Pages

Friday, February 13, 2009

beeezeeee

semakin ramai yang sudah balik dan semakin terasa kehilangan. pagi tadi dapat call dari jai cakap ada taklimat LI dari CEC kat DK2 pukul 11. ketika itu baru pukul 9 lebih dan aku baru nak ke pusat niaga untuk binding report final project.

tangan pun dah semakin bengkak. bermula dari main boling hari tu (selepas lebih setahun tak main), pastu hari-hari kena angkut air (selama beberapa hari lepas perwira mengalami krisis air), then kena taip report, dan semalam seharian duk menaip nama untuk sijil kat CEC, dan sebelah malam sambung menaip report lagi, aku merasa sangat kasihan kepada tangan sendiri. memang nak luruskan jari pun rasa sakit. lengan tak payah cakaplah.

seminggu terakhir ni la semua benda nak buat.nak jumpa kawan-kawan lagi, nak keluar dengan coursemate lagi, nak buat report lagi, ada presentation, dan CEC pun masa ni la ada program itu ini. sehinggakan aku tidak sedar, hari ni adalah hari terakhir aku jumpa lecturer dan kawan-kawan. masa aku tinggal lab tadi pun, lupa nk ucap babai kat encik zul. kejam betul. tak pe lah nanti aku email la semua lecturer.

dengan budak-budak insep pun, tadilah kali terakhir jumpa diorang. sempat jugak ucap selamat ber LI kepada beberapa orang yang sempat aku kenal, dan masing-masing masih busy dengan hal masing-masing. semuanya perlu disetelkan last minute. memang penat!

pagi tadi pun sempat jumpa fakhri sekejap je. tu pun aku paksa dia turun. haha. kalau tak memang tak sempat jumpa dah. jai pun nak balik esok, pagi-pagi lagi dia cakap. tak tahulah istilah pagi dia tu pukul berapa. ann balik pun xsempat jumpa, masa dia call dia dah kat stesen bas. bertuah punya Ann. faris dan lan aku tak tahu nak balik bila. mungkin esok jugak. semua orang terkejar-kejar nak pergi LI pulak.

petang ni, rancangnya nak pergi bekok. tak tahu apa cerita terbaru.

Wednesday, February 11, 2009

cinta... perlukah?

sometimes aku naik tension bila balik umah, then kakak aku tanya, xde boyfriend lagi ke? gosh! bila masuk bab tu aku mula nak tukar topic. xtau la. mungkin masih fobia, mungkin masih bukan masanya, ataupun mungkin aku dah berputus asa dengan 'cinta'..

berputus asa?

tak jugak barangkali.

tapi yang pasti aku ni jenis keras hati. kalau betul-betul aku nak, no matter what, aku akan usaha untuk dapatkan. kalau dah aku benci, maaf seribu kali maaf, it takes a loooooooooooooooot of things untuk aku suka balik.

then sebab tu, aku susah nak 'stuck' in love. but then sekali aku 'jatuh cinta', susah untuk aku lepaskan.

kadang-kadang terasa jugak, at my age (dah 24 dah azma!), masih sendiri macam ni. tapi sekali fikir kalau macam ni lebih bebas sebenarnya. bukanlah bebas macam mana, tapi aku tak terikat dengan sesiapa. hanya aku dan diriku. ketika ramai kawan yang dah kawin atau bertunang, aku buat tak tahu je la. lagipun banyak lagi perjuangan aku yang belum selesai. nak daki kinabalu lagi, nak pusing2 travel malaysia dulu, nak buat itu lagi, ini lagi. haha..

tapi mungkin tu hanya escapism.

dan kadang-kadang aku dah letih memburu 'cinta'.

tapi bukan bermakna aku menutup pintu hati aku untuk cinta.

dan buat masa ini....

cintailah diri sendiri...

aku benci!!!!!

aku benci perasaan ni. perasaan bila aku terlalu blurr nak buat sesuatu dan tak ada benda yang boleh pressure aku untuk buat benda tu. dan dari pukul 2.30 tadi (dan sekarang pukul 4.54 ptg), aku hanya menulis beberapa ayat dalam report aku.

apa lagi yang nak tulis???

esok ada forum kelestarian masyarakat, dan budi bagitau hari tu aku bertugas bahagian pendaftaran. tak tahu kena buat apa. entahlah, sejak2 aku berusaha keras untuk lawatan, dan lawatan 'terpaksa' dibatalkan, aku seolah-olah malas nak buat apa dah.

even untuk short course FKEE, tak banyak yang aku sumbang. kesian jugak kat azah. tapi aku macam dah 'muak' nak pegi CEC.
masa tengah tido tadi ada call, rupanya kak haiza dari CEC, tanya betul ke aku nak cancel lawatan tu. mata tengah mengantuk, fikiran tak tau ke mana, so aku iyakan je apa yang kak haiza cakap. kesian jugak kat dia. aku dah minta maaf hari tu, harap dia maafkan aku menyusahkan dia. huhu. dan aku harap lepas ni aku tak akan pergi CEC lagi.

report ni pun satu hal jugak.

tapi apa-apa pun kena siapkan jugak. buah tangan aku untuk puan ida. huhu

berusaha azma!!!!!!!!!!!


bermula episod baru

episod lama bakal berakhir..

episod apa?
terlalu banyak

mungkin inilah kali terakhir aku bergelar pelajar
mungkin inilah kali terakhir aku berada di parit raja
mungkin inilah kali terakhir aku jumpa dengan kawan-kawan
dan mungkin inilah kali terakhir aku untuk segala-galanya

suppose aku pada masa ini aku menyiapkan report. tapi tak tahu kenapa, tetiba rasa nak create blog baru. menggatal betul. haha

tapi seriously, minggu ni rasa cam sedih giler. dan terlalu banyak yang buat aku rasa sedih. rasa sedih sebab rasa dikhianati, sedih sebab mengkhianati, dan juga sedih nak meninggalkan INSEP.

tadi masa turun beli makanan dan jumpa fakhri nak bagi pendrive, tetiba nampak Kamil dengan Kancilnya. baru aku ingat, hari ni along nak balik ke sarawak. nak balik dah kawan aku sorg tu. dan tak tahu bila la aku bley jumpa dia lagi. along praktikal kat sri aman. aku ingat lagi masa first day, masa taklimat, tetiba dia datang duk sebelah aku. pay her a smile, dan mula bertegur sapa. aku tak ingat pun nama dia sebab dia cakap, panggil je along, datang dari sarawak. aku cakap, wah, jauhnya datang. dengan senyumnya, dia cakap, dah rezeki kat sini.

seterusnya aku tak jumpa dia lagi, sehinggalah first class barulah aku tahu dia pun medical electronic jugak. mula-mula tak baik dengan dia, tapi sebab satu peristiwa yang berlaku dalam hidup dia, tetiba baik pulak dengan along, walaupun peristiwa tu dah berlalu.

dia selalu panggil aku 'ajema'. budak-budak lain selalu komen, nape panggil ajema, nama dia azma la. haha. aku tak kisah. tetiba rasa cam best bila orang panggil ajema, walaupun dulu aku tak suka kalau kawan2 aku panggil aku 'jema'. lagipun jun dulu yang memang lidah koreanya keras, hanya mampu panggil aku ajema.

selamat kembali ke sarawak along. sampai jumpa lagi.
















dan aku...

meneruskan perjuangan menyiapkan final report.. huhu