Pages

Friday, September 2, 2016

ia sudah lama berlalu.

lalu mari mulakan yang baru.

ini adalah comeback.


dalam masa beberapa tahun ini, banyak benda yang berubah. banyak benda yang telah berlaku. dari tempoh bekerja, hingga berhenti kerja, dan kembali semula ke alam pekerjaan, ia mempunyai banyak cerita.


permulaan baru. untuk pengakhiran yang lain pula.

selamat kembali.

Tuesday, October 29, 2013

apabila diuji dengan kesakitan

setelah lima hari demam, hari ni dah rasa kebah sikit. suma tinggal batuk dan selsema sikit-sikit. mungkin berjangkit dari afrina yang demam seminggu sebelum tu. alhamdulillah sekarang dah sihat sepenuhnya. saya jarang demam. kalau ada pun sikit-sikit, tak perlu makan ubat dan akan sembuh sendiri selepas sehari dua. tapi kali ini tidak. dua kali mengadap doktor.

rupanya, sakitlah apa pun, hatta sekecil sakit demam pun, tetaplah sakit. tetap tidak selesa. dulu saya terfikir, mungkin best kut demam, boleh rehat.. rupanya tidak. nak berehat macam mana kalau badan panas sampai tak boleh tidur. asyik nak dijelum sepanjang malam. dan mengada-ngadanya saya, saya selalu minta abang jelumkan, walaupun mangkuk air berada disebelah saya. seronok dimanja-manjakan. hehe..

ditambah pula dengan badan sedang dalam proses mengadaptasi kehadiran orang baru, saya juga selalu muntah-muntah. hidung tersumbat dengan mukus, rongga tekak penuh makanan muntah. nak bernafas, seksa jiwa raga. lepas muntah pula, tekak terasa perit tak kiralah betapa banyak pun saya minum air kosong. sehari kadang-kadang sampai lima enam kali muntah. makan tak lalu, muntah je lebih. sebab itulah berat saya mengusut dua kilo, disaat berat badan sepatutnya naik. naik baik nurse tak tahu!

jadi benarlah, kita tak ambil tahu nikmat kesihatan sebelum datangnya sakit. dah sakit nak makan pun tak lalu, semua makanan pahit. nak jaga anak tak boleh. sejak saya demam semua tugas itu diambil alih oleh abang, kecuali pakaikan pampers dan susukan fina. fina kadang-kadang memilih, tak suka papa dia pakaikan pampers kat dia. yang lain-lain semua ok.

dan sejak sebulan lalu, saya dah tiga kali terima tawaran dari richworks untuk jadi krew seminar dan IMKK. dua dah lepas, saya tak terima, satu lagi masih belum beri jawapan. bertuahnya saya dipilih, tapi entah mengapa saya tak reply untuk jadi krew IMKK tu. padahal dah la dapat join free, dapat tolong orang pulak tu. saya rasa Allah sedang membuka peluang untuk saya. kalau mini seminar di Berjaya Time Square ni abang izinkan, saya rasa saya nak join. kalau melepaskan terlalu banyak peluang, takut peluang tu tak datang lagi.

saya ingin sekali berbakti. tak kira kepada sesiapa pun.

Thursday, September 19, 2013

cashflow game is a life game

saya pun mula bermain dengan sedikit blur.

mula bermain saya dah dapat gaji. RM1690. lepas tu saya berhenti kat petak derma. sama ada saya mendermakan 10% daripada gaji saya dan saya dapat tiga pusingan lempar dua dadu, ataupun saya boleh memilih untuk tidak menderma.

dan saya pilih yang kedua. dan dalam game tu saya dua kali dibuang kerja. dan akibat dibuang kerja itu saya rugi lebih dari enam ribu, just to save RM169.

itulah law kehidupan. the more u give, the more u get. the more u 'save', the more u loose.

dan ada satu ketika, saya mendapat peluang untuk membeli saham pada harga RM1 sahaja, sedangkan rentang harganya adalah RM5-30. jadi walau apa pun saya akan untung, walaupun pada harga paling rendah. dan salah seorang fasilitator memberitahu bahawa saya boleh mendapatkan orang lain beli melalui saya, jadi saya dapat komisyen disitu. mula-mula saya menawarkan pada harga RM10, saja nak menghangatkan suasana. for sure tak ada orang beli. akhirnya saya jual pada harga RM2, dan ahli kumpulan saya beli sebanyak 25,000 lot. nampak tak kat situ, saya dah dapat RM25,000 tanpa buat apa-apa pun, just sharing dengan orang lain. saya sendiri beli 4000 lot. pada masa itu saya hanya ada duit 4 ribu lebih, jadi saya hanya berserah. semoga kali ini saya dapat untung.

pernah juga saham yang saya beli itu mengalami penggabungan, bermaksud saham saya hanya tinggal 2 ribu, tetapi kemudian kembali kepada 4 ribu lot.

dan detik-detik gembira bermula bila harga saham saya melonjak naik kepada RM30 satu lot. apa lagi, saya pun jual dan tidak semena-mena saya dapat cash RM120,000. tapi dengan duit sebanyak itu, saya masih takut untuk mengambil risiko bermain 'big game' sehinggalah seorang fasi menasihatkan saya bermain dengan  big deal. kalau small deal ni, passive income saya pun sikit la.

yang pertama, saya beli kedai dan menjana passive income RM2500.

yang kali keduanya saya join venture dengan dua orang ahli kumpulan saya untuk beli bulk of apartment dan kami berjaya menjana passive income RM11,000 sebulan!

akhirnya kami berjaya keluar dari RAT RACE!

dan pendapatan pasif saya melebihi perbelajaan saya dan saya boleh memilih untuk HIDUP BEBAS!

pengajaran yang paling berguna untuk saya:

1. kita kena selalu memberi walaupun kita tak memiliki banyak. ada sikit beri sikit. ada banyak beri banyak. ikut kemampuan. jangan pula beri sehingga tiada untuk diri sendiri.

2. sharing is marketing. itu kata dr azizan. tapi apabila kita share, kita tak akan rugi pun, malah lebih untung.

3. jangan takut untuk bermain 'big game'. besar permainannya, besarlah pulangannya.

dan banyak lagi.


memang bermain game ini sungguh seronok. yang penting banyak perkara saya belajar.




Monday, September 9, 2013

bila saya bermain cashflow game...

semalam saya menghadiri garaj wang 3.3.3 kelolaan abang abu. sebetulnya sebelum ni saya tak pernah menghadiri seminar ataupun apa-apa bersama abang abu. tapi beberapa bulan lepas saya di offer oleh kawab FB (yang dah jadi kawan real life) untuk mengikuti garaj wang ni. masa tu memang saya tak tahu apa-apa pun pasal cashflow game, walaupun saya dah khatam Rich Dad Poor Dad. poor me, yang tu pun tak tahu. tapi disebabkan pada masa itu keinginan untuk menaikkan taraf hidup begitu berkobar-kobar dan bernyala-nyala, saya daftar jugak.

bangun pagi semalam, perasaan terbelah kepada beberapa bahagian. suara biawak dalam diri saya menyuruh saya agar berehat sahaja hari itu, tak perlu ke mana-mana. berehat bersama anak dan suami. tapi minda saya yang masih waras melawan. saya dah bayar untuk itu dan dalam keadaan kewangan sekarang, saya masih lagi nak membazir dan melepaskan peluang? lalu tangan saya pun bergerak dan mulut berbisik kepada suami di sebelah, abang, banguuuunnn..kita nak jumpa abang abu hari ni....

yes! biawak itu telah kalah!

masa mula-mula masuk kelas tu, abang abu dah ada. malunya, cikgu sampai dulu dari anak murid. tapi kelas belum start. borak-borak dengan rakan-rakan semeja. satu meja 6 orang. oh ya, saya tak dibenarkan duduk bersama-sama abang. mungkin bagus jugak.

kakak yang berada di sebelah saya juga merupakan alumni Dr. Azizan. malah dia dah pergi banyak program berbanding saya, antaranya IMKK, AMP dan RKMJ. saya teringin juga nak mengikuti RKMJ tetapi buat masa ini kedudukan kewangan saya belum mengizinkan. malah dalam kelas tu saya rasa lebih separuh adalah alumni Dr. Azizan. so bila buat chicken dance sebelum kelas tak adalah kekeok sangat walaupun tanpa instructor. tapi chicken dance tanpa Aizzuan ibarat makan nasi kerabu takde tumis. takde umphh.. dan saya rindukan sorakan Aizzuan "JUARAAAA!!!''

meremang bulu roma.

kelas bermula dengan intro - sembang-sembang penuh isi daripada abang abu. beliau mencerita kecara kasar bagaimana beliau boleh terlibat dengan bidang ini, itu ini, dan begitu begini. selepas berhenti rehat untuk 'brunch', barulah permainan cashflow bermula.

sebelum bermain, memang saya tidak tahu apa itu game ini. apa benda yang robert kiyosaki dah buat ni. kenapa aku perlu main game ni. kenapa itu dan kenapa ini. tapi apabila abang abu terangkan, saya fokus betul-betul, without trying to ask kakak depan saya (dia dah main banyak kali), walaupun orang lain sibuk bertanya. saya digest betul-betul. saya fokus one by one. ya, game ini tidaklah susah sangat. itu yang saya fikirkan.

dan untuk kad pekerjaan, saya mendapat JURUTERA. tidakkah itu ironik?

nanti saya sambung perjalanan menempuh game ini.

yang pasti saya dah celik mata sikit. insyaAllah, akan terbuka luas tidak lama lagi.

balik dari kelas, saya terus cakap kat abang, jom pergi bookstore, beli Retire Young Retire Rich. sebenarnya dah lama saya nak beli, asyik tertangguh. hari ni saya tak nak bertangguh lagi. satu lagi nak melangsaikan hutang saya kepada abang, buku Eat That Frog, yang saya dah hadiahkan kepada seorang kawan. perlu ganti balik.

dan, saya dengan abang memasang satu tekad, belum terlambat kita restructure hidup kita. dan afrina juga, perlu diberi installation yang betul. saya dan abang nak jadi Rich Dad. itu tekad kami.

p/s: asyik bermain game, terlupa terus nak ambil gambar.

Wednesday, August 14, 2013

Alhamdulillah

kembali ke rumah tercinta selepas seminggu berhari raya di kampung, penang dan kelantan.

sebetulnya rumah ini baru menjadi hak milik saya lebih kurang dua bulan lepas. walaupun tak berapa besar, tapi cukup untuk menyelesakan kami. rumah sendiri, feelnya tak sama dengan rumah sewa. rumah sewa, secantik mana pun, ia tetap rumah orang. rumah kita, walau apa pun ia, tetap rumah kita.

keputusan membeli rumah berlaku bukan seperti yang saya rancangkan. alhamdulillah ia berlalu dengan lebih cepat dengan izin Allah. kalau ikut perancangan saya, umur 30 baru nak beli rumah pertama. umur 30 tu saya ambil kira masa untuk kumpul downpayment segala bagai.

tapi pada suatu hari ketika afrina berumur 3 bulan, ketika itu dia demam, dan saya pun bercuti. abang balik bawa brochure satu development baru. rumah ketika itu belum dibina pun, cuma ada tapaknya saja. tapi yang menariknya tak perlu bayar downpayment, hanya bayar booking fee saja. RM100 untuk permulaan dan RM400 lagi kalau loan dah diluluskan. dipendekkan cerita, kami berjaya membeli rumah tersebut, rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, hanya menggunakan nama abang seorang. rumah tersebut dijangka siap pada akhir 2014.

maksudnya, kami perlu menyewa lagi 2 tahun sebelum rumah tersebut siap. sedang dalam proses menunggu dokumen dan urusan lawyer selepas, saya fikir, kenapa saya tidak mencari rumah untuk dibeli, yang installmentnya sama dengan sewa saya sekarang, agar selepas dua tahun rumah itu kekal menjadi milik saya walaupun selepas dua tahun.

cari punya cari, akhirnya saya ditemukan dengan apartment 3 bilik, besar sedikit dari rumah yang saya sewa. installmentnya pun kurang dari sewa yang saya bayar tiap-tiap bulan. urusan memiliki rumah ini berjalan dengan lancar. malah prosesnya selesai dahulu daripada rumah pertama kami. kali ini menggunakan nama saya pula.

selepas kedatangan afrina dalam hidup kami, urusan kami semuanya Allah permudahkan. kadang-kadang dengan cara yang kami tak terjangka. contohnya untuk membayar downpayment rumah kedua sebenarnya cash kami tidak mencukupi, namun Allah datangkan duit itu dengan cara yang tak dapat kami fikir.

benarlah, Allah itu maha pemurah. hanya kita yang perlu rajin menadah tangan memohon. tak perlu tunggu selepas solat untuk berdoa. setiap masa kita boleh berdoa. saya hanya percaya, minta sahaja pada Allah, tak perlu fikir macam mana cara untuk Allah beri pada kita. semua itu urusan Allah. Dia yang mengaturkan. Logik atau tidak pada akal kita, itu bukan urusan kita.

berdoa, berdoa dan terus berdoa.

terima kasih Allah, atas segala rezeki yang Kau kurniakan kepada kami.

Alhamdulillah.

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya

hampir lapan bulan berlalu semenjak last post saya dalam blog ini.

dan seiring dengan tajuknya yang lepas, ya, saya telah bertindak. semalam hari terakhir saya berniaga di bazar ramadhan, selepas berhenti kerja sebulan lepas. ia bukan perkara mudah. jalan juga tidak terbentang luas dan selesa, tapi yang penting saya telah bertindak. the power of ACTION!

rasa bebas terlepas dari ikatan so called "office hour".

tak perlu lagi terkejar-kejar meredah LDP takut stuck dalam jem. tak perlu lagi angkat afrina yang tengah tidur pada pukul 6.30 pagi. menangis dalam car seat sebab tak cukup tidur, sebab tak puas menyusu. tak perlu lagi mengharungi perasaan bersalah lewat masuk ofis, atau apa saja.

sekarang, saya bebas mengatur masa sendiri. masa rehat, masa untuk hantar afrina ke rumah pengasuh, masa untuk kemas rumah, dan yang penting masa untuk Dhuha, yang saya tak sempat buat pada waktu kerja.

semoga ini permulaan untuk cipta masa depan yang lebih AWESOME!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Terima Kasih kepada semua yang menyokong Nasi Kerabu Mek Fina.

Friday, February 1, 2013

BERANI 2013!

waktu sudah agak lama berlalu sejak aku menulis last entry. sebetulnya hidup sebagai seorang ibu lebih haru-biru berbanding seorang isteri. kalau semasa bujang aku boleh menulis satu entry setiap hari, dan setelah berkahwin satu entry setiap bulan, jangan-jangan ini adalah entry tunggal untuk tahun 2013! oh no! harap-harap tidak.

dan hari ini wilayah persekutuan bercuti. taska afrina turut bercuti kerana kastam bercuti. dan aku juga terpaksa bercuti setengah hari. inilah dugaan sebagai ibu. taska cuti ibu cuti. anak demam ibu cuti. apa-apa pun ibu kena cuti. sebab itulah untuk tahun yang masih berbaki 11 bulan, cuti ibu ini hanya tinggal 7 hari setengah- out of 14.

dan juga baru menginjakkan usia setahun lebih tua 2 hari lepas. disebabkan afrina demam, hanya sempat meminta sepotong turkish indulgence- itu pun on the way balik balik klinik. kalau tak mesti minta lebih lagi. kalau tak sebiji turkish indulgence- mesti aku minta 24 biji corelle.

dan sempena tahun 2013 yang membuatkan usia aku makin bertambah, kesedaran untuk menambah baik hidup pun makin bertambah. untuk kesejahteraan diri dan keluarga, anak-anak dan suami, supaya bila umur aku 50 nanti, aku tidak menyesal tengok duit dalam ASB dan tabung haji yang tidak bertambah biak.

selalu jugak survey-survey di internet, belek-belek buku, tapi aku sebenarnya masih kosong tentang bisnes! adik beradik aku yang lain boleh dikatakan telah lama mula berjinak-jinak dengan bisnes. walau kecil, walau besar, tidak kisah lah asal ada keberanian. tapi aku rasanya masih takut untuk memulakan langkah.

kadang-kadang terdetik juga rasa nak berhenti kerja, jaga anak kat rumah, then mula berniaga dari rumah. tapi bila 'hantu takut' mula menguasai, aku pun memilih zon selesa bersesak-sesak setiap pagi dan petang di LDP untuk memastikan aku jadi pekerja yang baik yang tak terlewat ke ofis. kerja untuk mengkayakan siapa? bos aku yang telah sedia kaya.

dan aku? belum sampai 18 hari bulan, cimb clicks dah kosong.


sesuatu perlu dilakukan.

BERANI 2013!
(ambik tajuk seminar dr azizan)

for them!


Friday, September 7, 2012

hanya syukur yang terucap...

kelahiran yang ditunggu.. tanggal 19 julai 2012, 10.53 pagi..permata hati mama dan ayah.

Afrina Safiyya Mohd Azhar

 day 2: muka masih lebam-lebam dan merah-merah.

 day 34: saat-saat terakhir sebelum rambut dicukur.

pakai celak sikit!

terima kasih ya Allah, atas anugerah tak ternilai ini. semoga menjadi anak solehah.

Thursday, July 12, 2012

waiting and waiting


sebenarnya hari ni dah hari ke enam aku bercuti. sebenarnya salah satu dari hari persediaan untuk bersalin. masih belum cuti bersalin. ceritanya bermula apabila aku pergi buat check-up dan tekanan darah aku sedikit tinggi. jadi doktor cadangkan aku bercuti saja memandangkan kaki aku yang bengkak beberapa bulan lalu tak surut-surut pun lagi, ditambah pula due date semakin dekat. jadi doktor pun bagi aku cuti. dan aku pun kata yahooo dalam hati.

masa kandungan aku sekitar lapan bulan, aku selalu balik kampung, atas kecemasan yang tak dapat dielakkan. keletihan dari ulang alik tu rasanya membuatkan aku setiap hari rasa macam nak bersalin cepat. tapi tak keluar jugak. dan aku kembali bekerja, terus bekerja, mc kadang-kadang, dan sehingga hari ni, 12 julai 2012, dah tiga hari overdue, masih jugak tak keluar-keluar.

lalu setiap hari aku menunggu penuh sabar, mengira setiap gerakan, kalau-kalau kelalaian dan keterlupaan aku itu membawa sesuatu kepada yang tidak baik. tetapi semuanya ok. gerakan ok. tekanan darah aku kembali normal. dan tiga hari yang terlebih itu membuatkan abang tidak senang kerja. sedang aku di rumah masih relaks-relaks layan astro.

perasaan antara debar dan gembira, tidak sabar dan sedikit takut, silih berganti. ini adalah pengalaman pertama yang dilalui semua ibu, aku percaya. jadi aku cuba kurangkan sedikit keresahan itu, buat-buat tiada apa yang berlaku, sedang hati berkocak laju.

semasa last check-up doktor bagi tempoh seminggu untuk baby keluar secara normal, tanpa dipaksa-paksa. tapi kalau selepas seminggu masih juga tak keluar, terpaksalah pergi melapor diri di hosp sg buloh, menyerah segala kepada budi bicara doktor di sana. tapi aku masih berharap aku akan bersalin sebelum itu.

sehingga saat ini masih belum ada apa-apa tanda.

ya Allah, permudahkanlah segalanya....

Sunday, May 13, 2012

ke makam bonda

empat tahun lalu, pada pagi hari ibu, aku menerima berita pemergian bonda, pada saat aku menyiapkan slide pembentangan thesis untuk semester akhir.

sehingga hari ini, saat itu masih aku ingat setiap detiknya, dan air mata masih menitis.

selamat hari ibu, mek...

damailah bersemadi di sana....

al-Fatihah..