Pages

Friday, July 31, 2009

kerja, bekerja, dan berkerjaya

i

kata seorang kawanku, nanti bila u dah kerja, don't expect u akan lalui benda yang sama macam u praktikal dulu. aku mengangguk, tapi dalam hati aku membantah. praktikal dulu bukan ke kerja jugak. so apa yang bezanya. aku masa praktikal dulu pun lebih kurang kerja jugak. cuma bezanya aku tak dibayar gaji. dan aku tak dibebani tanggungjawab. hanyalah kerja semata-mata.

baru 2 minggu aku kerja, baru aku realize apa yang dikatakannya dahulu. bekerja dan berkerjaya dua perkara yang berbeza. kerja dan tanggungjawab juga tak sama. dan bila bekerja, kita berhadapan dengan orang-orang yang terpaksa kita hadapi walau apa alasan sekali pun kita mengelak.

sesetangah orang sangat berbangga dengan kerjayanya. sesetengah yang lain selalu mengeluh.

aku tak tahu aku dalam golongan mana.

ii

11 ogos tarikh konvo untuk insep. itu maklumat yang aku dapat dari kawan-kawan. surat masih tak sampai ke tangan aku lagi.

tadi jeff call tanya nak pergi ke tak. aku pun tak sure, tapi harap dapat cuti la.

Tuesday, July 28, 2009

air oh air!

aku diserang batuk walaupun tidak begitu teruk. mungkin kesan perubahan air. kat sini banyak minum air dikedai yang sangat tak terjamin kebersihannya. air kat rumah sewa pun sama. hanya ditapis oleh filter yang harganya tak sampai seratus. setakat nak tapis semut bolehlah. nak tapis sejuta kotoran lain yang ada kat dalam air tu mestilah tak mampu. dan air itulah yang melalui rongga tekak aku dan akhirnya aku terbatuk-batuk di sini.

semalam mesej bad mintak nombor sham. dan dia cerita pengalaman kerjanya. macam lebih kurang aku jek. tapi aku cam best jek bagi kata-kata semangat kat dia, sedangkan aku sendiri terjelepok tak bermaya. at least dia dah banyak pengalaman, bukan macam aku.

tapi aku selalu ingatkan diri sendiri, bukan salah berkongsi, sebab suatu hari kita akan dapat manfaat dari perkongsian aku.

dan semalam, finally aku habiskan Sang Pemimpi. suka tidak terkata. aku nak jadi Ikal, Arai dan Jimbron sekali gus!

teruskan bermimpi, kawan.

Monday, July 27, 2009

kipas dan angin

dulu dr anne pernah cakap. bodek itu interpersonal skill.

sampai sekarang aku pegang kata-kata itu.

jadi aku terfikir, sangat teruk kah interpersonal skill aku kalau aku tak boleh nak 'tackle' seseorang itu?

selama ini aku rasa tak begitu teruk.mungkin sekarang baru teruk. mungkin.

just learn, kata raj.

dan aku, menjeruk rasa.

Friday, July 10, 2009

jun

aku tak berapa suka jun.

dia tidak begitu fasih bahasa inggeris. sudah pasti tidak tahu berbahasa melayu. dia juga tidak begitu arif menggunakan vicon nexus. apatah lagi force plate dan segala bagai alat dalam motion lab.

disebabkan jun tidak begitu fasih bahasa inggeris, setiap kali bercakap dengannya aku menyediakan kertas dan pen, supaya dia boleh tulis perkataan yang aku tak faham, dan sebaliknya.

jun suka mengadakan pertemuan denganku. jun suka menemankan aku ke lab, walaupun kadangkala merimaskanku. jun tidak kisah kalau aku ajak ke library fac medic walaupun terpaksa berjalan jauh. dan jun suka berkongsi buku gait denganku, walaupun kadang kala dia menyusahkanku.

jun ialah rakan tesisku yang aku tidak sukai.

moon adalah senior jun. datang lebih awal setahun, menjadi rakan klinikalku. aku senang dengan moon. dia kaya dengan idea. dan komited dengan kerjanya. dia selalu terkedepan daripada aku, almas dan kang kyan dalam bekerja.

kami juga selalu lepak di kedai mamak kat bawah blok B selepas buat kerja klinikal lewat malam. kami banyak berkongsi cerita. bahasa inggeris moon tidak terlalu teruk, walaupun hanya aku yang faham percakapannya. almas lebih banyak ketawa.

bulan 5 tahun 2007, moon pergi. pulang ke korea. aku menghadiahkan keychain seekor katak buat kenangan untuk moon. kali terakhir aku bercakap dengan moon semasa menghantarnya di tempat parking bas sebelum dia bertolak ke KLIA dan berlepas ke korea. sejak itu aku tidak mendengar apa-apa khabar dari moon. emailku tidak berbalas. sampai ke hari ini.

bulan 5 tahun 2008, jun pergi. pulang ke korea. aku menghadiahkan bekas buatan rotan dan hiasan kaca berisi epal buat kenangan untuk jun. aku lupa bila jun balik, sebab aku tidak menghantarnya menaiki bas. aku sibuk menguruskan tesisku. aku sibuk menguruskan seribu hal lain. baliklah jun nak balik. apa aku kisah. sebelum pergi jun menghadiahkan aku sebuah frame yang tertulis namaku dalam bahasa korea.

tapi antara keduanya, aku paling tak boleh lupa jun.

sebabnya disaat orang lain bersuka ria kerana tamat peperiksaan akhir, jun bersendirian di bilik. pada malam aku menghadapi kematian emakku, jun memilih untuk bersendirian, tidak untuk bergembira bersama kawan-kawan yang lain, katanya menghormati kesedihanku. mesej jun, i'm sorry about u lost. i know u had a very hard time now. i didnt go to the dinner. aku paling tak boleh lupa itu.

pulang ke korea, dia pantas mengutusiku email. menyatakan dia sudah sampai ke korea, dan bahawa dia sangat menghargai pemberianku, dan meletakkan di ruang tamu rumahnya. dia juga bercerita kehidupan peribadinya, dan aku tidak tahu kenapa aku juga tiba-tiba jadi senang bercerita perihalku kepada jun.

sampai sekarang, jun selalu mengutuskan email kepadaku, selang sebulan atau lebih. dia sudah bekerja di seoul. sebagai engineer related to dermatology and Davinci robot... gahnya kerjayanya itu.

ketika jun di depan mataku, aku selalu memusuhi jun. ketika jun sudah tiada barulah aku tahu betapa berharganya seorang lee seung jun sebagai sahabatku.

Monday, July 6, 2009

kenapa memilih jalan itu..

Baru-baru ini aku terbaca kisah Ryan dalam Mingguan Malaysia, dan sejak itu aku selalu mengikuti ruang tersebut setiap minggu. Ryan ialah warga Indonesia yang sedang menanti hukuman mati atas kesalahan membunuh 11 orang wanita. Dia membenci semua wanita termasuk emaknya sendiri. Jadi tidaklah mengejutkan kalau dia seorang gay, ataupun mungkin dia jadi gay sebab itu, ataupun dia bencikan wanita sebab dia gay. Menurut Ryan dia tidak boleh menghentikan perasaan itu. dia tidak tahu untuk mengubah perasaannya yang lebih cenderung untuk menyukai lelaki.

Dahulu, aku tidak kisah pun siapa yang nak jadi gay. Itu pilihan dia.

Tapi sekarang, aku amat ambil kisah. Kenapa seseorang itu perlu jadi gay, ataupun cenderung untuk jadi gay, ataupun lebih menyukai kaumnya sendiri, daripada menyayangi perempuan seperti yang sepatutnya.

Zaman sekolah tidak terlalu ketara, dan mungkin masa tu aku tidak ambil serius sangat pasal hal tu. Lagipun pendedahan pada masa itu tidak begitu meluas. Tapi hidup di sekolah asrama, sangat biasa untuk perkara-perkara sebegitu berlaku. Kadang-kadang tanpa diketahui sesiapa.

Zaman universiti, aku mengalami suatu kejutan. Alam universiti dipenuhi lelaki-lekai yang gemalai jalannya lebih dari perempuan! Aku bukan prejudis. Aku bukan membeza-bezakan semula jadi manusia. Aku menerima hakikat bahawa ada lelaki yang memang dilahirkan lembut. Aku tidak kisah berkawan dengan lelaki lembut, tapi aku amat kisah untuk berkawan dengan lelaki gay. Jangan disangka lelaki yang gagah perkasa itu adalah lelaki sejati dan jangan dituduh lelaki lembut itu adalah gay.

Aku selalu aku terfikir, kenapa perlu memilih jalan yang salah sedangkan begitu ramai wanita yang Allah jadikan di muka bumi ini. Kenapa memilih untuk menjadi kaum yang dilaknati sedangkan jalan kebenaran terbentang.

Aku paling tidak suka kalau komedi atau drama di tv yang menjadikan mak nyah sebagai satu jenaka untuk mengundang ketawa orang. Itu bukan jenaka! Itu adalah keparahan yang berlaku dalam masyarakat (sangat berleluasa dalam industri hiburan) yang selalu diangkat menjadi komedi. Aku lebih suka kalau ia didedahkan lebih jujur seperti dalam cerita Waris Jari Hantu dan satu lagi yang aku lupa tajuknya, dilakonkan oleh Ahmad Tarmimi dan Rita Rudaini. Aku boleh rasakan bagaimana perasaan Maya Karin apabila mengetahui orang yang dicintainya adalah mak nyah dan bagaimana perasaan Rita ketika mengetahui ayahnya adalah seorang lelaki berpakaian wanita. Peritnya perasaan itu!

Dulu pernah ada kawan cerita kepadaku, dia ada seorang kawan lelaki, kawan masa sekolah dulu. This guy adalah kawan baik kepada kawan aku tu. Mempunyai pakej lengkap sebagai lelaki, segak, hensem, kulit cerah, tough, dan segalanya-segalanya. Selama berkawan memang kawan aku ni hanya anggap this guy sama seperti lelaki yang lain. Tapi one day this guy confess kepada kawan aku, “aku sebenarnya tak straight.” This guy hanya baik dengan perempuan just to pretend that he is normal guy, instead of being a gay, sedangkan dia tak pernah sukakan perempuan. Kawan aku ni memang terkejut sakan. Dan itulah realiti yang selalu berlaku di sekeliling kita seharian.

Aku sebenarnya bukan marah kepada kaum-kaum ini. Tapi aku kasihan.