Pages

Thursday, May 28, 2009

erti sebuah bahagia

Semakin hari semakin kita dihimpit masalah. Semakin kita hidup semakin mencabar Semakin lama aku hidup, semakin aku jahil tentang banyak perkara. Betullah kata mr Sharif dulu, the more u know, the more u don’t know. Semakin kita berfikir tentang sesuatu, semakin banyak yang kita tak tahu.
dirasakan.

Masa zaman sekolah, kita tak sabar-sabar nak habis sekolah, tak sabar-sabar nak buang uniform, sebabnya rasa terbeban yang amat sangat dengan uniform tu. Habis sekolah, masuk maktik. Masih terikat dengan peraturan. Nak keluar outing masih perlu pakai pakaian rasmi. Masih kena ada pass baru boleh keluar. Tak sabar-sabar nak terbang sebebas burung.

Habis matrik, masuk universiti. Tak perlu pakai uniform rasmi. Tak perlu pass untuk keluar outing. Tapi masih terikat dengan peraturan. Hidup diasrama masih terkawal dan dikawal. Masih kena pergi ke kelas. Masih perlu menyiapkan assignment, masih perlu menyiapkan report. Tak sabar-sabar nak habis belajar, nak kerja, nak pegang duit sendiri.

Habis universiti tak ada kerja. Cari kerja situ sini, masih tak dapat. Bosannya hidup tanpa berbuat apa-apa. Seronoknya waktu belajar. Ada kawan-kawan, ada saja yang nak dibuat. PTPTN tetap ada RM3500 satu sem. Tolak yuran pengajian, tolak yuran asrama, adalah dalam RM1000. Beli buku, beli ink printer, beli itu ini, adalah sikit-sikit untuk enjoy. Untuk rasai kemanisan alam remaja kononnya.

Tunggu punya tunggu, kerja datang. Masuklah alam pekerjaan. Mula 8 pagi habis 5.30 petang. Keluar rumah pukul 7 pagi, sampai rumah pukul 7 malam. Banyaknya kerja. Busylah. Kerja itu, kerja ini, letihnya. Tak ada life. Rindunya zaman belajar dulu, habis kelas boleh keluar jalan-jalan. Petang-petang turun gelanggang main. Sebelum pergi kelas pagi breakfast dah sedia. Balik kelas tengah hari makanan dah sedia. Bestnya zaman belajar dulu. Tak perlu fikir apa-apa.

Di mana sebenarnya kebahagiaan kita? Apa yang kita cari dalam hidup?

Bagi aku, selagi kita menghargai kehidupan, selagi itu kita akan berbahagia, walaupun sedang jobless!

Sunday, May 24, 2009

Job HunTING!!!

dah habis LI, bermula la era baru sekali lagi! pencari kerja! huhu

bila dengar kawan2 dapat keje, aku tumpang seronok, dan menunggu bila plak tibanya giliran aku. tapi aku percaya one day nnti dpt gak.

dan semalam aku jumpa kawan, kawan baru actually..

borak2, cite2 pasal life, pasal pengalaman dia, n dia tanya pasal aku...
aku cakap, tak perlu la belek lagi page yang dah lepas.. move forward dengan cerita baru..
tapi dia cakap, kena jugak tengok yang lepas2, buat rujukan sikit2..

dalam diam, aku fikir sendiri, memang betul pun.. kesilapan yang paling besar aku pernah buta, aku ignore sejarah, dengan harapan sejarah itu tak akan berulang.. tapi pada lain ruang dan ketika, sejarah tertap berlaku, dan berulang..

lain kali aku perlu lebih berhati2 menutur kata..

dan semalam semasa menunggu kawan yang itu, tiba-tiba ternampak orang yang dah lima tahun aku tak jumpa. antara confuse betul ke tak, aku cuba panggil,

"SYUD!"

dia berpaling. rupanya betul itu syuhaidah, kawan sekelas kt KMNS dulu. dia orang negeri sembilan, keje di KL, dan aku jumpa dia di Kelantan, tanpa diduga, selepas lima tahun.. ironis sungguh!

Saturday, May 16, 2009

hari-hari terakhir seorang azma..

tajuk cam nak mati jek.. hehe

actually aku sedih coz tomorrow is my last day at radibems kb. sedih gak nak tinggal tempat yang penuh kenangan. biasalah, mula-mula tak suka, then jatuh cinta. kawan-kawan form unimap dah habis last thursday, so this sunday tinggal la aku sorang-sorang bersama dua stud utm skudai. tiga lagi stud uthm akan berpindah ke radifems (cam jauh jek, padahal sebelah jek. huhu)

aku datang ke radicare 17.02.09 seorang diri, tapi aku cekalkan hati, beranikan diri, sebab hanya aku yang boleh mengubah nasib sendiri. walaupun rasa cam nak menangis first day, aku ingtkan diri sendiri, tak akan ada sebuah kebahagiaan tanpa tangisan. aku perlu survive seorang diri dalam kalangan 7 orang budak unimap. 7 orang! dan mereka sudah tiga bulan di situ, sudah kenal semua staff dan selok belok hospital. sedangkan aku- lonely and arrogant!

tapi dalam seminggu pertama, aku rasa aku dah berjaya tackle keadaan tu. dan aku yakin untuk terus survive selama 3 bulan berikutnya. n i did.

i think i can be part of them- az, hana, wani, izzah, fira, epul, n hafiz. we can work together, n sometimes looks like too bossy. huhu. aku harap xde sesiapa yang menyimpan dalam hati. kalau ada jarum patah- terus buang dalam tong kuning ye kengkawan =)

aku juga happy dapat en wan sebagai supervisor. seriously en wan mmg big big different dgn boss aku dulu. staff lain juga, en kama, en azmi, en rozaimin (both i called abe mie), fauzan banyak mengajar. sakrinal yang banyak menyusahkan aku. haha. no la, he is my sifu also, walaupun dia selalu segan nak mintak tolong aku. sedangkan aku sendiri tak kisah, sebab aku belajar dari sesiapa saja, tak kisahlah siapa pun dia.

last day masa jamuan, first time aku berbual panjang dengan big boss, en pikri. sebelum ni takut nak tegur dia, maklumlah dia siapa, aku siapa. hehe. tapi rupanya dia sangat-sangat mesra alam macam en wan jugak.

staff yang lain juga aku tak nafikan banyak menolong. en saidi dan en ikhfan contohnya, memang selalu menyapa kalau tengok aku duk bukak mesin. en zamri dan en zul juga. so i feel like people do appreciate me as a trainee, and do care about me, as a lonely girl in radicare. haha. actually mmg aku rasa semua orang tetap berjasa, cuma mungkin dengan cara yang berbeza. yana pun aku tak banyak ikut dia, sebab aku dah banyak belajar pasal ppm dulu, so kali ni aku nak learn something different.

yesterday, one friend message me, bagitau pasal karnival pekerjaan kat pwtc. i do appreciate him, tapi sayangnya aku terlalu jauh dari pwtc for now. aku percaya, someday, somehow, ada jugak peluang yang menanti aku, setelah sekian alam aku menanti...

and please pray for me too, all my dear friends....

Tuesday, May 5, 2009

antara araldite dan gam silikon






















kalau diberi pilihan, aku lebih suka guna araldite, walaupun sedikit rumit. sebabnya araldite yang merupakan campuran dua bahan lebih tahan lama, sebab ia membina bonding antara gam dan equipment tersebut. silikon pula, memang akan keras seperti araldite, tapi malangnya sangat senang untuk dicabut kembali. atas alasan itu, silikon biasanya hanya digunakan untuk sementara walaupun ia juga kuat dan melekat seperti araldite.

dan jika memilih kawan, mungkin hanya satu dari seratus yang seperti araldite. selebihnya hanya gam silikon yang begitu senang dilekat dan dicabut kembali!