opis aku.. jadi kalau orang suruh buat apa-apa aku tetaplah berbesar hati...

never say no to your boss, azma...

what ever it is...

Sunday, December 27, 2009

malaySIA Truly aSIA

"malaysia truly asia," kata seseorang dalam yahoo chat. kalau aku tak silap dia orang belah-belah asia tengah.

how do u know? balasku.

"i heard on tv."

nampaknya berjaya jugak kempen kerajaan mempromosikan malaysia di mata dunia.



pagi menjelang tengah hari tadi..

aku keluar dengan housemate aku, tujuannya satu. nak ke putra untuk beli tiket balik kelantan new year nanti. masa tengah tunggu komuter kat stesen mid valley, tetiba muncul timbul idea gila.

"jom kita pergi seremban nak? nanti tanya kawan akak dia free tak."

kawan aku duduk di senawang. niat dihati nak suruh dia bawak jalan-jalan di seremban. rupanya dia tak free. kuciwa hatiku.

so kitorang masuk the mall. keluar the mall.

naik star. turun star.

pergi masjid jamek. balik masjid jamek.

masuk semua house. keluar semua house.

berapa banyak kedai aku tawaf hari ni. tangan masih kosong. memang niat aku sebenarnya tak nak beli apa-apa pun. haha.

nak dijadikan cerita, balik terus naik bas dari pasar seni. tak apalah jalan jauh sikit, sebab kalau naik putra pun tetap kena jalan. dari jalan sikit lebih baik jalan banyak.

aku naik awal-awal lagi, cari tempat duduk. kawan aku tolong bayar. sedang kami enak-enak duduk menunggu abang driver mula gerak, tetiba dengar bising kat depan. aku ingatkan abang driver marahkan orang yang beratur ke apa. sambil tengok sambil dengar pastu...

"tuih!!!" sungguh kurang ajar orang itu. aku ingatkan dia meludah abang driver. abang driver itu terus bangun, tolak-tolak orang itu, yang merupakan brader indonesia. brader indonesia itu masih bising-bising, tapi aku tak dengar butir-butirnya. rupanya brader itu mahu pukul seseorang yang dia ludah tadi. tapi aku masih tak paham jalan cerita.

dalam kalut-kalut abang driver menenangkan brader indon itu (
walaupun orang indonesia marah dipanggil indon, tapi aku nak panggil jugak sebab brader itu sudah berlaku kurang ajar disitu), terkedek-kedek keluarlah sorang kakak sambil menyapu mukanya. bekas ludah brader itu. dia cakap-cakap omputih. tiba dekat kawan dia, barulah aku tahu dia kakak filiphina. brader indon tu tetap kejar kakak filiphina, nak pukul, tapi mujurlah abang driver yang macho tu masih pegang brader indon.

orang dalam bas ramai yang terdiam. ada jugak yang turut menenangkan brader itu,'
relaks la bang.' tapi brader kurang ajar itu mahu ke belakang mahu bersemuka dengan kakak filiphina sambil ditarik oleh abang driver.

sampai turun bas, aku tak tahu apa sebabnya jadi gaduh camtu sekali. tapi
memang sangat sangat sangat kurang ajar meludah ke muka orang tak kira siapa pun orang itu! indon itu memang kurang ajaran yang teramat!!

dah la datang negara orang, gaduh pulak sesama pendatang jugak. malaysia truly asia. semua perangai orang asia boleh didapati di Malaysia.

dalam bas tadi, memang dipenuhi orang asia pelbagai bangsa dan agama. sebelah aku pakistan, depan macam bangladesh, hujung sana indon, tepi situ filiphina, tepi tingkap macam dari asia barat. pendek kata memang mewakili semua kawasan di asia. memang yang terbaik!

tapi kalau perangai masing-masing tu baik tak apalah jugak. aku suka untuk membalas sapaan orang yang berbudi bahasa, tak kiralah dia tu indonesia yang masih memakai kopiah jawa atau pun filiphina yang masih tak tahu cakap melayu. aku masih boleh consider asalkan orang itu masih tahu berbudi bahasa.

dulu aku suka pergi seremban naik komuter. rumah kakak aku kat senawang. masa dalam komuter sangatlah ramai brader dan kakak indon. as long as diorang tak kacau aku, aku tak kisah, walaupun diorang suka cakap kuat-kuat hingga satu coach dengar.

suatu hari aku duduk dikerusi paling tepi, yang mengadap tengah. disebelah kiri aku brader indon, kiranya dia membelakangi aku sebab dia duduk dikerusi yang mengadap depan.
(boleh bayangkan. tak boleh? tak payah bayang..) yang aku nak cerita kawan dia yang duduk sebelah kanan aku. dengan selambanya dia merehatkan sikunya dikerusi brader yang disebelah kiri, sehinggakan ketiak dia betul-betul di depan hidung aku. gosh! aku terus tutup hidung dan buat muka marah. dia tetap tidak paham. memang orang ini sangat kurang adab!

didepan aku pakcik indonesia yang memakai kemeja dan menyikat rambut kemas. lalu dia menegur brader kurang ajaran itu dalam bahasa indonesia yang maksudnya lebih kurang, "saya pun orang indonesia, tapi tunjukkanlah sifat sopan. dia (aku le tu) tak suka kamu buat macam itu."

mungkin malu, mungkin marah, brader itu terus menurunkan tangannya. aku lega. aku senyum pada pakcik tu, tanda terima kasih.

satu lagi peristiwa yang kau tak lupa, masa tengah tunggu kakak aku kat stesen bandar tasik selatan. kali ni bukan indon, tapi aku didatangi brader afrika. rambut kerinting pendek.

memang tabiat aku, sebelum pergi sungai besi , (masa tu aku kat UM), aku akan singgah kat la Boheme dan beli roti italian hotdog, buat alas perut sebelum tiba rumah kakak aku. tengah tunggu kakak aku, makanlah roti tersebut. memang aku tak bawak air. dan brader tersebut yang dari tadi memerhatikan aku (perasan betul aku!), menawarkan, 'can i get u some water?'

aku senyum. no thanks.

'but u must be thirsty.'

kurang asam betul orang ini. dah aku tak nak, tak nak lah.

dia berkeras nak belikan aku air, tapi aku lagi keras, dan aku berjaya. nak nye nanti dia jampi air tu mati aku.

'are u malaysian?'

pertanyaan tak masuk diakal. tapi aku jawab jugak, yes, i'm malay...

'but u look like iranian..u are very beautiful..'

haha.. haha.. dan haha

no, i'm malaysian.

pot pet.. pot pet... dan dia tanya, u have boyfriend? aku jawab yes walaupun tak ada.

dan kesimpulannya, dia mintak nombor aku, nak jadi kawan aku, atau setepatnya nak jadi boyfriend aku, walaupun aku cakap dah ada. adakah memang orang-orang macam ini kurang asam garam?

bersungguh-sungguh dia mintak nombor aku.

aku cerita kat kakak aku, gelak berguling-guling dia. cet, dia yang lambat, dia pulak yang gelak.

malaysia dipenuhi orang-orang pelbagai bangsa pelbagai agama dengan pelbagai gelagat dan cerita. kadang-kadang boleh jadi bahan jenaka. namun banyak yang mengundang nestapa.

yaduiiii... malaysia memang truly asia....

den kayo!

pernahkan kau terfikir, macam mana untuk jadi kaya dalam sekelip mata?

untuk tak tipu, aku selalu berangan-angan untuk jadi kaya sekelip mata. contohnya menang peraduan TM 1juta (tapi aku tak pernah masuk peraduan tu), ataupun orang masukkan dalam akaun kita seribu sehari. ataupun tetiba bos tetiba baik ati nak bagi bonus 12 bulan, ataupun anak teruna bilionair ajak kita kawin esok.

bestnye kalau tetiba check akaun, gaji masuk ke tak, dan ada jumlah 500,ooo dalam tu.

semalam.

aku jumpa kawan aku kat KLCC. menghabiskan cuti krismas dengan benda yang akan membuatkan aku keluar rumah. jalan-jalan. tengok orang. usha barang. usha sahaja. tak beli pun. serius aku tak suka pegi KLCC. kalut!

dalam duk jalan-jalan kat tinggat 3, sampai kat tengah, aku stop. saja nak tengok decoration dari atas. kat atas stage, nampak macam penyampaian hadiah. i guess macam sort of quiz, yang dia pilih secara rawak on da spot.

mula-mula hadiah saguhati. perempuan.

hadiah tempat ketiga. perempuan. voucher 4ribu. aku pandang kawan aku dengan mata terbeliak. rancangan cam 'bodo-bodo' cam tu jek. i mean, tak de la ambik masa lama-lama, kena beli itu ini, kena isi borang itu ini. bukanlah rancangan tu kandungannya 'bodoh'. so ingatkan sekadar 2-3 ratus camtu jek.

hadiah tempat kedua. lelaki. voucher 25 ribu. lagi terbeliak. gila tak adil. yg tu 4 ribu, yg tu 25ribu. gila jauh beza tu.

tempat pertama. voucher 35ribu.

memang kadang-kadang rezeki tu datang bergolek jek. aku rasa akak tu tujuan dia sama dengan aku. jalan-jalan menghabiskan masa. ataupun nak bawak ayah dia jalan2 kat KLCC. tetiba termasuk pulak kuiz tu. tiba-tiba termenang pulak.

kalau rezeki tak kira tempat dan masa.


Friday, December 25, 2009

aku bukan nak jadi macam tu..

tadi kuar breakfast dengan kawan aku. pegi masuk UM. makan kat 12th. dah lama gila tak jejak situ. borak-borak dan gosip-gosip, tetiba dia mengeluarkan satu ayat, kalau boleh janganlah...

aiseh...

aku sebenarnya tak tahu, betul ke tidak apa yang aku buat ni. yes, kadang-kadang aku ni selfish.

biarlah.. tunggulah...






Monday, December 21, 2009

kurang kewarasan

aku memang saja cari pasal. memang saja tempah kubur sendiri!

ah, biarkan!

kadang-kadang tak salah buat benda gila. sekali sekala saja. tapi bukankah ayat tu sendiri dah menunjukkan aku di luar kewarasan yang sepatutnya.

entah....



Saturday, December 19, 2009

kepetik bintang untuk kau simpan

bila tiba hari aku dibelenggu kerunsingan, aku sangat benci! dunia semuanya kelabu!

dan aku hantar mesej pada sorang kawan, where are u? can u do me a favor?

dia balas, i kat rumah abang, what can i do for u dear?

out of list!

lalu aku dial nombor sorang lagi kawan. aku biarkan ringing dua kali dan aku letak. biasanya akan ada follow up call. atau pun sekurang-kurangnya satu mesej~ will call u later. tapi kali ni, KOSONG!

aku mahu bukak novel~ lesu!

aku bukak lagu, lepas dua tiga lagu aku tutup.

aku keluar tengok TV, nuttin interesting.

aku bukak laptop, tetap kelabu.

kepetik bintang
untuk kau simpan
cahayanya tenang
berikan kau perlindungan
sebagai pengingat teman
dan juga sebagai jawapan
semoga bila aku bangun besok cahaya pelangi berada di kepalaku.

Friday, December 18, 2009

the return of Schumi

lama sudah aku tinggalkan dunia F1. sejak-sejak Schumi retired, dan sejak itu juga aku mula tidak menunggu di depan TV setiap kali perlumbaan berlangsung. tambahan lagi sejak duk asrama, memang tak boleh nak mengadap TV sesuka hati, sedangkan perlumbaan F1 tidak mengira masa~ sebabnya dilangsungkan 2 p.m. waktu tempatan negara penganjur. hanya kalau sekali sekala aku balik rumah dan kebetulan adik aku sedang mengadap F1, aku tumpang sibuk sekali.

dan baru-baru ini, terdengar gosip Schumi mahu kembali ke arena. akan berlumba dengan Brawn GP. kenapa bukan Ferrari? sebab aku tak pernah tengok Schumi dalam baju warna selain merah. dan mungkin kalau Schumi masuk F1 pun, tapi bukan dengan Ferrari, aku tetap rasa tak best. sebab aku rasa tag paling best untuk F1 ialah Schumi dan Ferrari~ walaupun Ayrton Senna diiktiraf pelumba terbaik sepanjang zaman. peduli apa aku! yang penting bagi aku Schumi tetap best.

bagi aku F1 sekarang tak sebest dulu. masa Schumi dan Mika berkuasa. masa Ferrari dan mcLaren selalu bergaduh-gaduh. masa tu F1 paling best. lepas tu mulalah timbul banyak gila peraturan yang tak logik di akal, semata-mata untuk menyekat kuasa Ferrari dalam F1. gila betul FIA. memang terang-terang diberitahu~ peraturan untuk menyekat pasukan besar! sebab masa tu McLaren dah mula jatuh. dan Ferrari terus berkuasa dengan gahnya. biarlah, mereka ada duit. they pay for it!

sejak itu Ferrari mula jatuh.

sejak itu aku sudah mula cilok2 tengok F1. tak akan bangun lagi kalau perlumbaan GP Brazil pukul 3 pagi.

selain Schumi, pada masa tu aku respect betul dengan David Coulthard. pelumba yang paling terer mencilok. lebih terer dari Schumi. jangan bagi dia duk petak nombor dua masa starting, sebab dia dulu yang akan sampai selekoh. kalau pole position tak payah cakaplah. memang dia yang akan dominasi. tapi sebab masa tu dia pelumba nombor dua McLaren, jadi jarang sekali dia menang perlumbaan. sebab mesti la McLaren akan bagi kat Mika dulu. tapi kalau Mika terkeluar awal-awal, biasanya tak perlu pikir apa-apa, memang David akan jadi juara.

selain tu, aku respect Jenson, sebab dia jadi pelumba termuda menang sirkit. masa umur 20 tahun. tapi sebab bukan Ferrari, jadi aku tak suka sangat Jenson, dan tak ambil tahu sangat pasal dia.

Juan Pablo Montoya~ aku suka sebut nama dia dan muka dia peace gila. berlumba pun lebih kurang kill jugak. masa tu Juan Pablo berlumba untuk BMW, bersama dengan Ralf. sebab Ralf adik Schumi, jadi aku kena suka jugak BMW. haha. rasis betul aku ni (~rasis ke tu??)

yang paling best tingkatan tiga. aku nak exam. balik sekolah pun lewat, ada kelas tambahan. kul 6 baru sampai rumah. lepas makan, mandi, sembahyang, aku akan duduk tunggu berita~ tunggu 8.45~ berita sukan, tapi kadang-kadang pukul 8.40 aku tertidur depan TV. sedar-sedar rumah dah gelap. haha.

ayah aku sebenarnya pantang aku tengok tv banyak-banyak. tapi aku tetap curik-curik bangun pukul 3, tengok perlumbaan, sambil baca nota sejarah. volume set paling rendah. kadang-kadang mak aku terjaga jugak. kak, bo lah tengok tibi nyo, esok nok sekoloh. sambil cakap perlahan-lahan, takut ayah aku turut terjaga, kejap jah lagi, nati kak tido la. nok abih doh ni...(walaupun masa tu perlumbaan baru start). mak aku malas nak layan perangai aku terus masuk tido.

kalau dulu memang aku akan ambil tahu semua spec yang perlu untuk perlumbaan tahun tu. ada peraturan baru ke, tayar apa diorang guna, dan semuanya. semua rencana pasal F1 aku simpan~ masa tu memang ada kolum khas dalam Mingguan Malaysia untuk F1.

sekarang aku dah tak gila F1 macam dulu. sekadar ambil tahu bila start musim. sekadar ambil tahu siapa pelumba Ferrari musim tu. selainnya, aku baca sipi-sipi dalam paper. selain tu, aku tak kisah sangat dah.

bila Schumi nak masuk balik, aku rasa macam nak ambil tahu semula. tapi ntah-ntah memang betul hanya gosip semata-mata. isy!

Thursday, December 17, 2009

strive for victory

masa dalam kereta masa abang aku ambik masa kat kemaman hari tu (3 kali masa dalam satu masa), dia bertanya, lagu mana kijo kak loni?

aku hanya menjawab malas, tok tahulah, susah jugak course pelik-pelik ni.

dia balas, tok apolah susoh sikit mula-mula ni, meme la lagu tu, tapi nati lama-lama oghe cari la. kalu ambik course hok semo ore ambik, lagi la susoh....
aku cuba fikirkan secara positif.

jujur, aku pernah menyesal ambik course yang pernah aku ambik ini, masa permohonan biasiswa kami ditolak mentah-mentah oleh JPA, dengan alasan KPT tak iktiraf. aku rasa masa tu semua orang down, kecuali yang memang selesa dengan biasiswa lain. bagi kami yang menagih ihsan JPA ini, seolah-olah itulah keputusan terburuk yang pernah dibuat dalam hidup!

ketua jabatan kami jumpa, meminta sebuah kebenaran. dan alangkah peritnya, memang kita dalam proses dapatkan pengiktirafan, tapi IEM dah iktiraf. bagi kami yang bergelar pelajar yang baru memasuki tahun satu, apalah pentingnya IEM. kami bukan nak grad esok. bukan nak cari kerja lusa. dan jabatan keluarkan surat pengesahan menyatakan kami telah dikitiraf IEM. dengan sabar kami menunggu rayuan JPA.

hampa.

sungguh aku benci JPA!

dua tahun kemudian, junior kami hampir kesemuanya mendapat biasiswa JPA.

dan kami, masih berperang dengan PTPTN.

tiga tahun kami lupakan pasal pengiktirafan itu.

tahun empat, semuanya sibuk mengisi borang mintak kerja. cari dalam list- masih tiada biomedical engineer. masuk website IEM, tetap tiada biomedical engineer. keciknya hati...

masa nak isi borang SPA- masa sahkan kursus- alangkah bangganya bila aku taip biomedical engineering- sah sehingga tahun...... ke tahun..... pertama kali rasa diri dihargai!

sekarang bila orang tanya ambil kos apa, dan aku jawab biomedical engineering, automatik orang akan cakap, dari UM ye?.. ya, memang susah untuk dapat pengiktirafan orang. menunggu dan terus menunggu.. dan hari ni akhirnya orang tak kerutkan dahi lagi bila dengar kos tu.

tapi job scope masih terlalu sempit.

tok apolah susoh sikit mula-mula ni, meme la lagu tu, tapi nati lama-lama oghe cari la.


aku harap suatu hari suatu ketika, saat itu akan datang..

my name is matt..

minggu ini tetap seperti minggu sebelumnya, minggu sebelum itu, dan juga minggu-minggu sebelum itu. the whole day terperap dalam bilik mesyuarat. mendengar orang memperkatakan benda yang sama, setiap minggu. paling kurang tujuh kali setiap hari.

sungguh membosankan.

tapi hari ni aku rasa excited sikit.

sebabnya?

ada satu vendor tu, MD nya orang germany. hensemmmm. dah la tadi betul-betul duk depan aku. mata biru, rambut blond, umur rasanya baru tiga puluh lebih. tercabar betul iman di dada. nasib baik dah kahwin. haha. technical person dia sorang malaysian sorang lagi germany. senyuman yang lebih kurang mencabar jugak. kenapa hari ni interview dipenuhi orang-orang yang hensem?

dulu staff dia tu tanya aku, my boss hensem x? ke staff dia lagi hensem? aku jawab, your boss hensem cara european, staff dia hensem version malaysian (itu bodek yang sungguh-sungguh. haha..). dan dia balas, i like that answer, maybe i shud treat u at one chilling place. tapi sampai sekarang pun masih tak belanja-belanja lagi. CET! =p

sebenarnya aku bukan kisah sangat orang tu hensem ke tak, yang penting interview tu x bosan. dan tadi bila dia bercakap, kami semua yang empat orang terdiam. senyap terus! haha. bukan sebab dia handsome ke apa, tapi dia memang seorang promoter yang bagus aku rasa. isy, dia MD la azma, bukan promoter. ok, dia seorang MD yang bagus!

dulu aku pernah nak recommend sorang kawan aku kerja dengan dia, sebab dia memang tengah cari staff, background biomed jugak. so aku fikir coursemate aku saja lah yang boleh aku recommend. dan staff dia tu bagi general requirement kat aku, we looking for person that... bla.. bla... bla........ dan hanya ada sorang dalam kepala aku...

bila aku cakap kat kawan aku tu, dia macam nak try. tapi bila aku cakap, MD dia germany... kawan aku terus cakap, tak apalah azma... aku cari kerja lain lah..

aku return back to person yang cari orang tu, dan dia gelak jek bila aku cakap kawan aku tarik diri... sebab kena kerja dengan OMPUTIH!

dalam hal ni aku tak salahkan kawan aku. sebabnya, kita yang membesar di kampung, belajar walaupun bukan di kampung, tapi mentaliti kita masih takutkan orang asing. bukan kawan aku tu saja, aku sendiri pun tak ada keberanian yang betul-betul tulus nak berdepan dengan mamat german tu. dalam otak aku, masih menanam kepercayaan bahawa, aku masih belum layak untuk bekerja dengan orang-orang asing, yang memerlukan aku bercakap dengan lidah terbelit setiap masa.

dulu aku pernah offer diri secara tak langsung, dan tanya dia, your company nak orang macam mana. boleh pulak dia cakap kat aku, kalau macam u pun ok jugak, tapi taklah homely macam u... CET untuk kali kedua!!

tapi sampai sekarang aku tak send resume kat dia..

dan bila aku jumpa MD dia tadi, aku dah buat persepsi baru.

bukan salah aku dilahirkan sebagai orang malaysia dan bukannya gah sangat dia dilahirkan di germany. cuma salahnya bila aku terlalu mengagung-agungkan orang luar. kalau aku masih merasa terpencil dalam diri sendiri, sampai bila aku nak maju. sampai bila aku nak terceruk kat PJS 1 dengan gaji yang cukup-cukup bayar PTPTN, tapi PTPTN masih tetap anta surat cinta? sampai bila terus berada dalam bilik sempit yang malam-malam sangat bising dengan orang lumba motor? atau nak tunggu sampai kucing bertanduk dulu baru aku nak mula untuk berubah. NO! masanya adalah NOW!

rasanya aku perlu siapkan resume sekarang... eh, name card dia tertinggal di opis.

Tuesday, December 15, 2009

demi bergelar seorang......

sakit jugak segala urat saraf aku setelah berlari-larian tanpa warming-up yang mencukupi. setelah hampir dua tahun aku tak menyarung kasut sukan, terseksa jugak nak habiskan. apa-apa pun bersyukurlah semua tu dah lepas. huhu

seriously, aku tidaklah berharap sangat bahawa aku akan lulus PAC tu. semua competitor mantap-mantap. kebanyakannya sudah ada job yang stabil, pergi PAC just sebagai syarat untuk melepaskan diri dari ikatan scholar. ada juga sekadar untuk mencuba apa itu PAC, dan tak kurang juga yang memang habis-habisan berusaha untuk jadi PTD. dan yang paling common aku dengar, tak nak nama diblack list dari list SPA. aku sendiri? salah satu dari golongan yang disebutkan diatas....

PTD, bagi aku kerjaya paling 'gedebe' dalam gov. sebabnya hampir semua penjawat jawatan tinggi adalah asalnya seorang PTD. sebab tu la kut tapisannya berlapis-lapis. tu pun masih kontrak. haduiii..

dulu aku tak pikir tak nak masuk gov, tapi aku tak tahu kenapa aku isi borang SPA. dan bila aku dah lulus exam hari tu, aku tak nak sia-siakan masa aku pergi exam tu. walaupun bermati-matian untuk mohon cuti, akhirnya sampai gak aku kat INTIM.

apa yang akan berlaku lepas ni, i just pray for the best...

Sunday, December 6, 2009

solve that problem!

kadang kala menghadapi masalah membuatkan kita rasa lebih dewasa. walaupun ada juga yang membuatkan kita tidak ingin hidup lama. bukan semua masalah mengundang petaka, ada juga yang membawa laba.

kita ambil contoh paling mudah.
~tsunami 2004 menyapu bersih seluruh Acheh, hari ini Acheh berdiri megah dengan bandar labih teratur dan pelaksanaan dasar islamik yang lebih tegas.

~H1N1- tiada siapa yang undang dan suka, tapi China dan Taiwan kaya hasil jualan facemask.

dan jika kita melihat sejarah
~jatuhan bom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun mengundurkan semua tentera dari negara yang dijajah, dan hari ini menjadi bangsa yang sangat dihormati dunia.

itu permasalahan sejagat.

dan kalau kita renung balik ke dalam diri, berapa banyak keajaiban yang muncul dari sebarang masalah yang timbul, tanpa kita sedari. bukan Tuhan tidak tahu kita dirundung masalah, bukan Tuhan tidak tahu kita sedang berhiba, Tuhan juga tahu kita sedang berduka lara. Tuhan tahu, tapi menunggu.

jadi tak usah perlu risau kita ditimpa masalah.

kadang-kadang masalah tak perlu diselesaikan pun. leave it, dan ia akan selesai sendiri. dan masalah yang sedang berlaku sebenarnya tak sebesar kebimbangan kita menghadapi perkara tersebut.

******
itu secara teoritikalnya.

******
aku sendiri kadang kadang separuh mati memikirkan masalah yang sebenarnya tak wujud. berani untuk aku akui, dahulu aku lebih optimis menghadapi semua masalah dalam hidup aku. dan makin dewasa ni, makin takut pula.

ni masalah ke ape?

Saturday, December 5, 2009

aku hanya nak ke seberang

nasib baik kolej aku ambil puisi ni untuk manifestasi puisi untuk festival seni masa first year, kalau tak aku tak akan pernah tahu kewujudan puisi ini. dan tahun itu, kolej aku menjadi juara untuk manifestasi puisi.

empat tahun selepasnya baru aku dengar versi dikir barat, oleh Halim Yazid. (walaupun sebenarnya aku rasa dikir ni keluar lebih awal)

Aku hanya nak ke seberang- karya Hashim Yaakob. (Prof Datuk Dr.)

Aku pahat kayu cengal
Harap harap jadi perahu
Dayung hebat dayung sebenar
Keras kuat teras tembesu

Layar Bertingkat serupa kapas gulung
Tiang nya tegak dari batang nibong
Panji kain suluk achemar
Tenunan kekasih wajah di kamar

*
Esok perahu nak turun ke air
Harung nak lalu samudera bertabir
Esok perahu nak turun ke air
Harung nak lalu samudera bertabir

Tinggal patat awal terakhir
Lawan badai, ribut dan petir

Ombak jangan gila melandung
Harap tenang laut kuala
Dayung jangan patah tak kuasa
Layar tiang jangan binasa


Gantung jiwa seluruh harapan
Nekad rasa arah tujuan
Seroh segala pada mu Tuhan
Aku Hanya nak ke seberang

* (ulang 2x)


masa manifestasi dulu, aku hanya sempat menyaksikan pada malam juara-juara. (aku ingat deklamatornya Adli, Bean dan Kak Eja). tapi sungguh aku katakan, puisi tersebut sangat indah untuk dihayati.

p/s: dikir ini sepenuhnya dalam dialek kelantan. perlu diingatkan ada beberapa perkataan yang memang perlu dibaca dalam dialek kelantan, kalau tak maksudnya memang lain.
1. esok= engsot
2. patat= bawah

Friday, December 4, 2009

...kerana cinta itu buta

minggu ini minggu yang sungguh panjang. cukup panjang. dan hari-hari yang berlalu tidak begitu mengujakan.

setiap hari aku tak sabar mengira setiap detik yang berlalu. jam berdetik terlalu lambat. aku ingin menunggu kedatangan jumaat, supay sabtunya aku boleh merehatkan minda yang berselirat.

dan hari ini, jumaat tiba. dan besok sabtu akan menjelma.

*******
aku selalu berkata kepada seorang kawan, "why u are so choosy?". tapi sebenarnya, dengan mengucapkan begitu, aku sedang meludah ke langit. setinggi mana pun tetap jatuh ke muka sendiri.

kita semua memilih. kita memilih yang sedap mata memandang. kita memilih yang lunak telinga mendengar. kita memilih yang lapang hati berdendang. kita memilih segala mengikut yang kita mahukan.

dalam memilih itu, kita kadang-kadang silap memilih atau terlebih pilih, dan kita mula menjadi buta. terlalu yakin pilihan itu akan membawa kita ke syurga dunia. tapi kita lupa orang kata, kalau sayang jangan sepenuhnya sayang, kelak bila terputus tali kasih, nanti kita patah hati. bagi kita, bila sayang, kenalah sayang sepenuhnya. "we are meant to be together."

dan bila cinta yang buta itu tersilap jalan, terjatuh dalam perigi, hati kita turut mati. dan mula kita salahkan diri, apa salahku diperlaku sebegini...

cinta yang buta atau kita yang tuli?

dan bila cinta datang lagi, kita sudah menutup pintu hati..

cinta itu yang menjauh, atau kita yang menjauhi cinta. cinta yang buta atau kita yang buta menilai cinta. nilai cinta bukan boleh diukur dengan segala jenis material, namun tak dapat dinafikan kita mula menilai cinta melalui material.

dan apakah kerana cinta itu buta, cinta tak nampak aku di sini?

Thursday, December 3, 2009

bila kerbau belajar mengembek dan kambing mula mengaum

dalam satu persidangan kambing-kambing, bersuaralah tuan pengerusi majlis..

"aum.. aum.. aum.."

disambut oleh ahli persidangan.

"aum.. aum.."

tiba-tiba masuk seekor kerbau, yang turut dijemput menyertai persidangan.

"embeeek.. embeeek.."

maka balas ahli persidangan kambing itu...

"aum.. aummmm... aum.. aum.."

kita yang memerhatikan mereka, berkata, "gila betul kambing-kambing ini."

kambing-kambing yang memerhatikan kita berkata, "kau pun sama saja."

kita memang tidak mengaum, kita juga tidak mengembek, tapi kita malu untuk mempertaruh bahasa kita sendiri. malu untuk melaungkan bahasa kita dibesarkan. padahal sejak kita dilahirkan, telinga kita disogokkan dengan bahasa ibunda kita, bahasa Melayu. tapi bila dah mula kerja, bila dah mula bercampur bangsa asing, sudah mula lupa asal usul. atas nama kemodenan, atas nama pergaulan, atas nama 'kelasss', semuanya mengorbankan identiti sendiri.

aku bukan golongan anti bahasa inggeris, tapi aku penentang orang yang terlalu mengagungkan bahasa orang lain.

kadang-kadang aku malu sendiri, dalam mesyuarat yang dihadiri oleh semua orang melayu, yang namanya ada bin dan binti, tapi bila mula bercakap, "good morning, let me introduce.."

aku sebenarnya dengan penuh harapan menunggu... "assalamualaikum dan selamat pagi, biar saya perkenalkan..."

tapi nampaknya tinggal harapan..

dan tadi, bila seseorang yang bernama Ooi di depannya, mula bercakap, "terima kasih atas jemputan...bla..bla... saya cuba bercakap bahasa melayu sedaya upaya saya.." dan seorang yang berpangkat cik menyambung, "ok, let's continue..." aku terus tersenyum..

aduhai dunia...

dan bila yang bernama Ooi di depannya berkata, "saya belajar di Universiti Malaya dulu, sudah biasa bercakap bahasa Melayu.."

kembang kempis hati aku.. bangganya aku!

aku ingat dulu masa kat UM, seorang pensyarah aku, Mr Chin namanya, seorang Cina. kuliahnya dalam bahasa Melayu sepenuhnya, kecuali term-term yang tak boleh dimelayukan. memang aku tabik lecturer aku seoarang ni selain dari Prof Wan.

ketika kita terkial-kial menyusun ayat dalam bahsa inggeris, kita hampir tidak dengar orang yang menyapa kita dalam bahasa Melayu. memanglah kita perlu tahu berbahasa inggeris. tuntutan dunia hari ini menginginkan begitu. tapi janganlah sampai menggadaikan maruah bahasa sendiri. tak perlulah bercakap sesama kita bercakap dalam bahasa inggeris yang tunggang langgang sedangkan dalam bahasa Melayu kita boleh lebih sampaikan maksud.

janganlah rasa dengan mengaum sudah cukup menjadikan kambing itu harimau, kalau masih takut untuk mandi hujan.