Pages

Wednesday, April 22, 2009

kebezaan yang unik

bila diperhatikan betul-betul, semua orang cantik, semua orang punya keistimewaan tersendiri. dan semua orang punya kelebihan sendiri. dan kalau nak ambik kira semua pandangan orang, tak ada sesiapa yang terlepas dari umpatan dan kebencian orang. yang baik tak suka yang baik. yang jahat benci yang baik. yang cantik tak suka yang hodoh. yang hodoh iri yang cantik. dunia memang tidak pernah sempurna tapi dunia kaya dengan keindahan.

bagi aku, kadang-kadang semua benda yang ada di depan aku kurasakan cantik. tengok bangunan moden cantik, tengok rumah tradisional cantik, tengok pokok cantik, tengok Harrier pun cantik, tengok pantai lagi la memukau. tapi kalau mood aku tengah spoil, semua yang cantik pun aku nampak tak bernyawa. semuanya kaku dan mati.

tapi sesungguhnya memang semua dicipta dengan kecantikan dan kebezaan yang unik. tak ada satupun yang sama, dan setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza tentang kecantikan. bagi aku sendiri, memang takrifan kecantikan sangatlah pelik. dan yang paling cantik adalah benda yang paling simetri. dan juga mempunyai daya sensitiviti yang tinggi. seorang kawan yang aku kenali di internet pernah memberitahu, (bila aku menyatakan apa benda yang aku paling suka), simetri dan sensitiviti- a perfect criteria for an engineer. huhu. so rasanya memang betul la memilih engineering selama ini =)

disebabkan kebazaan yang unik itu, maka aku rasa tidak perlulah kita mengata orang itu dan ini, hanya sebab mereka berbeza dari kita!

juga jika kita berbeza dari mereka usah merasa tersisih kerana seharusnya kita berbangga membawa keunikan kita sendiri, tanpa membawa identiti orang lain. kata-kata yang aku petik dari pujangga,"what u think of yourself is much more important than what others think of u- seneca"

Wednesday, April 15, 2009

siapa aku?

kadang-kadang aku terfikir, siapa aku sebenarnya. dan siapa aku pada pandangan orang lain. selfish? over confidence? lack of confidence? perasan tahu semua benda? ikut kepala sendiri jek? dan aku tak pernah tahu penilaian orang yang sebenarnya pada aku??

Sunday, April 12, 2009

kisah seorang kawan

aku baru lepas membaca satu blog, milik seorang kawan, yang aku kenal di INSEP. tetiba aku jadi macam tak kenal siapa dia tu, walaupun pernah aku baik suatu ketika dulu. sometimes aku fikir, adakah suatu kesilapan aku pernah baik dengan dia dulu. memang kawan-kawan kelas dia pun pernah warn aku, camane ko boleh baik dengan dia? aku jenis yang tak berapa memilih kawan, so aku jawab la, aku baik jek dengan sesape yang nak baik dengan aku.

but then after two months aku jauh dari parit raja, aku terfikir, itukah kawan yang pernah aku baik suatu ketika dulu??

budak-budak kelas aku sendiri pun pernah sangat-sangat bengang dengan dia, puncanya sebab ayat yang tak bertapis dalam blognya. dan hari ni bila aku baca komen yang orang bagi kat dia pun, ada jugak yang terasa hati dengan tulisannya.

dan aku terfikir, tidakkah dia fikirkan perasaan orang lain semasa dia menulis? atau pun dia buat sesuatu tak pernah fikir dulu? ataupun dia memang tak tahu apa itu perasaan!

dulu aku kesiankan dengar kisah dia. dan aku pernah jugak jadi penasihat dia kejap, jadi posmen dia. tapi itu tiga bulan dulu. sekarang dia dah jadi orang yang langsung aku tak kenal. dan kisah itu aku cuba lupakan (selepas tengok gambar dalam blog dia, respect aku pada dia terus drop!)

dan aku harap aku tak akan jumpa lagi orang macam dia.

dan sebenarnya ini memberi satu warna baru dalam hidup aku- jangan percaya first impression selalunya betul.

Friday, April 3, 2009

zikir rindu

hari ni pegi pesta buku kelantan kat dewan jubli perak MPKB. jalan-jalan seorang, menikmati pemandangan yang memang hari-hari kulihat. melintasi padang hoki, ada pertandingan. peringkat sekolah rendah barangkali.

masuk dewan, pemandangan tak seindah mana. dewan je pun. hehe. banyak jugak buku yang menarik perhatian aku, malangnya elaun bulan 3 masuk belum masuk. dan kempunanlah aku.

jalan-jalan, sempat jenguk-jenguk buku. pergi ke booth pts, alaf, prima dan beberapa lagi yang tak aku ingat. lastly ambik satu. karya azizi abdullah. ceritanya aku tak tahu best ke tak. tapi aku hanya berpegang pada nama penulisnya. harap-harap menarik.

turun bahagian bawah, beli majalah untuk da, dan sempat ambik dua tiga buku untuk dina dan zaim.

balik, jalan lagi ke pusat bandar. hari jumaat tengah hari, tidak terlalu ramai orang. lagipun memang banyak kedai di tutup. cari cc, and here i am...

pasni, jalan-jalan jap. mencari diri sendiri...