Pages

Sunday, June 28, 2009

it's not wrong, but...

sekarang bila aku cakap dah habis kt kuittho, hampir semua orang tanya, tak nak sambung lagi ke? itu soalan yang paling aku taknak dengar sebenarnya. dan semalam jai call aku. lama betul tak borak2 dengan dia. almost for 4 months. rezeki dia, dapat keje kat sony right after LI.

dan dia tanya aku, ko tak nak sambung master ke?
berfikir seketika, aku jawab, tunggu dapat keje dulu, then aku baru nak sambung.
and for the FIRST TIME, ada jugak kawan aku yang bagi komen, ITU LA yang aku nak DENGAR! dan komen itu dari jai.

buat seketika aku tertegun. tapi aku ingat waktu INSEP dulu, jai selalu inspired aku macam tu bila aku frust tolak tawaran UM dulu.

kenapa aku bangkitkan isu ini?
sebabnya selama ini aku selalu dengar komen yang sangat-sangat negatif dari orang-orang sekeliling aku. semua cakap, ala kalau dah kerja mesti tak ingat nak STUDY lagi? buat seketika, aku terasa 'down' jugak.

apa mereka cakap mungkin ada betulnya, tapi apa salahnya jika kita bagi semangat kat orang. tak ada salah pun..

tapi apa pun apa orang cakap, peduli apa aku.

dan jai, terima kasih sebab bagi keyakinan kat aku. good luck, semoga terus berjaya kay Sony.

Wednesday, June 10, 2009

profesorku nan mempesona

aku rasa orang first yang aku recognize sebagai lecturer aku ialah prof wan. atau nama penuhnya profesor dr. ir. wan abu bakar wan abbas. sebabnya pada masa itu prof wan merupakan pengetua kolej kediaman kedua. dan bila aku memperkenalkan diri sebagai student biomedical engineering, later known as biomed engine dalam kalangan senior-senoir, pantas aku disampuk, 'oh, kenal tak prof wan pengetua kolej ni, dia lah lecturer biomed engine.'

first time dengar dia cakap rasanya masa majlis penutupan minggu haluansiswa. dan sukanya aku dengar dia baca puisi, potongan di pasar raya. sejak itu aku mula 'jatuh cinta' dengan prof wan. sebabnya beliau ialah seorang profesor engineering yang menjadi sasterawan. dan seterusnya beliau selalu menyampaikan puisi, dalam majlis universiti ataupun kolej.

prof wan bagi aku sangat hebat. karismanya terpancar. baik semasa dia mengajar atau pun tidak. prof wan selalu berbahasa melayu semasa mengajar, walaupun englishnya lebih daripada fluent. lawaknya juga selalu mencuit hati. gayanya selamba. bahasanya mempesona. sebab itulah sampai sekarang aku masih mengikuti perkembangan blognya.

dan last sekali yang melibatkan aku dengan prof wan, beliau adalah lecturer yang menilai pembentangan tesis aku, bila aku terpaksa membentangkan lewat dari orang lain. dan suka aku tidak terkata bila dia bagi komen kat dr azuan, "your student present very good."

cuti-cuti sekolah

cuti sekolah umpama musim perayaan. KB selalu dipenuhi orang, lebih tepat 'penuh sesak', jalan-jalan dah mula jammed tak kira masa, jalan-jalan dibanjiri kereta-kereta dengan plat berbagai huruf, bukan sekadar "D", dan pemadu teksi serta penjual di pasar mula menaikkan harga barang. jemputan kenduri kawin pulak hampir setiap hari.

kalau ke pasar borong wakaf che yeh, jangan harap untuk berjalan dengan tanpa dirempuh, orang bersesak di kiri dan kanan. dan paling mengujakan ketika aku pergi pada malam jumaat lepas, beberapa kontinjen bola tampar sedang membeli belah. selepas lapan tahun, kejohanan bola tampar MSSM kembali ke kelantan. ketika aku berpaling tadah mewakili terengganu bermain di kelantan dulu adalah pada tahun 2001. cepatnya masa berlalu.

di rumah aku sendiri, pada awal-awal cuti tidaklah terlalu meriah, tetapi apabila Kak Dah pulang dari Kuala Lipis, seolah-olah gempa berlaku. kadang-kadang membuatkan aku tidak sabar dengan jerit pekik kanak-kanak ribena yang rata-ratanya berumursepuluh tahun ke bawah. tapi kalau aku sendirian di rumah, rasanya terlalu sunyi. jadi biarlah jerit sorak mereka menghiasi rumah selama dua minggu ni.

dan pada hari khamis lepas, pergi kenduri kawin zue. kawan volley dari zaman mrsm dulu lagi. (actually dia pernah jadi teammate aku masa darjah 6 tapi masa tu tak kenal sangat.) kat mrsm dua tahun, then matrik negeri sembilan setahun, pergi um pulak selalu bermusuh, sebab aku di kolej dua dan zue di kolej sepuluh. zue jugak teman semeja aku masa tingkatan 4 dulu. 4 maliki. penuh dengan kenangan.

masa kenduri tu jugak la jumpa kawan-kawan yang dah tujuh tahun tak jumpa. cheq linda, mc sha (roomate aku dulu), grah, ellen (selalu jumpa kt um), firdaus, apis, bayin, che'nda.. lama betul. dan aku kira yang paling out of dated adalah aku! haha. orang lain sekurang-kurangnya adalah jugak contact, tapi aku lebih banyak menyepi.

sorang demi sorang classmate aku kawin. agak-agaknya aku bila pulak ye?