Pages

Monday, November 30, 2009

makhluk kecik bertanduk itu memang jahat!

makhluk kecik bertanduk itu memang jahat. kerana makhluk kecik bertanduk itu, aku hilang semuanya. semuanya.

~ semua diari aku sehingga tahun 2008. semua kenangan yang aku coretkan. semua peristiwa yang aku abadikan. semua kisah yang aku nukilkan. semuanya hilang kerana makhluk kecik yang bertanduk!

~ semua barang kenangan aku di UM. semua (buku) cenderamata KKAA, Kembara kasih, dan semua kenangan projek. semuanya hilang disebabkan makhluk kecik itu.

~ semua kenangan LI aku di Taiping. semua cebisan yang aku kutip selama tiga bulan di situ dan aku simpan rapi. semuanya musnah di tangan (mulut) makhluk kecik yang bertanduk!

~ semua sketch book aku, bersama segala hasil seni (contengan) aku dari zaman aku sekolah hingga zaman U. semuanya sudah menjadi tanah di tangan (mulut)makhluk bertanduk yang sangat kecik itu!

~ semua kad birthday, ucapan yang aku kumpul sedari dulu lagi, hanya tinggal cebisan-cebisan yang tertera ucap selamat tapi kini tak selamat lagi.

~ semua barang kenangan INSEP termasuk modul dan segala macam nota

~ gambar-gambar kenangan aku

~ nukilan-nukilan aku

~ cerita-cerita aku

MAKHLUK KECIK BERTANDUK ITU SUDAH MENGHANCURKAN HATI AKU! =((


******************** CERITA YANG BERLAKU *********************

masa sampai di rumah, 26 November 2009, aku masuk ke bilik aku yang sudah dua bulan ditinggalkan. perkara pertama yang aku nampak, kotak yang terletak di tepi dinding dipenuhi makhluk kecik bertanduk yang dipanggil ANAI-ANAI! semua isi kandungannya hancur menjadi tanah! sehancur hatiku...

sejak emak tiada, empat bilik di rumah terbiar kosong. kalau masa emak ada dulu, dia masuk jugak jenguk-jenguk bilik. sekarang ni hanya abang dan kakak ipar yang ada kat rumah, yang rutin mereka keluar rumah pukul 9 pagi balik pukul 11 malam. langsung tidak menjenguk ruang lain di rumah kecuali bilik mereka dan ruang rehat. jadi memberi peluang untuk makhluk kecik bertanduk itu bersarang. tambah musim hujan, anai-anai yang biasanya bersarang di tanah mula mencari perlindungan yang lebih selamat.

aduhai barang-barangku...

aku tak tahu nak menangis ke nak meraung.

Tuesday, November 24, 2009

beauty is PAiN

masa berlenggang ke opis pagi tadi, masa dekat suatu selekoh, seorang career lady memintas jalan aku. dia terkedepan lebih kurang dua meter dari aku. jarak selamat untuk aku memerhatikan gayanya. memakai blouse putih, skirt paras lutut warna hitam, membawa handbag dan ditangannya ada fail. dan mata aku terus memerhatikan ke bawah. kasutnya, atau aku panggil selipar, aku anggarkan setinggi 4 inci, bertumit tirus runcing.

mata aku menjalar lagi. memerhatikan gaya jalannya, atau aku lebih selesa panggil gait. dan tumit kakinya, atau bahasa para doktor disebut calcaneus, sedikit senget. bukan sebelah, tapi dua belah. timbul rasa dalam hati, pity her..

aku yakin senget itu bukan azali, tapi sebabkan dia terpaksa menyeimbangkan berat badannya pada hujung tirus tumit kasut itu. bayangkan, berat badan (aku agak beratnya dalam 50 kg) yang sepatutnya dibahagikan sama rata keseluruh kaki hanya ditampung oleh luas yang tak sampai 1 inci persegi.

kerana ingin cantik, sampai mengorbankan anatomi kaki sendiri. itukah harga bagi sebuah kecantikan?

aku tak nafikan, pernah aku tulis pasal high heels sebelum ni. dan tulisan menyokong high heels, tapi bukanlah sampai menyeksa diri sendiri. pilihlah yang lebih bertumit lebih besar. kalau sekali sekala nak pakai yang tumit kecik tu bolehlah, tapi kalau tiap-tiap hari bantai kasut yang 4 inci bertumit seperti paku, tu penyeksaan namanya.

mari kita berbicara sains sikit.

gaya jalan kita ada 8 fasa, dan pada setiap fasa, force dari badan kita dibahagikan sesuai dengan peristiwa dan kejadiannya.

8 fasa tersebut:

1- initial contact (org juga panggil heel contact)
2- loading response
3- mid stance
4- terminal stance
5- pre swing
6- intial swing
7- mid swing
8- terminal swing

mungkin kalau tengok gambar ni boleh paham sikit.

picture adapted from http://www.sportsci.com

ataupun boleh refer graph ni.

ni graph aku sendiri, xperlu consent sesape, hehe

note: graph ni menunjukkan kaki kiri dan kanan, pada masa berlainan, tapi phase yang sama iaitu masa kaki berpijak kat tanah, bukannya masa kaki diangkat. dari sini kita boleh tengok, bukan sepanjang masa tumit kita 100% tampung beban berat badan. ia akan beralih dari tumit, ke tengah kaki, dan seterusnya ke hujung kaki. tapi aku rasa career lady tu hampir setiap masa berat badan dia berada di tumit.

kesimpulan yang boleh aku buat;
bagi that career lady, beratnya tidak sempat diagih-agihkan secara adil semasa fasa-fasa dalam gaitnya (hanya tertumpu kepada tumit menyebabkan tumitnya senget.)

dari gamba kat bawah ni jugak kita boleh tengok camane force dikenakan bila kita jalan

nota tambahan:
lecturer aku pernah cakap, nak tengok cara jalan kita betul ke tak, tengok tapak kasut. cara jalan yang betul tapaknya haus di sebelah luar lebih ketara. kalau haus ke dalam maknanya ada tak betul sikit la gait atau cara jalannya. bukan bermakna cacat, tapi mungkin ada tak kena sikit dengan force.

untuk kelihatan cantik, orang sanggup berbuat apa saja. cuma satu soalan aku: berbaloi ke?

Monday, November 23, 2009

kadang-kadang aku terlupa...

kadang-kadang aku terlupa, bahawa blog itu boleh di access siapa sahaja, bila-bila masa, tanpa sedikit tapisan pun. sesiapa sahaja boleh membaca apa-apa sahaja kecuali blog tertentu yang memang di set private oleh tuan tanahnya. yang lain sebebas berlari di padang rumput yang tak ada sepohon lalang pun..

kadang-kadang, disebabkan keterlupaan itu aku tercoret sesuatu yang patut menjadi privasi aku seorang. kadang-kadang dengan keterlupaan itu, privasi yang terdedah itu menjadi sesuatu yang sangat menduka citakan. boleh jadi juga, dengan keterlupaan itu menyebabkan kita sedar tentang sesuatu, oh aku masih ada kawan-kawan rupanya..

kadang-kadang, terserempak dengan kawan-kawan sekali skala, sibuk bertanya berita dan cerita, dan tiba part aku: azma tak payah tanya.. kenapa pulak macam tu? tanyaku sedikit kecil hati. blog... itulah jawapan biasa mereka.. alamak!

kadang-kadang aku terlupa blog itu tempat public, tiada apa-apa privasi pun untuk diri sendiri. tak ada satu pun yang kita boleh sembunyikan bila kita dah abadikan dalam blog. aku sendiri pun, suka untuk baca balik 'diari' aku kat frienster blog, segalanya tentang masa zaman belajar dulu.. kadang-kadang aku tersenyum, tapi kadang-kadang buat aku sedih. tapi aku tetap baca juga. itu suka duka aku. itu kenangan aku. dan itulah weblog pertama aku.

tapi aku juga kadang-kadang tidak faham, kenapa aku terus tulis blog?

hanya satu: to share.

BUKU dan MUKA

aku sedang mencari beberapa buku lama yang masih belum aku baca, adalah beberapa judul- dan yang paling nak sangat (ayat berulang-jangan tiru aksi ini) aku baca ~ seorang tua di kaki gunung, karya azizi hj abdullah. dalam banyak-banyak kedai buku yang aku jelajah, rasanya masih belum jumpa. masa kat UTHM dulu, aku pernah tengok buku ada dalam inventory list kat library, tapi aku tak pernah jumpa buku tu secara real.

dan sekarang baru teringat satu buku yang dikirim kakak aku, dua minggu lepas rasanya, tapi aku masih belum beli. rasanya sempat lagi ke MPH sebelum balik kampung rabu nanti. hopefully.. semalam singgah Mid tapi tak sempat ke MPH. kaki aku tersangat lenguh selepas 'trekking' dalam bandar selepas pulang dari Penang..

dan semalam, ya semalam, 22/11/2009, buat kali pertamanya aku menonton teater di KLPAC. tajuknya MUKABUKU. terima kasih kepada yang mengajak =)

lenkali jangan lupa ajak lagi =))

Sunday, November 22, 2009

T.I.G.A.

hati aku terbelah tiga.

satu mahu kekal di PJS, satu mahu ke bulan, satu mahu ke bintang.

ke mana harus ku tuju?

Saturday, November 21, 2009

lalalalala...

start from last week until this week, aku rasa tak cukup rest lagi. sebelum ni aku asyik komplen bosan, boring, xde keje, NAH sekarang ambik! memang kasi knock-out terus!

last week masa visit site tu aku dah tinggalkan timbunan keja kat opis. then this week tambah lagi beberapa longgok, tinggal opis lagi sehari dan aku rasa bila aku masuk isnin ni dah jadi berbukit bukau! biarkan. keje tetap keje dan weekend tetap weekend!

happy weekend azma!

Wednesday, November 18, 2009

mogok

dah lama aku tak melancarkan mogok dengan orang. setiap kali setan bertanduk mula menghasut, aku pujuk diri sendiri, "tak pe lah, biarkan mereka, maafkan mereka..."

kuasa memaafkan itu memang manis, memang indah. orang pun rasa bahagia, kita pun rasa bahagia. bila setan bertanduk ingin menguasai, aku cuba bayangkan kalau aku ditempat orang tu. "isyyy, tak baik.. kesian dia..."

tapi semalam aku rasa nak melancarkan mogok semula. aku nak tengok apa yang berlaku.

Tuesday, November 17, 2009

China tak jual dua benda jek..

".... father n mother."

Begitulah kata seorang vendor masa salah satu tender interview dulu..

betul jugak katanya itu..

sekarang ni, semua manufacturer beralih membuka plant di China, dari sebesar-besar company, sehinggalah ke seciput-ciputnya.. kalau tengok barang, hampir kesemuanya... MADE IN CHINA...

jadi sering timbul isu, barang buatan China ni kelas ketiga.

baru-baru ni timbul isu bila nak memilih life support machine.. dan aku jadi saksi untuk perdebatan ini...

A: i tak nak barang made in china. i realy sure kementerian tak terima ni.
B: apa salahnya cuba barang buatan china.
A: masalahnya ni alat tentukan hidup mati orang. i tak nak ambil risiko.
B: orang china ramai lagi yang hidup.
A: macam mana pun i tak nak. susah kita nanti.
B: kalau tak nak kenapa boleh masuk dalam kontrak.

bila tiba soal kontrak, semua diam. aku gelak dalam hati. takut puan A dan encik B ni kecik ati aku gelak kuat-kuat.

aku tak salahkan puan A. memang betul gak apa dia cakap. pandangan orang pada barang buatan China ini sangat-sangatlah serong. tapi aku pun setuju dengan encik B. orang China mestilah guna barang buatan China jugak. tapi masih hidup sampai hari ni.

salah siapa? salah principal yang banyak berpindah ke China.

esok ada tender interview lagi. aku pasti negara China glemer sekali lagi.

buatan Malaysia? aku rasa glemer dalam TV jek.

Monday, November 16, 2009

hanya dua

aku ada dua sebab untuk bersedih.
aku ada dua sebab untuk bergembira.

aku memilih untuk gembira.


Sunday, November 15, 2009

camane kak azma pilih ekk?

macam tu lah lebih kurang soalan tina pepagi hari lagi.

maksud yang lebih panjang untuk soalan itu ialah: macam mana kak azma pilih player untuk volleyball team untuk main dalam sukmum?

dan aku jawablah berjela-jela.

tapi bagi aku seorang pemain yang baik mestilah:

1. disiplin yang tinggi- jangan berangan untuk jadi seorang ahli sukan yang baik kalau tak de disiplin. kalau dah terdesak sangat, aku ambik jugak orang yang datang training lewat (kalau dia tu terrer giler ar), dan nantikan balasannya kat court! haha

2. sentiasa belajar walaupun dah terrer- sebab walaupun kita rasa kita paling terer, masih ada lagi yang lebih terer kat dunia luar. jadi jangan berlagak wahai adik-adik. dunia sukan selalu ada naik turun.

3. semangat yang kental- aku rasa yang ni patut duk no. 1, tapi once aku dah tulis biarlah malas nak ubah dah. tapi semangat itu paling penting. kalau dalam keadaan genting, tak ada yang dapat menyelamatkan sesuatu pasukan tu kecuali semangat.

aku suka ambil contoh pengalaman aku sendiri.
~masa aku 3rd year, penentuan tempat ketiga dan keempat, masa tu amat genting. perlawanan hingga ke set kelima. tapi masa tu semua orang semangat nak menang. tak ada ayat lain kecuali -menang. dan bila habis game, semua terduduk kepenatan. sebab semua tenaga dah habis. aku sendiri, seminggu aku sakit badan, tapi aku puas hati. semua orang berjuang hingga ke akhirnya, tanpa ada rasa ingin menyerah kalah, walaupun peluang 50-50. dan mesej yang aku terima dari senior aku~ u deserved the victory!

~masa aku form 5, perlawanan peringakat negeri, juga perlawanan penentuan. setter pada masa itu, kawan aku jugak, sebelum habis game, dia sudah menyerah. aku sudah penat! gosh, sedangkan aku yang pegang dua position masih boleh berlari, dan dia hanya jadi setter, mengeluh penat. dan kami kalah....
selepas game, aku bersemuka dengannya. lain kali kalau macam ni sikap kau, jangan harap kau nak menang, walau game mudah pun! dia terdiam. game tu, aku tak akan lupa sampai bila-bila.

4. mesti ada teamwork yang kukuh. volley adalah sukan untuk 6 orang, jadi tak payah tunjuk terrer sorang-sorang walaupun hakikatnya kita terrer.

5. skill mesti mantap, yang ni tak perlukan ulasan.

6. orang yang tough. bukan orang yang lemah gelamai di court. hello, ini bukan pentas peragaan di kota paris! jadi tak payah lah nak berlenggang-lenggang ye..

aku rasa semua sukan perlukan benda yang sama, tanpa perlu spesifik sukan apa.

tapi yang penting, jangan jadi kaki gaduh kat court ngn pengadil cam aku! LOL

any suggestion???

bila aku fikir-fikir balik, bosannya hidup macam ni. doing the same thing, every week, every single day..

tapi untuk memulakan sesuatu yang baru, aku tak tahu nak start dari mana, dan macam mana nak pastikan benda tu tak mensia-siakan hidup dan mati aku..

any suggestion???

blurrrrrrr........

Saturday, November 14, 2009

being a Kelantanese...

wallpaper kat laptop aku ialah the red warriors, yang aku culik dari blog sangkunang..

masa kat alor gajah hari tu, aku mintak din ajarkan aku microsoft project. dan bermula lah suatu perbalahan intro:

din: apa ni the red warrior, dah kalah buat la cara kalah. (din orang nogori)
aku: tahun depan ada lagi..
din: buat kacau pulak tu. patut la kena denda seratus ribu lebih.
aku: hello, lima puluh je ok.
din: mana ada. seratus lebih la.
aku: aku baru jek baca dalam paper din.
din: aku pun.
(dan aku terus bukak berita harian online.)
aku: baca ni!
din: ni berita harian. try bukak utusan pulak.
(dan aku pun bukak utusan online.)
aku: ni jumlah kerugian din. tapi kena bayar lima puluh jek.
din: mana aci. dah buat rosak tu bayar la semua.

aku terus tutup internet dan bukak microsoft project. malas nak bertekak lama-lama. hehe

itu sekadar intro.

persoalannya di sini. KAFA DIDENDA RM 50,000!

kelab penyokong Kelantan sudah melancarkan tabung 1RINGGIT 1KAFA untuk meringankan beban KAFA. dan dari komen dan reaksi yang aku baca, aku sangat bersetuju. kenapa harus kelantan didenda melampau-lampau kalau keganasan itu melibatkan Kelantan. Kalau negeri lain, FAM seolah-olah pejam mata, buat tak nampak. tapi kalau penyokong Kelantan, memang mata yang dua pun ditambah jadi empat.

dari dulu pun, pengadil memang sangat 'bias' bila melibatkan kelantan. apa dosa dilahirkan sebagai orang kelantan pun aku tak tahu. apa dosa negeri yang bernama kelantan pun aku tak tahu.

bila cakap dengan orang, aku biasa cakap standard. kecualilah dengan orang kelantan jugak, barulah aku cakap dialek completely. dan sesetengah orang cakap, ni tak mengaku orang kelantan la ni.. kadang-kadang aku angin jugak. tapi dalam kebanyakan masa, aku anggap je gurauan..

persoalannya, kalau aku cakap kelantan, adakah orang paham sepenuhnya? jawapannya tidak. sebab itu aku mengambil jalan tengah. kalau orang mintak aku cakap kelantan, dengan bangganya aku akan cakap kelantan sampai diorang tak paham! haha

sebenarnya glemer gak jadi orang kelantan. =p

dan ayat paling TAK TAHAN yang aku tak akan pernah lupa sampai bila-bila, walaupun sudah menjadi sejarah, dan kekal jadi sejarah. "saya jatuh cinta tanpa mengetahui awak orang Kelantan." LOL!

Friday, November 13, 2009

..everytime is first time..

finally tercapai jugak hasrat aku nak pergi. sebelum ini aku dengar dari mulut orang jek, dan sejujurnya aku tak dapat nak bayang keadaan sebenarnya. sebab itulah kut dulu bos aku tiap-tiap kali datang ofis akan tanya, azma bila nak pergi site? dan aku jawab, tunggu ada orang bawak. isy tak ada inisiatif langsung azma!

dan sekarang baru aku faham soalan-soalan yang ditanya masa interview dulu, antaranya:

~boleh tahan ke duk kat site, semua lelaki;
aku jawab: boleh

~boleh tahan ke panas kat site;
aku jawab: saya dah biasa berjemur

~pandai motor atau keta ke tak;
aku jawab: dalam proses, dan aku tanya, jauh sangat ke?
encik tu jawab: walking distance la, tapi jauh jugak

~tak apa ke ulang alik melaka-KL, tak apa ke duduk jauh-jauh;
aku jawab: tak apa, saya dah biasa merantau ke ceruk mana pun kat malaysia ni, kecuali sarawak. (ganas giler jawapan aku).

~boyfren tak marah ke keje jauh-jauh;
aku jawab, kalau lah saya ada... haha...

dan sekarang aku realize, realitinya (din kata ayat aku pelik-pelik sebab aku guna perkataan realiti dan frekuensi~ tapi tak kira aku nak guna jugak!) tak seindah bayangan aku dulu. tapi actually tak lah seteruk mana.

biasalah, kalau site dipenuhi lelaki, aku tak kisah pun walaupun aku satu-satunya perempuan kat situ. biasalah kalau berpanas-panas, luckily masa aku ronda-ronda dengan azhar semalam cuaca telah redup. dan masa aku ikut din buat inspection tadi semua dalam bangunan, so tak kena cahaya matahari. hehe. dan soal ulang alik melaka-KL aku rasa tak timbul lagi, sebab mungkin aku akan terus bertapa di sana nanti!

tapi melecet jugak kaki masa mula-mula pakai but. stokin ada dalam beg. jadi terpaksalah tahan jugak. dan hari ni bila aku minta tolong lukman beli handiplast, barulah dia offer, kenapa tak mintak stokin semalam.. cet, sudah terhantuk baru terngadah! haha (sorry luk, juz kidding)

walaupun tak sempat lawat semua tempat, aku puas hati la jugak. kesian jugak din melayan kerenah aku. (ko nak ketuk aku kat PJS tapi ko kena ketuk kat alor gajah dulu, din! haha).. nanti pegi sekali lagi aku nak mintak nasik ayam pulak.

everything starts with first time..

first time kat alor gajah, dan abang aku call, kak try la mintak TM. kacau!

Tuesday, November 10, 2009

banyak bezanya

semalam, aku terpaksa banyak berdiri, jadi aku rasakan lutut aku sangat sakit, jadi hari ni aku decide untuk pakai sandal yang flat. first time, aku ke office dengan memakai kasut flat. biasanya paling kurang dua inci. at least, mesti ada heels.

sebabnya, aku rasa bila ada heels, rasa yakin diri kita akan bertambah (walaupun tak ada sesiapa pun yang tengok kita jalan masa tu). secara automatik, kita akan rasa macam orang penting dan dihargai. haha.

masa INSEP dulu pun Dr Anne selalu cakap, jangan pakai selipar macam orang nak pergi pasar. dan dia pernah demo sendiri, dia yang jadi modelnya, dengan heels dan tanpa memakai apa-apa. memang kita akan nampak perbezaannya. memang nampak macam orang tak serius bila kita kita memakai kasut tanpa heels.

dan pagi ini, bila aku memakai sandal yang agak flat, aku rasa macam nak pergi bersiar-siar je.

dan besok ada meeting, jadi terpaksa abaikan seketika kesakitan aku itu. kembali melangkah dengan yakin Azma!

Monday, November 9, 2009

buku dan e-buku

masa zaman study dulu, aku tak mampu untuk selalu beli buku, selain buku pelajaran. hanya pada awal semester bila duit loan baru masuk, aku akan peruntukkan sedikit untuk beli buku, tak kiralah buku motivasi atau pun novel yang aku rasakan berbaloi untuk dibeli. tapi untuk membeli novel-novel yang bermutu, pastilah mahal, dan untuk membeli novel yang mahal, aku rasakan keperluan lain lebih mendesak.

jadi, cara terbaik, aku hanya cari buku-buku online atau dengan nama 'glemer'nya ~ e-book.

banyak jugak e-book yang aku download, simpan dalam laptop. tapi berani aku katakan, aku tak pernah habiskan walau 'sebuah' e-book. tak tahulah kenapa, tapi aku rasakan 'book' dan 'e-book' sangat jauh bezanya.

aku suka untuk membaca e-book pada mulanya, tapi suatu ketika:

~ aku merasakan sangat leceh, bila aku nak membaca, aku terpaksa bukak laptop. masa untuk bukak laptop dan run ialah lima minit.

~aku terpaksa duduk dan mengadap laptop, sedangkan masa membaca bagi aku adalah masa untuk berehat.

~aku terpaksa mengadap laptop selama beberapa lama, tak boleh jalan ke sana ke mari sambil bawak laptop. kalau buku ke ceruk mana pun boleh bawak.

~mata aku sangat sakit bila stare lama-lama kat screen

~most important, e-book itu tak ada bau buku atau pun kertas

~dan juga, e-book itu percuma. manusia jarang hargai benda percuma.

dan kesimpulan untuk perkara-perkara di atas, bagi aku, e-book adalah penilaian atau pun guideline untuk aku memilih buku yang baik. sebab aku pernah tertipu, sinopsisnya bukan main best, tapi ceritanya, hanya Tuhan yang tahu. at least dengan adanya e-book, aku boleh menilai sama ada buku tersebut layak dibeli atau cukup sekadar jadi penghias rak dikedai buku.

tapi aku cuma mula boleh beli buku sesuka hati bila aku mula ada income tetap. sekurang-kurangnya membayar dendam masa study dulu. masa tu aku hanya mampu masuk merayau-rayau dalam pekan buku, mencari buku yang best, dan meletak balik ditempatnya.

dan sekarang, barulah aku memiliki kepuasan membaca, bukan sekadar menatap e-book di skrin laptop yang menyakitkan mata.


Sunday, November 8, 2009

lompatan seorang katak


dulu aku pernah terfikir, aku akan habiskan job ni sebelum jump2. aku akan setelkan semuanya, gain experience as much as possible. kenali dunia procurement dan dunia construction sebaiknya sebelum menjadi seorang katak.

itu azam aku masa sebelum masuk kerja dulu.

tapi aku harus terima hakikat, perancangan dan pelaksaan adalah dua perkara berbeza. aku pernah express pada kawan aku dulu, selepas dua bulan lebih aku kerja.

dan nasihatnya, " better jangan jump lagi."

aku ikut nasihatnya, tanpa memberi apa-apa sebab dan alasan untuk aku terfikir untuk buat keputusan tu.

sehari. dua hari. hari-hari berlalu.

hari-hari tetap berlalu. kadang-kadang dengan penuh ceria, kadang-kadang bersama senyum palsu.

suatu hari aku cakap lagi kepadanya, tentang perkara sama.

dan kali ini aku berani untuk cakap kenapa.

dan nampaknya kali ini tiada bantahan.

tapi dalam hati, aku masih ragu-ragu. menjadi seorang katak yang tak bertanggungjawab, atau katak yang bermaruah.

tapi aku takut kalau aku jadi macam katak yang terendam yang air panas.


coach yang silap dan perusuh yang fanatik

masa tengah ralit duk blogging malam tadi, ada call masuk, dan aku terus hamburkan ketidak puasan hati aku.

"kawan u lah ni, taktikal salah! ni bukan salah pemain, coach buat taktik entah pape!"

dia jawab,

"i baru lepas call sathia, i said, congrates, at least u dah bawak kelantan pergi final. dia cakap, u sorang je yang ucap tahniah, yang lain semua blame me."

aku balas balik,

"kalau dah taktikal salah macam mana nak menang!"

aku tahu sathia menjadi kemarahan seluruh rakyat kelantan semalam. itulah nasib seorang jurulatih. kalau menang, disanjung dan dijunjung. kalau kalah, dikutuk dan dikeji. kalau kat luar negara, pantang kalah, pasti jurulatih didesak letak jawatan. sekali fikir, logik juga, dua kali fikir, kesiannya...

dan kawan aku tu cakap,

"nasib baik my friend tak bagi tiket kan, kalau jadi pergi stadium, dengan hujannya, dengan sesaknya..."

dan aku sambung,

"...dengan mercunnya."

tadi tengok ada komen kat bawah dari sangkunang, aku terus link ke blog dia, membaca pengalamannya di stadium, dan aku bersetuju. mungkin ni jugak satu pembalasan dari Tuhan, kepada peminat-peminat fanatik (baca perusuh) kelantan yang langsung tak tahu bersyukur. dah polis tak bagi bawak mercun, bukannya dengar, dalam stadium mercun kalahkan perang iraq. bakar kerusi, baling orang dengan objek-objek tak sepatutnya. nasib baik tak bakar stadium terus. semoga kekalahan ini buat mereka celik mata sikit.

aku harap tahun depan perusuh-perusuh ini makin cerdik.

aku masih belum dengar komen dari abang dan adik aku. tunggu diorang reda sikit.

(aku masih marah lagi. kecewa sebenarnya..)

tak sanggup ku lafazkan...

habis match tadi, terima mesej dari kak dah, 'sekali pikir baik xsoh minat suke ni. x tensen n x frust.'

aku sangat-sangat setuju.

tapi tadi, aku tutup tv sebelum wisel penamat ditiup, sebelum indra menjaringkan gol pertama dan terakhir untuk kelantan. sebabnya~ aku tak sanggup nak tengok pemain-pemain negeri sembilan lari masuk padang, berarak ke tepi padang sambil mengibar bendera negeri sembilan. biarlah kali ini aku tak ada semangat kesukanan orang cakap, tapi aku tak sanggup.

aku boleh tengok malaysia kalah piala thomas. aku anggap itu asam garam sukan. aku boleh tengok chong wei menyerah begitu saja kepada lin dan dalam olimpik. aku anggap mentalnya masih belum kuat untuk emas olimpik. tapi aku tak boleh tengok wajah kecewa indra. aku tak boleh tengok kalau-kalau ada pemain kelantan yang menangis. dan aku tak sanggup tengok kalau-kalau penyokong merusuh.

bagi aku, indra pemain yang terlalu kental, tapi tadi dia terperangkap dalam percaturan yang salah. wajahnya sudah cukup menggambarkan betapa garangnya dia, tapi tadi taringnya dikunci pada separuh masa pertama. dan aku rindu senyum indra masa press conference a day before match, tapi indra tak akan tersenyum lagi. sebab itu aku tutup tv awal-awal, sebelum aku tengok semua perkara itu berlaku.

nasib baiklah sekarang ni bukan zaman aku study. kalau tak, aku sangat sure aku tak boleh nak tumpu perhatian. dulu aku pernah mogok sepanjang malam tak study, hanya kerana choon han kalah malaysia open. hanya kerana schumi tak naik podium masa grand prix. bila terima mesej kak dah tadi, aku bersyukur aku tutup tv awal-awal.

sikap penyokong pun satu hal. belum apa-apa sudah baling mercun. belum apa-apa sudah buat rusuhan. aku tak faham betul. aku hanya respect penyokong kelantan masa final piala FA. lepas game, bila dah kalah, semua keluar dari stadium dengan tenang, tanpa gaduh-gaduh. mungkin masa tu masih terasa kesan penggantungan. sekarang sudah tak ingat detik kejatuhan kelantan masa tu, dah tunjuk perangai 'england' balik. apa hukuman lepas ni aku tak tahu lah.

tapi apa-apa pun aku tetap berbangga kelantan masuk final. walaupun kalah, tak apalah, sekurang-kurangnya dah berjuang sehabisnya. piya sampai patah kaki. semoga tahun depan kelantan masih terus cemerlang, dan indra masih di kelantan.

bagi aku, indra tetap pemain paling berharga.


Saturday, November 7, 2009

mencari seseorang~

sejak dari dulu lagi aku minat teater. bagi aku teater sangat jujur, tidak seperti filem (lebih-lebih lagi empat lima tahun kebelakangan ni) yang aku rasa sangat merapu. tetapi aku hanya mampu tengok teater yang disiarkan di TV. (for sure lah dah expired musim teater tu, tap tak pe, asal boleh tengok.) ye lah, di kelantan mana ada teater. kalau dikir barat adalah. tapi dikir barat pun aku layan jugak.

bila masuk UM, barulah terdedah kepada dunia teater amatur, oleh student-student, semasa festival seni (feseni). masa tahun 1 dan 2, aku ramai geng, jadi boleh pergi tengok teater feseni. bayarannya cuma dua ringgit. tapi teater student, taraf pun taraf orang baru buat teater la. tapi aku tetap suka. tahun tiga dan empat, rasanya aku tak pergi tengok, cuma ambik tahu. sebabnya, aku lupa kenapa.

aku pernah cakap-cakap dengan saadah coursemate aku, sebelum habis study kita mesti tengok satu teater (profesional, bukan teater amatur oleh student kolej). tapi sampai detik keluar UM, aku masih belum berjaya untuk menyaksikan satu persembahan teater. cuma seingat aku, aku pernah menonton satu teater 'hikayat nilai tambah', tapi dah separuh jalan. tu pun percuma. jadi aku tak rasa kepuasan untuk benda percuma. bila berbayar, kita akan hargai sikit benda tu.

bila aku dengar ada persembahan Natrah, aku rasa macam nak pergi. tapi kat IB pulak tu, harga tiket pun mesti 'cun'nya lah. tapi kalau ada teman, walau berapa pun, aku sanggup, sebab aku suka cerita pasal natrah ni. kalau teater pulak, lagi berganda-ganda lah sukanya. dan kalau ada orang sponsor pulak, tak terkiralah sukanya.

tapi aku masih tak jumpa lagi siapa yang dekat dengan aku berminat dengan teater setakat ni.

detik terakhir...

dulu masa aku masih kecil, sekitar darjah satu atau dua, kat rumah aku masih belum ada tv. sebab ayah cakap kalau ada tv mesti kitorang adik beradik tak akan belajar. jadi kalau nak tengok tv, aku akan pergi rumah jiran. itu pun jarang-jarang sekali.

tapi kalau ada event besar, seperti final bola sepak atau pun Piala Thomas, kami adik-beradik seramai enam orang, (hanya kakak sulung aku yang tak join) akan beramai-ramai ke rumah sedara kami yang lebih kurang 500 meter dari rumah. masa tu seronok sangat tengok beramai-ramai. tapi masa tu aku masih kecil untuk faham dan ambil port untuk semua perkara. ada ketika aku tertidur menunggu perlawanan habis. ada kala aku terjaga sebab sorakan diorang yang nak pecah rumah.

keadaan tu berterusan selama beberapa tahun sehinggalah rumah aku ada tv.

dan Piala Malaysia dan Piala Thomas tetap jadi event besar dalam keluarga kami. tak kiralah siapa lawan kat final. seronok! bila aku dah besar sikit, aku dan adik pulak ambik alih, dan kakak-kakak sudah tak ambik port sangat bila dah kawin, kecuali event-event besar.

sekarang, keadaan sudah berubah. masing-masing membawa diri memenuhi tuntutan hidup. dan hari ni, kurang dari setengah jam lagi, final Piala Malaysia, kali pertama kelantan ke final sejak aku dilahirkan. dan aku keseorangan di rumah ini. tapi tak apalah, asalkan Piala Malaysia pulang ke Kota Bharu. Go the Red wArrioRs!

Friday, November 6, 2009

the ReD Warrior !

sekarang tiap-tiap pagi sebelum ke office aku akan bukak paper online, dan baca berita sukan. sekian lama kelantan didiskriminasi dalam bola sepak, barulah aku merasakan sisi lain sekarang. mungkin sejak-sejak kelantan diterajui orang politik, mempunyai kewangan yang kukuh, barulah orang mula buka mata.

lama sudah aku melupakan bola sepak dari hidup aku, walaupun abang aku tak pernah missed setiap perlawanan kat Stadium Sultan Muhammad ke-IV. selepas beberapa perlawanan dan kelantan selalu berada ditempat teratas liga. dan sejak itu aku mula offer diri kat abang aku bila dia bersiap-siap nak pergi stadium. 'jangan mengarutlah', beritahu abang, 'nanti kena sorak dengan orang.' aku menyambut, 'baguslah orang sorak.' abang tetap bertegas. ' kat sini tak ada orang perempuan pergi tengok bola.'

aku mengeluh kecewa.

masa lepas menonton semi final hari tu, lan adik aku menawarkan, 'mu nak pergi tengok kat stadium tak?' aku jawab, 'tak naklah, nanti abe rul marah.' kata kak dah, 'apa salahnya pergi tengok kat stadium.' aku tetap cakap, tak apalah, tengok kat tv je lah.

dan semalam, bila ada kawan call, 'nak pergi tengok bola tak sabtu ni, i ada tiket free', aku rasa aku terpaksa tarik balik kenyataan yang aku bagi kat lan, dan aku harap tak jumpa abang aku. haha


Wednesday, November 4, 2009

tinggal kenangan

singgah kat blog tina tadi, tiba-tiba ingatan pada volley singgah. dah hampir dua tahun (setahun setengah sebenarnya) aku meninggalkan court secara rasmi. 12 tahun aku di court bukan sekejap. suka, duka, glamour, egois, kawan, lawan, cinta, musuh, pride, maruah, kepercayaan, confidence, penyesalan, semuanya berada dalam satu gelanggang.

cinta aku pada volley tak pernah bertepi walaupun berakhir dengan rajukan. rajukan yang tak menguntungkan sesiapa. tapi aku tak salahkan diri sendiri pada masa tu. memang aku rasa itu keputusan yang paling tepat. pada masa tu aku tak boleh nak luahkan pada sesiapa, sebab betapa peritnya aku berdepan dengan kenyataan tu, tak ada siapa yang tahu.

bila rajuk ini akan berakhir aku tidak tahu. mungkin seumur hidup aku. dan semuanya sudah terlewat untuk aku berpatah semula.

walaupun banyak jalan tersedia, ada kalanya jalan hanya sehala. no turning back.


Tuesday, November 3, 2009

terganggu atau mengganggu?

tiba-tiba aku rasa macam nak nangis..

'...i feel not to disturb u.'

selama ni pernah ke aku kata kat dia selalu ganggu aku? tak pernah. pernah ke aku kata dia menyusahkan aku. seingat aku, TAK PERNAH!

tapi kenapa dia boleh cakap macam tu?

Sunday, November 1, 2009

hensem lah Farhan!


buat pertama kalinya aku merasakan Farhan lebih hensem dari Fezrul Khan, walaupun aku merasakan muka mereka seiras. tiga gol penuh bergaya dari Farhan memang melayakkan dia jadi pemain paling hensem malam tu selain dari pemain terbaik perlawanan. haha

kalau abang aku travel jauh dari kota bharu ke kangar, aku pulak travel dari KL ke Kuala Lipis, semata-mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut bersama kakak aku, dan nyata berbaloi-baloi!

kali terakhir kelantan melangkah ke final sebelum semua pemain kelantan dilahirkan, kecuali halim napi. yang lain, mungkin masa tu mak bapak diorang baru bercinta, ketika kali terakhir kelantan bermain di final Piala Malaysia. sungguh lama penantian 39 tahun itu!

sebelum bermula game dan babak-babak permulaan, seram juga melihat halim napi yang tak pernah duduk diam, selalu di asak bertubi-tubi. mulalah terasa kesan kehilangan indra dan piya. tapi diam-diam farhan memang berisi dan bila dia mula mempamerkan kehensemannya kali pertama, aku yakin memang kelantan akan ke final tahun ini.

dan kalau hatrik lagi final ini, tak syak lagi, memang farhan lelaki melayu paling hensem lah!!