Pages

Friday, September 11, 2009

a ship called...

isnin hari tu berbuka puasa dengan geng-geng biomed. terubat rindu setelah sekian lama tak jumpa. hampir semua yang ada kat KL hadirkan diri kecuali sofi, mohsein dan hazie. ada yang lebih setahun tak jumpa, walaupun sering berhubung dengan mesej. tapi nikmat sebuah pertemuan itu tak akan sama dengan bertentang mata dan bersua muka serta berbual mesra. huhu. dan aku harap persahabatan ini akan kekal sampai ke hujung waktu..

semalam sebelum buka puasa tetiba dapat call dari orang yang sudah begitu lama menghilangkan diri. gosh! tapi disebabkan masa tu hampir sangat nak berbuka, so terpaksa lah cakap kejap jek. tapi cukup untuk hilangkan keraguan aku selama ini.

minggu depan last keje.

dan seterusnya raya.

tak sabar nak balik.

Friday, September 4, 2009

wadi unung..

dah hampir dua minggu berpuasa, dan pengalaman pertama berpuasa di rumah sewa. sedih jugak langsung tak ada peluang berbuka kat rumah, tapi harga sebuah perubahan, aku perlu bayar dengan pengorbanan. sepanjang buka puasa dua kali je berbuka kat luar, selebihnya di rumah. rekod tu!

dan minggu lepas, finally aku dapat tengok filem laskar pelangi. setelah sekian lama mencari, akhirnya mohsein menamatkan pencarian aku. huhu. walaupun plotnya sedikit berbeza dari novel, tapi tetap menyentuh hati. tetap sebuah filem yang tak menyesal untuk aku tonton. tapi sayangnya aku hanya sempat menonton sekali jek, nak burn dvd tak dapat, nak save dalam laptop aku too big. so terpaksa untuk beberapa waktu dulu. mungkin jugak terpaksa menunggu version youtube dari lokman yang tak sampai-sampai lagi sehingga sekarang. jauh sungguh nak movie tu nak travel dari melaka ke PJS. huhu

this week cuti lagi 3 hari. tapi tak ada plan langsung nak buat apa. minggu lepas plan nak ke book fair kat convention centre tapi last sekali tinggal plan jek. akhirnya aku rasa 'bookfair' kat MPH Mid jugak yang jadi kenyataan. before balik ni aku mesti jugak beli buku yang kakak aku pesan. kalau tak aku balik raya dengan tebal muka lagi.

cuti raya pun masih tak keluar pekeliling lagi. hopefully dapat la lama sikit. dah la tak dapat nak apply cuti lagi. susah betul terikat dengan term ni...

sekarang almost every evening sambil-sambil siap nak bukak puasa aku tengok wadi unung kat prima. best jugak. cerita persahabatan yang unik. tapi menonton wadi unung membuatkan aku terfikirkan something, dan seseorang..

walaupun kadang-kadang ada jugak miss episod, tapi sesuatu yang membuatkan aku terfikir. kerana cinta seseorang itu sanggup mengenepikan ibu bapa, gaduh dengan kawan baik, dan melakukan sesuatu yang tak masuk di akal. dulu kakak aku pernah cakap, biasanya yang mak ayah tak restu tu mesti sebab ada sesuatu yang tak baik. tapi sekarang aku terfikir jugak, mungkin jugak pada masa tu mak ayah tersilap menilai. ada jugak yang kes macam tu. tapi yang penting apa-apa pun mestilah mak ayah restu dulu. itulah satu-satu yang tak boleh ditukar ganti dalam dunia ni. raj pernah cakap kat aku, i can find thousand wife, but i can't find another single parents.

yang selebihnya, untuk pertimbangan sendiri..