Pages

Saturday, October 31, 2009

tik tok simpati

aku bukan simpati kepadanya. aku tak patut simpati kepadanya. tapi sebagai kawan aku tahu betapa pedihnya apa yang dia rasa. sebelum ni aku kenal dia sebagai orang yang cukup tough, tapi sekental mana pun orang itu, ada masa dia akan rasa jugak detik 'kekalahan' walau seketika.

aku ingin jadi pendengar setia kepadanya. aku nak tahu apa jua yang dia rasa. supaya dia tahu aku tetap ada untuk dia, seperti dia pernah cakap kat aku, bila aku perlukan dia, disitu ada dia.

aku nak mendengar suara hatinya. aku nak dia tahu betapa aku dia hargai dia.

Thursday, October 29, 2009

buat aku tersenyum =))

hari ni aku terima berbagai-bagai mesej dari pelbagai orang tentang pelbagai isu dan peristiwa yang membuatkan aku gelak sorang-sorang. kadang-kadang hidup ini dangan mengujakan. segalanya datang secara mengejut.

balik kerja tadi, dapat mesej dari anak sedara aku, dengan tulisan yang berterabur, teh bila teh nak balik sudah lama teh tak balik rindu rasanya... terasa sebak gak aku, dan terasa nak gelak pun ada.. aku pun reply la, then dia balas, teh, teh jagalah diri, jangan lupa solat.. anak sekecil itu... pastu aku call dia sekejap, mengubat kerinduannya, dan aku juga...

pastu adik aku mesej, tanya jadi tak nak pergi kuala lipis, then kakak aku mesej, tanya jadi tak nak pergi rumah dia.. then kawan-kawan mesej, tanya itu ini...

dan tengah duk berbalas mesej dengan kawan aku, kakak aku kat kelantan pulak mesej, kak, dah tidur ke, bukak la 611, raksasa baru kuar. aku tak tahu nak gelak ke apa.. hahahaha.. seharian aku serius kat ofis hari ni, mujurlah ada juga yang masih mengingati aku dan boleh membuat aku tersenyum =))

Wednesday, October 28, 2009

kau sepatutnya....!

senangnya bila menasihati orang. kau sepatutnya itu, kau seharusnya ini!

tapi bila kena kat batang hdiung sendiri baru terasa beratnya bebanan untuk menerima nasihat itu!

tapi sejak aku tahu apa maksudnya 'nasihat' itu bagi yang menerima nasihat, aku sudah jarang memberi ceramah-ceramah percuma. sebab apabila aku meletakkan orang dalam situasi aku, seperti aku tak nak dengar nasihat percuma orang itu, orang pun tak nak dengar 'nasihat' aku.

memang mulut aku sangat celupar. ADVICE IS CHEAP!

tapi dengan keceluparan aku itu aku berjaya membendung orang dari membebel kepada aku, what I shud and shudn't do. tapi ada jugak yang masih kurang faham, bila aku mula bercerita, dan mereka mula membuka cerita mereka, ha, sama la dengan aku!

Gosh! janganlah keluarkan ayat tu pada aku. ayat itu sama dengan maksudnya memBUNUH semangat aku. bila masanya aku bercerita, DENGARlah. melainkan aku tanya, apa patut aku buat ye? tak pun awal-awal lagi aku akan cakap, nak mintak pendapat ni. tapi kalau aku cakap aku nak cerita, maknanya memang aku nak cerita semata-mata. bukannya mintak ceramah percuma!

sekarang aku dapat kepuasan dengan mendengar cerita orang. ceritalah, aku akan mendengar butir bicaramu, kawan..

ditelan masa

masa merubah manusia. atau manusia berubah mengikut masa. entahlah...

seorang yang kita kenali lima tahun dulu, kalau kita jumpa sekarang, pasti berubah sangat banyak... aku tak tahulah macam mana pandangan orang terhadap aku sendiri.. mungkin orang akan cakap, azma sekarang dah tak macam dulu, macam aku cakap orang, dia dah berubah, tak macam dulu lagi..

tapi aku tak kisahlah sebanyak mana pun dia berubah, selagi dia masih ingat aku sebagai kawan, aku tetap menghargai dia..

sebab aku pun sudah berubah ditelan masa.

Monday, October 26, 2009

bahagia di mana?

dalam hidup, kebanyakan dari kita menghabiskan masa mencari bahagia dari menikmati bahagia itu sendiri. kesenangan tidak menjamin apa-apa kebahagiaan.

seseorang yang gajinya sebulan sama dengan gaji aku tiga tahun, belum tentu beroleh bahagia dalam hidupnya. seseorang yang bertemu dan berkahwin dengan idaman hatinya, belum tentu mengecap bahagia dalam perkahwinannya. seseorang yang hidup dilimpahi wang ringgit, belum tentu lena tidur malamnya.

aku ingat satu artikel (if we can call it article- actually ia adalah sebuah presentation), yang aku dapat dari seorang kawan dulu. if we have everything, what left for others. (mungkin nanti aku boleh upload kat sini, tapi sekarang file tu tak ada).

selama ini aku selalu berangan, kalau aku kaya, selesai semua masalah. kalau aku dapat kerja baik tak payah nak fikir apa-apa lagi. semuanya MONEY-oriented. tapi sebenarnya hidup bukan sekadar itu. hidup ialah macam mana kita menghadapi dan memanipulasi kehidupan kita.

semalam sebelum tidur, panjang aku fikir. kalau selama ini aku rasa hidup aku dibelenggu masalah, orang lain lebih banyak masalahnya. kalau aku rasa keseorangan, ada yang sebatang kara hidupnya. kalau aku rasa tidak berteman, ada orang yang langsung tiada tempat mengadu. sebelum tidur semalam, pertama kali aku cuba memikirkan tentang hidup orang lain, bukan semata-mata hidup aku.

aku bukanlah seorang kaunselor, juga tidak mampu menjadi problem solver. bukan juga sebagai fasilitator, seorang pemudah cara. aku hanya boleh mendengar dan memahami mengikut pemahaman aku sendiri. aku tidak mampu membantu menyelesaikan masalah itu. aku tak mampu memberi pandangan kepada orang yang makan garam kehidupan lebih banyak dari aku. tapi aku tetap boleh mendengar. mendengar. mendengar dan ketawa. aku tak harapkan untuk menyelesaikan masalah itu, aku cuma berharap ia akan membuatkan orang sedikit tenang.

dan semoga dia tetap tenang...

Sunday, October 25, 2009

sebiji donut di dalam peti

sejak bila aku tak perasan, tapi yang aku ingat aku memang gilakan donut coklat. kalau beli donut kat kampung pun, aku suka masak coklat untuk dimakan bersama donut. apatah lagi mendapat sambutan memberansangkan daripada budak-budak kecik yang pantang tengok aku masak coklat.

masa tu aku belum kenal big apple donut. tapi kalau pergi mid valley, aku tak pernah lupa beli donut coklat kat la Boheme. donut dia taklah semeriah donut big apple, tapi rotinya lembut, dan aku selalu beli yang ada toping coklat chip putih campur coklat.

tapi aku tak suka dunkin donut.

dan sejak-sejak aku kenal big apple yang memang kaya coklat, kegilaan aku pada donut bertambah parah.

ingin sekali..

aku ingin sekali...

...melafaz yang tak terucap
...menceritakan yang tak terdengar
...merindu yang tak ketemu
...menyayangi yang tak termampu
...memiliki yang tak pernah aku tahu

tapi kenapa aku memilih untuk jadi macam tu?

semalam aku bermimpi

semalam aku bermimpi. semalam dalam mimpiku aku bersama dia. semalam dalam mimpiku aku bersama dia dan berjalan bersama. tetapi dalam mimpiku itu, siapakah dia?

Friday, October 23, 2009

x-factor

seminggu dua ni banyak tender interview. aku pun masuk sekali. seperti biasa jadi pencatat minit mesyuarat. dan kebiasaannya aku akan duduk di hujung sekali, paling jauh dari orang lain, jadi tiada tumpuan sesiapa yang terarah kepada aku dan peduli apa aku tulis.

dan dari jauh itu jugalah, aku boleh perhatikan setiap gelagat orang, setiap gerak geri, setiap reaksi, dan apa-apa saja, tanpa disedari sesiapa (aku agak la...). setiap yang datang biasanya yang berjawatan pelbagai, dari manager hinggalah technician. ada manager yang standard biasa, means 40 or akhir 30. tapi ada juga manager yang umur 20-an. dan aku sangat kagum dengan golongan orang-orang ini. semuanya ada karisma tersendiri.

sesetengahnya karisma terpancar dari gayanya, tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. cukup dari caranya berjalan, caranya berpakaian, caranya tersenyum.. golongan ini tidak memerlukan ayat manis-manis. sekali tengok sudah jatuh hati!

golongan kedua mungkin golongan yang berpenampilan sederhana, tapi gaya percakapannya meyakinkan. seperti dia meyakini dirinya sendiri, seperti itu dia boleh meyakinkan orang. butir-butir percakapannya jelas, penyampaiannya lantang. dan biasanya dia yang akan menguasai suasana.

golongan yang ketiga paling unik. gayanya sederhana. percakapannya juga sederhana. cukup perlahan, cukup bersopan. dia tak perlu menunjuk-nunjuk dengan gaya, dengan kelantangannya, cukup dengan hanya kesederhanaan.

masing-masing punya karisma sendiri. tapi aku tetap suka golongan yang pertama. =)

Thursday, October 22, 2009

i brought murukku especially for u!

masa kat UM, aku sangat racist kepada kaum india, puncanya hanya kerana aku tak suka pengetua aku. selama 4 tahun aku di kolej 4 tahun jugak aku tak bahagia sebab ada pengetua berbangsa India. kemuncaknya pada tahun dua bila aku jadi pengarah projek. setiap yang aku buat dia tak suka, dan semua yang dia buat aku tak suka. dan aku masih ingat ucapannya pada malam perasmian, kepada saudari pengarah, anggaplah teguran saya sebagai teguran bapa kepada anak. bukan niat saya untuk timbulkan masalah dengan saudari pengarah. dan aku hanya ketawa dalam hati, sebab hati aku dah banyak menangis kerana dia. sampai aku keluar 2nd dan keluar UM, aku tak pernah suka dia.

kerana pengetua aku ini, aku sangat tidak suka Indian, terutama yang duduk kat UM, kecuali Kannan coursemate aku, Anand Raj, dan Prov Ravee.

aku kira orang pertama yang melunturkan prejudis aku itu ialah Raj. dia terlalu baik sehingga aku rasa tidak patut aku melayan semua yang berbangsa India sama, sedangkan aku hanya tidak suka pengetua aku dulu. semua kaum ada baik ada jahat. Melayu sendiri ada baik ada jahat. Cina juga begitu. dan India tidak terkecuali.

dan bila tadi ada seorang kawan call, I brought murukku especially for u, aku rasa tidak adil untuk aku prejudis pada mana-mana kaum..

668?

setiap hari hobi aku masa berjalan on the way ke office setiap pagi ialah memerhatikan jenis-jenis kereta yang berderet-deret, kebanyakannya mercedes ataupun BMW. dulu aku perhatikan di depan satu company, semua nombor pletnya 26. so aku buat kesimpulan mungkin diorang satu office, guna nombor sama. then satu lagi nombor yang aku perasan ialah 75. mungkin jugak mereka office yang sama.

tapi tadi aku baru realize bahawa lebih dari 10 buah kereta memakai plet 668. aku mula fikir balik kesimpulan yang pernah aku buat dulu. tak mungkin mereka satu company. besar sangatkan office diorang sampaikan semua executive guna merc dan BMW. jadi aku buat kesimpulan lain. mungkin sebab kepercayaan chinese berkenaan nombor bertuah. tapi apakah maksudnya?

sampai kat office aku try google. tapi tak jumpa. nanti lah aku try tanya Leng.

Wednesday, October 21, 2009

the journey..

lagu ni aku sangat suka, dari sekolah rendah lagi. tiap-tiap hari aku dengar. but then one day abang aku mengamuk then habis semua kaset dia buang, termasuklah kaset 911. lepas tu aku tak dengar lagi lagu ni..

dan tadi aku duk cari lagu inspirational, dan jumpa la lagu ni...

The Journey

Time waits for no one, sure as the tide pulls the ocean
Sure as, the path that's been chosen, cannot be changed
In my life's destination, I searched for the explaination
For some kind of reason, for my sorrow and pain
But in my isolation I learned to listen
To be thankful for the love that I'd been given

[Chorus]
This is my journey, journey through life
With every twist and turn I've laughed and cried
As the road unwinds
This is my journey, and I've learned to fight
To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive

In my desperation I swore that never again
Would I hear all the laughter of my friends and my family
A million tears that I'd cried then began to dry
In the silence of the night time
I had came to realize
A sweet inspiration filled my horizon
Gave me the heart to go on and never would give in

[Chorus]
This is my journey, journey through life
With every twist and turn I've laughed and cried
As the road unwinds
This is my journey, and I've learned to fight
To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive

I'm going to love each moment, of every day and night
I'll look back to the past with the sweetest smile
For now I realise, I've been given the key to life
I've been kissed by the angel by my side

[Chorus]
This is my journey, journey through life
With every twist and turn I've laughed and cried
As the road unwinds
This is my journey, and I've learned to fight
To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive
To bring my dreams alive
To bring my dreams alive


actually semalam ada bad day jugak bagi aku, atau lebih tepat lagi, hari yang tidak begitu menggembirakan bagi aku. rasa bersalah menghantui. walaupun aku bagi alasan yang agak 'konkrit', tapi hati sendiri tetap tahu kebenarannya.


Sunday, October 18, 2009

menggamit memori: MRSM

masa aku masuk mrsm dulu, pada minggu orientasi, aku ingat dua lagi yang wajib kami ingat, selain dari lagu mrsm sendiri. pertamanya lagu warisan (baca=anak kecil main api), dan kedua menuju wawasan. pada masa itu mrsm hanyalah untuk bumiputera, dan semangat kemelayuan memang ditekankan. (sekarang aku tak fikir lagu tu menjadi lagu wajib memandangkan mrsm sudah dibuka untuk non-bumi.)

kalau dulu hanya itulah yang membezakan MRSM dengan SBP. dan kalau dari segi panggilan pun kami tidak memanggilnya sebagai sekolah, tetapi maktab. walaupun mungkin MRSM dikatakan 'second class' berbanding SBP, namun aku bangga menjadi student MRSM. kalau diikutkan dari segi pelaksanaan dasar-dasar islamik pun, mrsm aku rasa lebih menitik beratkan itu. tapi sekarang mrsm aku sendiri pun sudah ada band sendiri dengarnya. masa berubah....

sekadar menggamit memori, tetiba aku rindu untuk nyanyikan dua lagu itu semula..

Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.

dengar lagu di sini dan di sini.

menuju wawasan

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan Akhirat

Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari!

dengar lagu di sini.

Saturday, October 17, 2009

Rawa dan RetiRed

Hari ni aku beli buku baru lagi walaupun sophie's world tak habis lagi. jadi untuk adil aku perlu baca sampai habis dulu sophie's world barulah beralih kepada buku baru itu- Rawa- karya Isa Kamari.

pagi tadi borak dengan azwan. dan aku tanyalah kenapa dia lama dah tak update blog. dia cakap nak retired sekejap. huhu. dulu azwan antara blogger yang aktif (dalam kalangan kami secholian), mula dari friendster, berpindah ke yahoo 360, dan kemudian blogspot. dan sekarang mahu retired sekejap katanya. dan alasan yang dia kemukakan very reasonable, sekurang-kurangnya untuk aku, sebab aku pun pernah fikir macam tu.

tapi aku takut kalau lama sangat tak menulis (walaupun caca marba), nanti aku akan hilang interest untuk itu. jadi aku akan terus menulis, dan menulis, dan menulis, sampai aku rasa nak berenti seketika macam azwan =)



Friday, October 16, 2009

~arai~

hampir dua bulan lalu, dua buah novel yang paling aku sayang, laskar pelangi dan sang pemimpi hilang dari tangan aku. kisahnya aku beri pinjam pada seorang kawan, sebagai pertukaran aku dia bagi aku tengok cite laskar pelangi. but then masa dia balik jumpa aku, beg dia hilang, bersama barang-barangnya, dan bersama dua buah novel kesayanganku. dia berjanji akan ganti, tapi aku tak pegang janjinya, walaupun sangat berharap.


bukan mudah untuk aku dapatkan novel tu (pada masa itu). sekarang laskar pelangi dah banyak di pasaran. sang pemimpi pulak memang susah nak jumpa. after novel tu hilang, setiap kali pergi mid valley, setiap kali juga aku mesti ke MPH, dan setiap kali itu hati aku pedih mengingatkan novel yang hilang. sedih aku tengok laskar pelangi di rak, sedih lagi ingatkan sang pemimpi yang tak pernah aku jumpa lagi selepas itu. aku selalu check kat setiap kedai buku yang aku pergi, namun tak ada.

aku ceritakan pada lukman, bahawa aku sangat kehilangan buku itu. dan selepas itu, aku cuba melupakan kisah kehilangan itu. tapi setiap kali tengok edensor dan maryamah karpov yang masih ada dalam simpanan aku, setiap kali itu aku akan rindukan sang pemimpi.

sekian lama mencari masih tak jumpa, aku cuba lupakan kisah itu.

hari rabu hari tu lukman mesej, nak jumpa malam, ada sesuatu untuk aku.

dia tak bagitahu apa dia, sehinggalah masa nak balik, dia keluarkan satu paper beg coklat dari begnya.

aku bukak.

di dalamnya ada dua buah buku. satu nipis dan satu tebal.

aku suka tidak terkata. dan sebak tidak terkira.

terima kasih teramat luk. berakhir juga pencarian aku. panjang lagi kisah pencariannya daripada aku.

itu adalah jelmaan arai.


ini koleksi lama aku sebelum ia menghilangkan diri



*arai ialah satu watak yang sangat mengagumkan dalam tetralogi laskar pelangi



Wednesday, October 14, 2009

...flash back

tadi tergerak hati nak bukak balik blog lama aku kat friendster. walaupun aku mungkin aku terguris, tercalar, tapi aku juga akan tersenyum dan ketawa. jadi aku beranikan diri, cekalkan hati.. dan kesimpulannya, aku sangat rindu saat itu. sangat-sangat rindu.

rindu pada volley, geng-geng volley, rindu pada geng-geng biomed, projek, KKAA, dan macam-macam lagi. hampir menitis air mata aku. tapi zaman itu tetap berlalu. aku rindu sangat, saat keluar ramai-ramai main boling, turun court ramai2, pegi maple, celebrate birthday kat court..

detik yang berlalu hanya boleh aku kenang..

buat kawan-kawan, terima kasih pernah mencoret kenangan dalam hidup aku..

lohong kosong

aku tak sabar menunggu hari berlalu, tapi aku takut untuk menunggu hari mendatang.

entahlah, aku pun tak berapa pasti apa yang berlaku dalam hidup aku dua tiga hari ni. macam malas nak mendepani kenyataan, tapi kenyataan itu adalah tetap kenyataan.

fikiran aku berkecamuk.

dan sebenarnya aku kosong hidup macam ni. kekosongan yang tak terisi walaupun setelah beberapa lama. sampai bila lagi aku harus hidup begini?

Tuesday, October 13, 2009

memikul sebuah janji

walaupun mungkin hanya satu patah perkataan, amanah bagi sebuah janji adalah maha berat. tapi orang boleh je suka-suka melafazkan janji dan mengkhianati.

tapi semakin kita di makan usia, aku rasa kita semakin lupa pada janji. aku panggil ia 'janji orang dewasa.' terutamanya pada anak-anak kecil, kita semakin petah melafaz janji, tai cuba hitung berapa banyak yang kita patuhi.

aku pernah cakap pada seorang kawan, u boleh janji, tapi i tak pegang janji u. dan dia hanya ketawa. sebabnya dalam banyak-banyak yang dia janji padaku hanya satu dua yang dia tunaikan.

hari tu aku berjanji dengan seorang kawan. dan aku harap aku tak akan mengkhianati janji itu, walau seketika, aku mungkin melukai orang lain.

Monday, October 12, 2009

~journey












di manakah hujungnya sebuah perjalanan.. dan di manakah mulanya suatu perjuangan?


bila...


bila hatiku terbelah dua, yang mana satu milikku?

Sunday, October 11, 2009

realiti bukan paksaan


kalau kita diberi pilihan untuk memilih antara dua, kenapa perlu menyeksa diri?



Saturday, October 10, 2009

shake hand~antara kewajaran dan kesopanan

sering aku confused- patut ke tak shake hand dengan lelaki bukan muhrim. memang dari segi agama terang-terang sudah salah bersentuhan kulit, tapi sesetengah mengatakan ada jugak mazhab yang membenarkan.

kalau dalam grooming class selalu jugak isu ini timbul.

sekarang aku bekerja dalam industri yang memerlukan aku berjumpa orang-orang lelaki dan perempuan. kalau perempuan tak apalah, tak kisah lah nak buat apa pun. tapi yang kisahnya bila berjumpa dengan lelaki-lelaki ini. kalau lelaki melayu for sure lah diorang faham bila tengok perempuan bertudung. diorang tak akan hulur tangan melainkan perempuan yang hulur dulu. dan sesetengah lelaki bukan melayu pun ada yang faham, dan diorang sekadar angguk, menggantikan shake hand itu.

baru-baru ini ada satu pameran medical for military kat KLCC. exhibitor nya kebanyakan adalah orang luar negara kerana kebanyakannya principle company tu yang turun sendiri. dalam duk jalan-jalan, aku singgah lah kat satu booth, sebab tanggapan awalnya this company participate dalam tender. memandangkan aku belum familiar dengan equipment by this vendor, kak salilah bagitau, masuklah kalau azma nak tengok barang dia.

masuk booth tu, aku disapa oleh seorang lelaki berketurunan india, walaupun kulit dia cerah seperti orang melayu. semestinya orang malaysia. sebentar kemudian, datang dua orang foreigner, seorang masih muda, dan seorang lagi dalam usia 40-an. jadi aku diterangkan oleh lelaki india itu dan kak salilah diterangkan oleh foreigner yang berumur 40-an itu, kemudian aku tahu dia adalah principle untuk company tu. orangnya peramah, berasal dari germany. dalam pada itu, foreigner yang muda itu datang menawarkan beg kepada aku, memandangkan barang yang aku pegang selalu jatuh-jatuh.

kemudian lelaki india itu memperkenalkan, ini my bos, daniel. aku senyum. lelaki bernama daniel itu menghulur tangan. aku serba salah. mungkin dia perasan reaksi aku itu dan menarik kembali. dia senyum, dan mengucapkan, nice to meet u. aku membalas, nice to meet u too. dia menghulurkan kad, aku meneliti, Jr. Area Manager (untuk asia region). bukan calang-calang orang. masih muda dan sudah berada di kedudukan itu. mengingatkan huluran salam yang tak bersambut, aku jadi serba salah. aku faham pandangan orang-orang barat, bila huluran salam tidak bersambut, seolah-olah satu penghinaan. tapi dalam Islam, kecuali dalam keadaan darurat, tidak boleh bersentuhan begitu dengan sengaja. aku menenangkan hati sendiri, mungkin daniel faham, sebab dia sudah biasa jugak di malaysia. begitulah harapanku. selepas itu daniel ambil alih memberi penerangan kepada aku. dan lelaki seorang lagi itu mengusik, tahun depan dia dah nak menetap di malaysia, kalau single lagi bolehlah cuba nasib. nakal sungguh.

lelaki itu berjanji denganku, nanti i akan drop by kat your office to submit the catalogue.

semalam, seperti dijanjikan, dia datang. leng menyambut, azma tetamu u sudah sampai. aku keluar dengan document tender yang dijanjikan. nampak je aku, lelaki itu bangun, nampak gaya macam mahu menghulurkan tangan kepadaku, namun aku terus duduk. jadi dia pun duduk. berbual itu ini, terangkan pasal tender sedikit sebanyak, dan selepas hampir sejam di office dan semua urusan selesai, dia meminta diri. ok, azma, i pergi dulu, see u then. dan dia menghulurkan tangannya. begitu dekat denganku. aku terkejut. mustahil dia tak tahu yang hari tu aku menolak untuk bersalam dengan daniel, betul-betul di depan dia. sedang daniel orang barat itu boleh menarik balik tangannya. dan dia adalah orang malaysia yang membesar dalam culture malaysia. atau lelaki ini sengaja mencabarku, sebab hari tu aku menolak huluran kawannya mentah-mentah. tapi akhirnya aku sambut juga, see u, dan senyum serba salah.

serta merta teringatkan peristiwa dua tiga bulan dulu, bila aku bertemu dengan seorang kawan, juga india. seorang malaysian yang dilahirkan di malaysia, cuma belajar di luar negara, dan banyak bekerja di luar negara. walaupun merupakan vice president dalam multinational company, tapi sebab aku mengenalinya sebagai kawan, jadi bila dia menghulur tangan mahu bersalam, aku hanya senyum dan berkata, sorry.... dia macam mempertikaikan, takkan lah nak bersalam pun tak boleh? aku hanya senyum... macam mana nak kerja dengan multinational company macam ni? aku hanya membalas, i know i as a friend, bukan my boss, so i hope u do understand. dia jawab, yes i'm malaysian, i faham, asian faham, but european tak faham. aku hanya senyum.. first time in my life u know, orang tolak bila i nak shake hand, sambungnya...

mungkin first time untuk daniel, orang tak sambut tangannya bila dia hulurkan.. tidak sopankah aku?

Friday, October 2, 2009

_innocent_


aku suka gambar kanak-kanak~ so naive

memburu impian

i.
aku pernah terfikir untuk jadi penulis suatu ketika dulu. sebab aku suka sastera. sebabnya aku banyak terdedah dengan kesusasteraan sedari kecil. bila membaca novel-novel pop, aku yakin aku juga boleh jadi penulis. bermula dari tingkatan 4, aku mula menulis cerpen-cerpen murahan, lebih kepada pengalaman sendiri. dan aku ingat komen cikgu bahasa melayu semasa aku tingkatan 4, tak ingat exactly apa dia tulis, tapi lebih kurang~ berbakat untuk penulisan kreatif, teruskan usaha.

sejak itu aku semakin suka menulis. hanya cerpen.

ii.
sekolah rendah lagi, aku suka puisi. semuanya lebih bersemarak bila aku menang pertandingan deklamasi puisi. aku semakin aktif menulis puisi sendiri.

tingkatan dua, pertama kali puisi aku terlepas ke tangan kakak yang merupakan cikgu bahasa melayu. aku malu teramat. bahasa aku mesti entah apa-apa di mata seorang guru bahasa melayu. tapi, amazingly, dia memuji puisi aku. itu suatu motivasi besar untuk aku. tapi kegembiraan itu tidak lama bila aku kalah dalam pertandingan deklamasi puisi semasa tingkatan tiga, sedangkan aku disebut-sebut untuk menang. sejak itu, aku benci untuk mengarang puisi atau mendeklamasi puisi. puisi tidak menjanjikan apa-apa untuk aku.

iii.
semasa zaman matrikulasi, barulah aku mula menulis puisi semula. ada keindahan disitu yang aku tidak temui dalam cerpen. puisi lebih dalam walaupun lebih pendek. puisi lebih indah walaupun mungkin hanya beberapa patah perkataan.

cerpen juga aku masih teruskan, tapi ada tak pernah siap hingga ke hari ini.

kakak mencadangkan aku masuk minggu penulisan remaja. tapi aku tak pasti sama ada kewajaran atau tidak di situ.

iv.
aku menang pertandingan puisi di kolej tahun pertama di UM. Tahun kedua, puisi aku tewas lagi. tapi kali ini aku menang esei. tidaklah begitu teruk.

aku masih menanam minat menghasilkan novel.

v.
semakin banyak aku membaca, semakin aku tahu, aku masih tidak mempunyai bakat untuk menjadi penulis. hakikatnya aku masih terlalu jahil.

aku sedih jika membaca novel-novel yang tak ada mutu. aku takut ia merosakkan keindahan bahasa itu sendiri.

sebab itu aku mahu terus belajar, supaya impian aku suatu ketika dulu akan bersemarak kembali.