Pages

Wednesday, March 18, 2009

semalam en wan bagitau, esok ada perhimpunan pagi, semua kena datang awal. pukul 8. so tido malam tadi aku memang berniat untuk bangun awal. tapi masa tengah tido, aku perasan bateri telefon aku mati. malas nak bangun charge, aku ignore.

celik mata, baru pukul 4.30. takkan aku nak bangun pukul 4.30. too early. then tido lagi. sedar-sedar dah pukul 6.30. Gosh! I should be there at 8. nak bersiap lagi. nak keluar ke jalan lagi. nak naik teksi lagi. pastu kena jalan lagi.

pukul 7, aku siap semuanya. but then abang aku still kat toilet lagi. gosh. tunggu dia nak anta kat luar, pukul 7.15 baru keluar rumah. pukul 7.25 baru dapat teksi. i guess everything will be ok, tapi naik teksi pulak, driver tu bawak not more than 60km/h. what the heck! aku gelisah. dan sangat gelisah. pegi pulak anta orang lain kat ceruk dunia mana, then aku suruh berenti kat pintu belakang dia tak dengar. tunggu sampai kat pintu depan adalah penyeksaan yang teramat. pukul 7.45, barulah aku sampai kat pintu depan. jalan punyalah laju, pukul 7.55 barulah aku berjaya punch card. on my first assembly day. kalau memang malu yang amat. luckily...

pengajarannya:
1. kalau bateri habis, jangan malas nak charge. nanti lewat bangun.
2. kalau tak pandai moto, cepat-cepat kejut orang, then orang boleh hantar awal.
3. kalau naik teksi, berdoalah supaya driver tu bukan orang yang drive macam kura-kura berlari.

later, beware azma!

Thursday, March 12, 2009

LI oh LI

dah hampir sebulan aku kat bems hkb. dan hari ni en zul datang melawat. gratefully, selalu dapat lecturer yang best datang visit, en zul. aku pun tak tau apa yang aku isi dalam logbook. haha

selama sebulan kat rumah, ada jugak kawan-kawan insep yang masih setia bermesej, tapi ada jugak yang lupa terus, aku mesej pun tak reply. tak apa lah, mungkin masing-masing sibuk.

training kat sini pun quite ok la. dulu masa aku masuk taiping, masuk dengan kosong, so take time jugak nak belajar. tapi bila masuk kat sini at least aku dah tau ape tu laringoscope. haha. inagt lagi masa kat taiping dulu, aku tak tau apa benda laringoscope tu. so technician cakap kt aku, benda tu besar giler, tanya jek kat nurse, nanti dia tunjuk. rupanya bendalah tu adalah sekecik alam, yang hanya digunakan kalau nak check dalam tekak. hei.. memang aku tak akan lupa la enal ngan azman kt taping tu (azman now dah kat parit buntar).

pasal LI kat sini pulak, not so much different. cuma budaya keje tu berbeza la sket. tapi tak kesah la. yang penting aku banyak belajar. pastu aku lari la. haha....

pastu ari tu aku mesej ngan sorang kawan. dia cakap baru kuar hutan.. uwaaaaa...bestnye.. dia cakap pegi berehat kat taman negara. dulu aku duk rancang dengan jai nak pegi before abes insep, tapi tak tercapai gak. sedih betul. tak pe lah one day aku mesti gak pegi sana.

minggu ni dah minggu keempat. minggu depan aku mesti banyak belajar lagi.